Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Sunday, October 21, 2012

Cousins Day Out.

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed.

Tangan aku semakin hari semakin wangi. Balik dari Merbok baru perasan. Selalu masuk bilik air, cuci tangan dua puluh lima minit. lepas bilas. cium cium dan cium. Berkat Shokubutsu yang better dari Lifebuoy. Harini Alhamdulillah dapat keluar lepas hari demi hari tak pernah pernah nak jadi perancangannya. haha

Mula mula ingat cuma nak pergi Jitra Mall, pusing punya pusing nak cari parking, tetiba Cik Dat ajak pi tempat lain. Eh, tempat apa je yang ada dekat Jitra ni? Pikah pulak ajak pi Popular sebab dia nak beli buku SPM. Mula mula aku rasa macam biar betul nak pergi sampai ke Alor Setar? Sumpah ni kerja gila. Lepas diyakinkan oleh Pikah yang JPJ tak kerja harini. Aku pun ok jelah. Hai si Pikah ni, jadual kerja JPJ pun hang hafal? hahaha

Jalan smooth je. takdak jammed sangat lah kan. aku ekceli tak ingat dan more to tak tahu jalan sangat dekat Alor Setar nih. Memang kalau aku kena tinggal dekat Alor Setar, boleh meraung raung aku sebab tak tahu jalan. haha. Aku cuma ingat jalan ke Mergong. tu pun sebab selalu pergi dengan si Fauzan. haha. So, dengan kepala cekangnya ajak diorang pergi Tesco Mergong sebab aku tahu jalan ke situ ja. *jeling jeling*

Si Perancang. Cik Dat dan Pikah

Lepas parking kereta dengan hebatnya, terus naik atas pergi Popular. Niat asal nak beli buku nih kena dahulukan. baru berkat. lepas beli, tawaf dua tiga kali, dah rasa bosan. menyesal datang sini sebab memang tak ada apa pun yang menarik. Takkan nak main dekat Kid's Center pulak kan? luls

Lepas solat Asar, turun ke bawah sebab nak makan. As aku nih memang ketagih Green Curry yang maha awesome, terus decided nak makan KFC even mula mula dah nampak berminat nak makan dekat Rasamas. Green Curry satu set and apa kejadah menu baru tuh dua. haish. memang melantak je kerja aku. Tapi yang tak bestnya, nasik dekat outlet Mergong tak sama macam dekat Central Square. tak berapa nak sedap. Grr

Auntie sedang berkhutbah
Bajet masa makan memang bagi cukup ngam ngam satu jam sebab tak mau bersesak dengan makcik pakcik yang balik kerja. Sambil makan, mata melirik sambil curi dengar Auntie sebelah tengah bagi khutbah masuk jualan langsung dekat seorang makcik nih. menyakinkan. Auntie tuh tunjuk kejayaan dia dan sebagainya. hai makcik, mohon makcik rajin menjual kalau nak jadi macam Auntie tuh. haha

 p/s : Ayen jatuh motor. dah dengar cerita dari A sampai Z. duduk rumah jangan buas buas. Lunjuq kaki cangak sampai baik nah. haha. Mohon cepat sembuh. kesian Kak Yong Tireks sedih tu. kihkih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...