Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Saturday, June 22, 2013

Masa yang berlalu

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Post ni akan ku cuba teruskan tanpa ayat ayat cliche seperti post post yang terdahulu. Bila kita terfikir akan kenangan, macam macam bentuk imbasan imej, kata kata, silauan atau apa apa je lah yang akan terbang terus ke benak fikiran. serius, post ni macam dah lama tersimpan dalam kepala time tengah mandi, time tengah buang hajat tapi bila jejak kaki keluar pintu terus hilang. Masa terus berlalu dengan pantas tapi aku cuba bilang dengan jejari aku. Berapa angan angan yang aku dah cuba capai?

Angan angan. Orang cakap ada baiknya kalau kita berangan asal jangan jadi macam Mat Jenin. Dari kecik sampai ke besar, dah boleh hafal cerita Mat Jenin yang jatuh dari pokok kelapa. Takpun kadang kadang terkeliru dengan Si Luncai yang terjun dengan labu labu dia. Tapi tu bukan point utama. Point utama dia, aku cuba refleks balik diri. Sepanjang dua bulan hidup membujang tanpa bebanan pelajarang atau apa apa, apa yang telah aku capai? nak capai apa kalau helaian al quran yang ada dalam bilik pun tak mampu nak selak hari hari.


Dalam hati ni, macam macam benda aku nak cuba lakukan. Fikir perkataan cuba tu kadang kadang buat aku alpa. lupa akan susah senang akan kata 'cuba' itu sendiri. Time tengah golek golek dengan Cinta Ilmu dekat tv, ada kata kata yang dipetik dari kitab al Hikam yang buat aku ter'tanjat' sebentar. Seseorang itu masih lagi seorang hamba bila masih ada keinginan dalam diri dan akan merdeka bila mereka putus asa. Fikiran aku berputar dan terus berputar. di mana kedudukan aku? Merdeka kah aku kerana apa yang aku inginkan belum jadi kenyataan atau masihkah diperhambakan diri tapi belum melakukan? terkapai kapai dekat situ. lantak

Kalau dulu, orang mintak aku pinjamkan bahu, mintak kekuatan aku masih boleh beri. tapi sekarang, aku rasa kekuatan tu aku cuba simpan kalau kalau aku sendiri yang memerlukan. Sebab kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan dan siapa yang akan ada dengan kita pada waktu tu. Sentiasa tersedar yang at least, kita kena rely on ourselves. Maaf. aku bukan nak jadi selfish tadi cuba yakinkan diri. percayakan diri untuk berdiri atas kaki sendiri. 

Masa, dulu waktu nak jawab spm, aku suka letak pepatah arab. 'Masa itu ibarat pedang, kalau kita tak memotongnya, ia akan memotong kita'. Setakat nak menulis. Bolehla. Untuk pratikkan? jauh panggang dari api. Bila baca blog adik adik yang berhijrah, rasa malu diri ini. Alangkah malunya di depan tuhan nanti. Hati ingin berubah tapi nafsu dan tindakan pulak yang selalu menyanggah. entah. mungkin perlukan waktu. sekali lagi aku dah cuba mempermainkan waktu. 


Wednesday, June 12, 2013

Taqwacore.



In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Malam ni internet sekali lagi mencelakakan diri. Time adik gua seronok seronok layan Runningman boleh pulak nak lelaju. Masuk je gua nak update instagram, terus hilang. Mana tak bengkak hati kan kalau selalu sangat jadi macam ni. Apa pekerja TM tak buat kerja kea pa? lol

Tadi, sebelum internet celakakan diri, I was scrolling on Fynn Jamal’s gallery on Instagram. Dalam asyik tilik gambar gambar Juna, I went troughed all the captions. Tiba tiba air mata gua jatuh. Bukan gua nak feeling feeling ke apa, tapi gua kagum dengan seorang wanita yang took a responsibility to raise up her family. Sedikit sebanyak, it reflects what I’ve been trough in my life. Kata kata yang Kak Fynn taip about how we should be thankful for being a Malaysian is so inspiring. 

Tapi gua agak pelik dengan serbanistas-celup-keyboard-warrior yang tak habis habis nak cari salah orang dalam alam maya. Kita boleh Nampak this type of serbanistas-celup on Youtube, Keek and Instagram itself. Gua bukan nak kata apa yang they’ve done is bad or what tapi kalau kau dah tahu wanita menyanyi tu harammm, what the hell are you been on that video’s channel? Geng geng sebanistas-celup ni akan cepat melatah dan tak cool langsung.


Time gua tengok Salam Muslim haritu, ada Ustaz dari yayasan As Sofa terangkan pasal alat muzik bertali. He said that those instruments weren’t haram at all. It’s all depends on how we urge or managed that instruments in any particular events. Ustaz ustaz macam ni cool. 

Haritu gua ada re-watching movie Taqwacore. Kali ni gua nonton dengan lebih feeling. Memang movie ni pelik dan sesat gua rasa. Tapi ambik yang jernih, buang yang keruh lah kan? Apa yang gua boleh simpulkan dari filem ni was, jangan tinggalkan al quran dan sentiasa tadabbur sebab that is our life manual. Besides, kita juga kena jihad melawan nafsu sendiri. Ini jihad terbesar. Kita selalu kalah dengan nafsu. Astaghfirullah. Last but not least, always perform your solah. Gua respect dengan bebudak dalam taqwacore yang tetap solat walaupun hidup mereka macam carca marba. 

Apa yang gua perhatikan, kami as a youth really need a religion to buckle up our soul. Tapi kalau there’s too much restriction, it will make people go against it. Ya, Allah dah gariskan semuanya, Nabi dah terangkan semuanya serta Ulama dah make it clear tapi masyarakat yang menyusahkannya. 

Dah panjang lebar gua melalut. Allahumma solli a’la Muhammad wa ali Muhammad wa ala alihi wassohbihi ajma’in. 

p/s : gua itu saya. Bukan tempat kelawar tidur.

Tuesday, June 11, 2013

19 Tahun.


In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Post ni mungkin agak lewat dari tarikh sebenar aku cukup umur 19 tahun. Tak ada mood nak menaip dan cuma ketawa terbahak bahak baca posting blog orang lain. Ahahahaha. Alhamdulillah ni tahun kesembilan belas tahun Allah pinjamkan nafas dan roh ni kepada aku. Dalam sepanjang usia ni, I’ve learnt that all about life and all its requirements. Rencam hidup yang kadang kadang kita sendiri tak sangka kita Berjaya lalui walaupun tak seberjaya orang lain tapi bagi kita sendiri syukur memuaskan. 

Setiap saat yang kita dah bazirkan mungkin kita sendiri tak akan sedari. Masih terbayang saat saat lepas darjah enam yang masing masing takut akan laluan yang akan kami ambil. Terbayang jugak kawan kawan time tingkatan tiga yang sentiasa membantu dan kehidupan asasi yang baru beberapa bulan selamat dihabiskan. Manusia berubah. Kaedaan dan suasana sekeliling pun akan berubah. Itu lumrah dunia. Selak selak balik student planner, tersingkap semula angan angan dan impian yang pada masa kini yang mungkin Cuma tinggal kenangan. 
 

Emosi dan perwatakan kita akan terus develop dari masa ke masa. Terjumpak beberapa kata kata yang aku sendiri tak ingat bila aku tuliskan. Betapa kita tersenyum sendiri terkenangkan masa lalu. Masa yang kita sendiri rindui. Betullah apa yang Imam Al Ghazali pernah ungkapkan. Bulan dan Bintang bukanlah tempat paling jauh tapi masa lalu adalah tempat yang takkan mungkin kita kembali.

Zaman yang berlalu bukan untuk diratapi. Bukan jugak untuk kita megahi. Tapi, take it as as border on how we can guide a better life after this. Teringat kata kata John Santayana yang famous sepanjang zaman pra spm, ‘Manusia yang tidak kenal sejarah pasti akan mengulanginya lagi’.

Diri ini masih terkapai kapai antara sedar ataupun tidak. Terkadang hanyut dalam keindahan dunia, terkadang sedar selepas tersadung dengan keindahan mimpi. Iman manusia, tinggi turun itu memang pasti. Wujudnya syaitan yang diri ini jarang dapat tangani. 

Oh ya, internet berkali kali mencelakakan diri dua tiga hari ni. Bengkak pulak hati aku.

Wednesday, May 22, 2013

Diam dan baca.

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Aku suka selongkar youtube dan tengok ceramah ceramah agama, majlis majlis haul, majlis majlis selawat para habib dan banyak lagi. Mungkin ada yang cakap 'Aidil, bukak youtube mesti  bukak Syiah'. ahhaha. memang nak kena pelanglong dengan aku. Kecoh dekat facebook bila ada konferens Sunni-Syiah antara Tun Mahathir dengan Syed Khatami, bekas presiden Iran. Bagi aku, apa yang Tun M cakap bukannya taqrib antara akidah. tapi lebih kepada untuk keamanan. Masing masing ada pendapat dan pandangan sendiri. Tapi bila pandangan tu tak dapat diterima hati, mulalah nak menyalak sana sini.

Nasihat menasihati itu penting. tapi bila  pertanyaan kita tak dibalas dengan kata nak menjaga ikhtilat, jangan nak persoal dengan apa yang kita tweet. aku sendiri ada baca yang dia kata, kalau tak boleh terima nasihat, jangan nak counter attack balik orang yang memberi nasihat. persoalan aku, kalau that so-called nasihat tu bukanlah nasihat, dan kita counter as nak membidas nasihat, takkan yang itu pun tak boleh terima?


Alahai. macam biasa. aku tak kenal kau dan kisah pulak aku dengan hidup kau. Macam macam yang bermain dalam fikiran aku. Haritu aku ada tengok Jab Tak Hai Jan. Aku tak tahu ejaan tu betul atau tak. sejujurnya aku dah postpone movie ni lama sangat. setiap kali bukak dekat kolej dulu mesti akan tertidur. hahaha. yelah, i am not a hindi maniac macam Taty. Bagi aku sendiri, perkataan cinta, sayang ni aku akan avoid dari guna dekat orang yang aku sendiri tak rasa benda tu. 

Maksud aku, those two words can only be spoken to the one who really deserves on it.  Dalam movie, tu cinta adalah satu fitrah yang takkan dapat dihalang oleh tuhan sekalipun. As a muslim, sudah pasti cinta kita dah divided on a few sections. Untuk Allah, untuk Rasulullah, untuk keluarga, sahabat dan seterusnya. for me, that is the way the love itself should be. 

p/s : Alhamdulillah, ramai kawan kawan masih se'ideology'. malas nak layan tweet tweet yang kita baca pun sakit hati. hahahahahhaha

Monday, May 13, 2013

Lain kalilah.

In the name of Allah. the most merciful and powerful indeed

Dalam hati, hari hari aku rasa nak update blog ni. Ikut hati, hari hari ada saja benda yang perlu aku simpan dalam ni sebab naik menaip sent satu satu dekat twitter memang tak sempat. Itu kalau ikut hati. tapi ada orang cakap, kalau ikut hati mati. kalau ikut rasa binasa. Habistu? aku nak ikut apa? nak terkedek kedek ikut bangsa lain pulak? hahahahha

Agak lama jugak aku tak menaip dekat sini. macam macam yang dah terjadi. Senyum sinis aku bila ramai yang unfollow aku sebab berbeza politik mungkin? Ya, aku dah hilang respek dengan penegak penegak keadilan yang kononya mereka saja yang benar. Senyum sinis aku lagi bila baca komen komen dekat youtube yang memuji habis tinggi langit mereka yang berlindung bawah tadahan bulan dan mencaci serangan terus menerus untuk yang kurang setuju dengan mereka. 


Dalam post lepas, aku ada cakap pasal fikir secara rational. haritu pergi sekolah dan having a great time with Fauzan, Mas and Liyana. Duduk duduk dalam bilik guru sementara tunggu turn ambil makanan, cikgu Hamidi mula bermukadimah. macam biasa, macam macam topik yang cikgu sentuh. Politik memang tak boleh lari dengan cikgu. hahahahah. Aku suka cara berfikiran cikgu. tak perlu nak taksub, tak perlu nak salahkan orang itu ini. Bagi dia, kita sokong yang mana kita rasa benar dan kalau salah kita tegur dengan baik. 

Dalam twitter sebelum penghapusan makhluk makhluk yang kuat menyalak, macam macam tweet yang menyakitkan hati aku baca. bukan apa. aku tak kenal kau dan aku tak tahu macam mana aku boleh follow kau. dan kau dengan bahasa kasar kau cakap itu ini. tapi bila kena batang hidung figura hebat kau, kau menyalak. teringat kata kata Ustaz Kazim. kita tuduh orang itu fasik orang ini fasik, kita tak sedar ke, kita pun dah jadi fasik sebab mengata dekat orang lain? i'm agree with that. 

Wan Hafis ada tanya pandangan aku pasal kenyataan yang bersidat racist dalam Utusan. Memang tak patut. tak perlu nak salahkan sesuatu kaum. Terbaca artikel temubual dengan KJ yang mana Tun Abdullah sendiri kurang senang dengan perkara tu. cukup cukuplah nak bersikap racist. setia dengan apa yang ada.


Results UiTM dah dapat. Syukur dan alhamdulillah sebab results yang bolehla acah acah membanggakan. hahaha. Kaum kaum prelaw dah mula sibuk buat surat untuk apply mana mana universiti yang sanggup terima orang gelandangan macam kami. Aku mengaku yang aku ada rasa teruja untuk mencuba. tapi ada jugak rasa malas nak mencuba. hati manusia boleh berbolak balik. 
 
aku bukan cuba meletakkan seluruh nasib aku tanpa mencuba. tapi aku cuma mengukur baju di badan sendiri. ada satu macam perasaan yang suruh aku hold on and just follow the flow. lagipun takkan aku nak melewaq dekat tempat yang sama? hahahahha. 


Aku teringat dengan satu ayat yang mana, takkan kita hendak mengaku kita orang yang beriman padahal kita tak sanggup nak diuji? kadang kadang, hati kita cenderung dengan perkara kebaikan. tapi perbuatan kita pula yang selalu bertelagah dengan hati. aku takut. aku takut yang semua nikmat Allah yang aku kecapi ni akan hilang. sumpah aku takut. Ada satu kata yang terngiang dekat telinga. Orang nampak kita baik sebab Allah masih tutup aib kita. Subhanallah

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:

"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

Maksudnya: "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...