Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Monday, May 14, 2012

the Days #1







"Sahabat yang baik sulit untuk ditemukan, lebih sulit untuk ditinggalkan, dan tidak mungkin untuk dilupakan" - Anonim

Friends is LOVE

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed.

Malam nih tetiba aku rasa bosan. bosan sebab dah takdak kawan sebilik yang aku boleh sembang sampai lewat pagi sama-sama, kawan yang boleh aku merapu dalam bilik dan kawan yang sama-sama bangun lewat. Masa Afaf tanya aku dulu, boleh tak kalau Ras Eman tinggal dekat rumah aku, aku terus cakap ya sebab aku dari zaman sekolah lagi selalu jugak berhai hai mesra dengan dia. lagipun hidup aku mudah. kalau orang baik dengan aku, sure secara total, aku akan baik dengan depa. 


Thanks God, even lama tak jumpak dia, kami boleh get along. hahahahaha. dah boleh faham term term 'rasmi'. okefinee. :3 Banyak kot benda yang kami buad. dari pagi sampai ke malam. ada ja benda yang nak gelak dan bualkan. sumpah rasa macam dekat sekolah dulu. yelah, 24jam sekali. kalau dengan Fauzan, kena tunggu dia kol, text dulu. ngehngeh. seharian di rumah tetamu Afaf, sehari pusing pusing dengan kawan-kawan Zenith dekat Alor Setar, masuk muziun, bowling and all stuff, pusing pusing Perlis and lastly, hantar Eman balik. sumpah sedih weh. 

Apa-apapun, thanks sebab sudi tinggal dekat rumah aku yang tak seberapa nih and thanks banyak banyak dekat Eman dan Fauzan sebab selalu jadi driver kami. and lastly, aku harap yang ukhwah kita semua nih akan mantain sampai MATI. aku selalu takut kalau kalau ukhwah nih putus. ya, aku takut benda benda macam nih berlaku kembali. maaf, aku tak kuat. *lap air mata*. 

*ambil nafas, ambik mood happy balik*, aku harap lepas nih kita semua still kontek kontek. jangan lupa plan kita nak vacation dekat Langkawi cuti sem nanti. btw, thanks a lot semua. Me love all of you. 

p/s : Kadang-kadang perasaan kita tak boleh nak duga dan dikawal. kalau nak mendung, selalu ja terus hujan. kalau panas terik, bahang dia terus nak memancar. Alahai hati, life is a journey. Banyak lagi yang kita kena face. Cuba jadi beku, susah nak cair. Cuba jadi api, sentiasa membakar.

Saturday, May 12, 2012

Le 'Afaf House

In the name of ALLAH, the most merciful and powerful

Harini memang truly fun and fun serta awesome sebab dapat jumpa ramai zenithians  dekat rumah Afaf. hahahaha. thanks sebab menggila harini. hangpa sangatlah awesome.










Wednesday, May 9, 2012

#DearFutureRoommates.

In the name of Allah, the most perfect planner and powerful indeed

hay hay hay. *gaya opah terlekat sadin* harini dah dapat tahu Kampus mana yang akan aku dicampak. tengah hari tadik, Aireen call aku cakap yang dia doakan aku dapat Shah Alam so that senang kami nak jalan-jalan dekat KL nanti. tapikan, sentap weh sentap bila check check, aku dapat Merbok. hancuq hati aku weh, hancuq. so, bermulalah imaginasi aku pasal keadaan dekat sana. cis, aku tanya dekat senior yang dahs edia ada dekat sana pasal Kampus. hareeeey, langsung tak menjawab soalan. nasib baiklah, Kak Azhana cakap yang asrama lelaki cantik dan luas. * aku harap-harap kak ni tak propa* hahahaha

macam-macam yang aku fikir. pasal Tandas lah, facilities lah, kebajikan pelajar lah and etc etc. cuma yang paling aku risau ialah pasal roommates aku. hahahaha.


Dear Future Roommates,

Aku harap hang tak merokok sebab kalau hang merokok, sila tidur dekat luar.
Aku jugak harap yang hang seorang yang permbersih. yelah, eventhough aku nih ala-ala kadar punya manusia. awas, aku cerewet.

Dear Future Roommates,

Jangan terkejut kalau hang terjaga sebab aku membebel pagi pagi buta.
Jangan jugak terkesima kalau aku carut hang memababi buta.

Dear Future Roommates,

Jangan hang berani berani nak sentuh barang aku. 
Dan jangan hang berani berani nak lawan cakap aku.
Aku cakap A, hang mesti A, aku cakap D, hang mesti kena D kalau dak hang kena luku

Dear Future Roommates,

kalau tetiba aku menjerit sesuka hati, termaki lantang sekali, maaf itu bukan sampukan pontianak. cuma diri aku pelukan masakan Emak.


Dear Future Roommates,


Aku harap kita boleh cooperate. buad tugas sama-sama. hewhewhew. 
Aku jugak nak mintak maaf kalau nanti hang rasa dianaktirikan sebab selalu kena bebel. kihkihkih


P/S : ekceli, aku rasa dah macam Emak TIRI punya pesanan dah nih. jangan risau ya wahai Future Roommates, ini semua hanya sebahagian daripada yang akan hang rasa.. so, Moga Moga, kita tahan bersama. hahahahhaa. Wei tobat aku dengki dengan sapa-sapa yang dapat kampus Shah Alam. alahai. takpa takpa, dear Wan Aidil. MUET bagi dapat band4, sambung degree dekat sana. oyeahh


p/s : aku tahu yang entri nih agak kejam. maafkan saya wahai Future Roomamtes. ahahaa. aku baik hati aih, jangan risau. tak caya? ce tanya budak budak RUMAH DELTA. ehem ehem. nak lebih spesifikasi? sila rujuk ahli kehormat dorm Delta 2A-10. muahahahaha


Monday, May 7, 2012

Asasi Undang-Undang UiTM. Dreams really comes TRUE..

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Alhamdulillah syukut ke hadhrat ilahi sebab Dia tak pernah mengecawakan aku dan sentiasa perkenankan semua doa-doa aku. ya aku tahu, Dia sentiasa ada untuk kita dan mendengar semua keluh kesah dan permintaan kita. saya sayang Dia. Dia pernah berfirman dalam kalamullahNya, 

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah: 186)

Dah lama rasanya aku tak buad pasal dalam blog nih. alahai, ada ja peminat peminat yang suruh aku update. muahahaa. *itu propa* thanks jugak sebab even dah lama tak update tapi traffic tetap berjalan. wei, terharu weh terharu. *lap air mata sambil flip rambut* ciss gedegang orang tutup pintu

ekceli, aku rasa sangat-sangat happy harini. bermula dari semalam, hati aku berdebar-debar nak tahu pasal keputusan kemasukan ke Universiti. dari satu jam ke satu jam, rembesan hormon adrenalin sentiasa meningkat. nak tidur pun tak selesa, nak makan ja masih berselera. hahaha. and tepat jam 11 setengah, aku saja ja gatal gatal gedik nak isi number kad pengenalan even dah tahu yang hanya boleh cek lepas pukul 12 tengah hari. gila bapak terkejut aku. apa yang aku mimpi, aku doakan selama nih terkabul jugak. I am really praised to Him. 


sumpah aku speechless. alahai, mahunya tidak angan-angan yang selalu jadi mainan bibir nih dah jadi kenyataan. thanks jugak dekat kawan-kawan, senior-senior dengan cikgu-cikgu yang banyak bagi dorongan dekat aku. wahh, sangatsangat dihargai. Untuk kawan-kawan yang tak dapat apa yang dihajati ataupun tak dapat mana-mana course dalam Universiti, be positive, rezeki Allah tu maha luas. keep on du'a. insyaAllah, dia akan dengar semua rintihan dan permintaan kita. have a faith on Him. hangpa boleh punya. InsyaAllah.

setiap jalan yang Allah dah atur dah dekat kita dekat Luh Mahfuz. cuma kita ja yang perlu cari jalam tersebut. be more macam geng2 Avengers *eh apa kaitan? ciss* 

Mintalah kepada Allah Swt dalam apa jua keadaan, dalam hati dan juga dengan adab-adab berdoa serta waktu-waktu berdoa yang terbaik. Setiap manusia tidak lari daripada menghadapi pelbagai masalah. Bila kita merasakan tidak ada tempat mengadu, hilang arah tujuan, ingatlah sesungguhnya tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah.Kembalilah kepada Allah, berserahlah sepenuhnya kepada Allah. 

Yakin lah Dia tidak pernah meninggalkan kita sendirian. Suburkanlah iman di hati dan selalu menginsafi diri. Sesungguhnya setiap ujian itu adalah pembuka jalan untuk kembali kepada Allah. Inilah caranya Allah menuntun kita agar tidak jauh daripadaNya.Mintalah pertolongan daripadaNya dengan menggandakan kuasa sabar dan memperbanyakkan solat. Perteguhkan tawakkal dan redha dengan takdirNya. Kembalilah kepada Allah dengan memilih jalan kehambaan. InsyaAllah di situ akan ada tempat bagi melabuhkan jiwa yang kepenatan.

p/s : tahniah dekat kawan-kawan Zenith sebab ramai yang dapat course yang happening. tahniah jugak dekat kawan-kawan alam Maya aku yang sporting dan supportive. sayang hangpa lah wei. oh ya, Blogger cantik Liyana Izzati pun dapat sama jugak dengan aku. ehem ehem. *Si Kimy Hengsem tendang aku dari belakang* cisss ciss ciss
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...