Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Thursday, February 27, 2014

Tajdid niat. Mari!

Bismillah

Cuti semester dah nak habis. tinggal a few days je lagi nak bukak semester baru. Tak sempat nak update blog. tak sempat lah sangat. hahahaha. Results semester satu haritu alhamdulillah la ok. cukup dan layak dengan usaha aku yang tak setara mana. 

Urusan rumah sewa pun dah selesai. Sabtu ni pergi sign agreement dan dah mula kena jadi macam orang dewasa. Duduk rumah sewa dengan kawan kawan, pergi kelas sendiri, semua benda buat sendiri. bukan tak biasa tapi situasi dia dah lain. 

Harap harap mula semester baru ni, semangat nak belajar bertambah lagi. Tajdid balik niat nak belajar. kerajaan dah sediakan tempat yang kondusif dan cantik serta selesa untuk kita belajar. Tajdid niat tu penting sebab Allah akan nilai perbuatan kita bermula dengan niat. Sayang kalau tindak tanduk kita bercanggah dengan niat. Allahu

Persahabatan bagi aku macam roda. Kadang kadang rasa ukhwah tu kuat, kadang kadang rasa macam angin yang tiup sipi sipi dekat telinga. Tapi yang pasti, jangan ada ego sampaikan ukhwah tu terputus sebab masing masing tarik tali. nak menangkan ego. Insya Allah. Bak kata Fathin Munirah, takkan ada istilah bekas kawan. Sekali berkawan, kawan selamanya. 

Malam ni dah nak bertolak ke Putrajaya. Dengar kata ada kenduri kahwin area Kuala Lumpur sekali. tak tahulah jadi pergi ke tidak. Last sekali, doakan semuanya baik baik saja. 

Illal liqa'.


Wednesday, February 5, 2014

Double Standard

Manusia jarang nak mengaku kesalahan diri. Kadang kadang, kita tahu yang tindakan salah. Ada dalil, ada bukti yang nyata perihal salah kita. Tapi, kita bersusaha menyanggah. Takut kalau kalau memang kita terbukti salah.

Bagi aku, tak salah untuk kita pertahankan apa juga perbuatan kita. Tapi kalau adanya kata kata tuhan, kata kata pesuruh tuhan yang terang lagi nyata, buat apa kita nak menyanggah? Aku lebih suka dengan cara berbincang. Berbincang dan cuba provoke bagi aku dua benda berbeza. Yelah, kalau berbincang, tone suara kau mendatar. Kata kata kau sedap untuk kita dengar. Tapi bila kau cuba provoke, dalam hati kau cuma kau saja yang benar, kau saja yang menang.

Dalam bercakap pasal double standard, kita akan nampak benda ni widely practised among  our community. Dan mungkin by our ownselves. Dari budak budak sekolah, kawan kawan sekeliling kita, politician waima ahli ahli agama sendiripun. 

Mungkin kau pernah tengok orang sekeliling kau yang pejamkan mata, pekakkan telinga bila orang yang cantik, orang yang good looking buat salah, no one akan take it as an issue. Memang beauty tu depends on orang yang tengok. Tapi akan ada satu jenis cantik yang semua orang akan setuju. cantik rupa, tapi busuk hati, busuk dalaman. Semua orang sama je. tak ada yang berbeza. Katakanlah, yang buat salah tu rupa tak ada, harta lagilah. Allah. sampai tujuh keturunan akan diungkit. tak pernah orang lupa. 

Dalam kalangan ahli agama, lagilah buat kita nak tergelak. As a public youngsters macam aku, aku suka observe apa yang berlaku. Akan ada satu side yang kononya pejuang agama sejati. Pembela ulama. Tapi bila dalam berhujah atau hendak jatuhkan pihak yang tak sebulu, macam macam gelaran diberi kepada ulama pihak sebelah lagi. Kalau macam ni akhlak yang kononya ahli agama, macam mana kita kita yang masih mencari ni nak jumpa apa yang dicari?

Perubahan. Ya, kita perlukn perubahan. Perubahan bukan sesuatu yang mudah. susah sekali. Tapi yang penting, kita kena istiqamah. Cuma menapak satu demi satu untuk mengubah. tak dapat ubah semua, sedikit pun mungkin cukup. insyaAllah



Tuesday, January 28, 2014

Hai 2014

Bismillahhirrahmanirrahim...

Berjaya jugak tekan butan new post after a month aku tak usik benda alah ni. Alhamdulillah. Bukan tak ada benda yang aku nak taip sampaikan dalam tandas pun fikiran aku macam macam melayang. kah!

Dan aku baru sedar yang ni posting pertama untuk tahun 2014. Sempat lagi kan kalau aku nak ucap Happy New Year untuk kome kome semua. Yelah, i've been busy with all my works. Busy dengan benda halimunan yang aku sendiri tak pasti. Semester 1 dah pun berlalu. Final pun dah berakhir. Cuti pun dah almost dua minggu berlangsung. 

Oh ya, aku dah jumpak rumah sewa dekat Seremban sana, Rumah tu seriously okay. kalau ada yang tak suka tu, mesti something wrong dengan mata memasing. hahahaha.

Aku rasa blank. tak tahu apa nak taip. Anggap je ni as kata salam 2014 dari aku. Oh ya, traffic masih berjalan. Adik adik dah mula google pasal course yang diminatilah tu. apa apa pun. illal liqa'

Sunday, December 15, 2013

Takut.

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Too much things are coming in my head. Macam macam sampaikan aku sendiri rasa tak kuat nak rasa apa yang aku sendiri sedang rasa. Tipu kalau aku kata, aku menaip tanpa air mata tengah bergenang. Rasa sakit hati, rasa sunyi. Cuma aku yang lalui seorang. Phone hilang dan aku tak ada kekuatan nak bagitahu parents aku sendiri. Bukan aku takut. Bukan aku penakut. Cuma aku risau kalau kalau I won’t get my parent’s trust after this.

Rasa sunyi dengan diri aku tak pernah terasing. You’ll feel like you’re living in an island by yourself. Penat tahu bila kita mula sedar yang mungkin apa yang ada sekeliling kita Cuma lakonan. Tersedar tanpa kita sendiri sedia. Mulakan senyuman, gelak tawa dan jadi pelakon sepenuh masa. Susah ke kalau nak jujur? Aku tak tanya pada sesiapa. Cukup untuk buat pada yang baca atau diri aku sendiri. Mungkin bagi mereka yang tak pernah jujur, itu benda biasa. Bagi yang ulah, rasa sakit tu serious mencengkam jiwa. Entah.

Aku takut untuk katakan aku berharap yang semester ni akan berlabuh. Aku takut yang kata kata sendiri akan makan diri. Aku takut kalau kalau aku yang mula merindu awal sekali. Nonsense. Saat kau rasa kosong, kau perlukan kawan kawan yang faham. Kawan kawan yang tahu buruk tingkah laku kita sendiri. Aku rindu. Ya aku rindu. Tak perlu aku mention siapa tapi memang aku rindu. 

I just need a shoulder for me to lay my head on. I just need someone who cheers me whenever I feel sorrow. Letih bila kita cuma tahu mensihati orang tapi kita sendiri yang terabai. Tak ada yang peduli.

Monday, October 14, 2013

Berkorban.

 In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed. 

Pengorbanan. Bagi sesetengah orang, mungkin perkataan tu nampak mudah. nampak ringan. Pernah tak terfikir yang satu pengorbanan itu akan bagi satu cahaya, bagi satu kehidupan baru kepada orang lain. Semua orang sedia maklum. pengorbanan terbesar dan mulia dalam sejarah dunia bila baginda Ibrahim sanggup menyembelih anakanda Ismail yang dicintai demi agama, demi tuhan yang satu. semua juga sedia maklum yang Ismail sanggup serahkan nyawa demi tuhan yang satu. Allah. Allah itu maha kuasa. Allah itu maha pemberi, Allah itu maha segala galanya. Betapa besar nikmat tuhan di dunia yang kita selalu ingkar? 

Setiap kali baca surah Ar Rahman, bukan tak gugup bila Allah berulang kali bertanya kepada kita. Apa yang kita nak dustakan lagi bila semua bukti Allah dah sediakan. Allah dah bentang depan mata. Kita tak pernah nak ambil ibrah surah tu lama lama. Aku mengaku. Aku sendiri bila baca mungkin tertunduk. Malu dengan diri sendiri. Tapi bertahan sampai bila? Allah


Bila baca kesusahan orang lain, pengorbanan orang lain, secara tak langsung benda tu ajar kita untuk berterima kasih. ajar kita untuk sentiasa syukur dengan apa yang kita ada. Aku bersyukur sebab dari kecil aku selalu diingatkan tentang benda benda macam ni. Tapi bila meningkat dewasa, aku takut aku lupa apa yang aku pernah dibisikkan. Aku takut aku dari landasan.

Pengorbanan itu bila kita sanggup korbankan benda yang penting dalam hidup kita.Setakat korbankan sekupang dua yang bagi kita apalah sangat nilainya tu, bagi aku bukan satu pengorbanan. Aku terbaca tweet Bobby siang tadi. Kita hilang kawan kawan lama, Allah hadiahkan pulak kita dengan teman teman baru. Allah itu adil. Allah itu maha tahu. 

Untuk raya korban tahun ni, aku masih tercari cari apa pengorbanan aku. lepas cuti raya ni, still ada midterm test. semoga Allah permudahkan aku. Masih belum mula belajar lagi. Selamat Hari Raya Aidiladha semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...