Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Friday, August 31, 2012

Munajat Kemerdekaan #Merdeka55

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Alhamdulillah, selepas lama tak online, tergerak jugak hati dan jiwa nak update. hikhik. aku tahu ramai yang menantikan update terbaru *mohon senyum* dari aku. Sebelum tuh, aku nak wish selamat menyambut MerdekaRaya dengan hati yang gumbira. moga-moga Kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini akan sentiasa berkekalan. Time aku tengah scrolling scrolling newsfeed, aku terbaca satu statements yang bagi aku sangat berani. berani dalam menentang hakikat yang selama nih dah lama tertanam dalam diri kita.

Statements sumpah buad aku terpaku. pejam mata dua tiga kali, tonyoh mata dua ratus kali sebab nak check balik apa yang dia tulis. ehem, tanpa rasa bersalah. dia agungkan PKM yang dulunya sangat dibenci oleh orang orang kampung. entah la. kalau kita fikir secara positif, mungkin antara tokoh tokoh yang disebut memang berjuang demi kemerdekaan negara. tetapi, wadah yang digunakan mereka? keganasan yang dilakukan ahli ahli organisasi tersebut dan sebagainya? siapa nak jawab? 

kadang-kadang aku tak faham dengan manusia-manusia yang tak pernah nak bersyukur. tak pernah nak semai diri dengan fikiran-fikiran yang mahmudah. sentiasa fikir tentang benda-benda mazmumah sebab dah di set dalam otak pemikiran mereka mengenai peri penting dalam membantah. membantah sebab tak ikut naluri hati mereka. seriusly, manusia manusia macam nih aku macam nak buang negeri jauh jauh biar mereka faham apa erti sebenar perjuangan. bukan hanya tahu memberi alasan dan terus membangkan. pathetic.

tarik nafas, hela panjang-panjang. Syukur, semalam UiTM Kedah dah berjaya anjurkan Malam Munajat Kemerdekaan. Sumpah masa mula-mula dengar pasal events nih, dalam kepala otak aku cuma satu. mesti aku akan berpeluh dan rasa annoyed dengan program yang entah apa-apa. tapi everything changed sebab venue dah bertukar ke Dewan Perdana. Alahmdulillah ada aircond. yang nih baru mengancam kalau nak buad solat sunat tasbih pun. haha. Selepas solat Maghrib yang diimamkan Ustaz Hadi, ada pulak sesi tazkirah dari Imam Muda Hafis. 

 

Frankly, ceramah Imam Muda Hafiz sangatlah lame dan bosan. lepas solat Isyak, adik Munir buat persembahan. seriusly aku tersentuh dengan kisah Rasulullah. Betapa besar cinta baginda terhadap ummat baginda. tapi kita? entah, selalu lalai dan buad tak tahu dengan perintah yang dekat atas. *sigh* Btw, yang paling grands dan awesome semalam was time Brassband punya persembahan. oyeayy oyeayy. *menari keliling padang*

Terakhir sekali was percikan bunga api? Takpa, kami faham semua letupan semalam adalah stok lebihan raya. takmau komen lebih lebih and Syukur sebab semuanya. Syukur dengan kemerdekaan negara *senyum sensorang*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...