Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Monday, November 26, 2012

Ssangchu Couple. Kumawo. Abaikan

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Jam dah tunjuk pukul tiga lebih lebih. Air mata aku belum kering. semua dah tidur. I just finished up all of Ssangchu's couple episodes. Pernah tak rasa yang bila kita tengok some reality show, kita akan rasa yang kita jadi orang tu atau takpun kita rasa macam orang tu kita dah kenal lama? it happens to me mannn. Entah, it had been a month since i watched the first episodes of this reality show. Aku tangguh tangguh sebab aku rasa nak tengok benda benda macam ni, at least kita perlukan mood yang serba elok dan cantik.


Frankly, aku kenal Hyung Joong was trough the Playful Kiss drama and i really don't have any idea who was Hwang Bo. and honestly, this couple never failed to burst my laugh day by day. Aku rasa macam aku dah jadi saksi diorang punya perjalanan. Yes, program ni dah berlalu empat tahun and i was just discovered this up trough Aireen. 

Dan malam ni dah berjaya sampai episod last. aku tahu yang post nih mengarut dan entah apa apa tapi i feel so much eager to post it. Scene Hwang Bo menangis atas gunung really touched my heart. Hyung Joong was startled. aku baca komen komen penonton. they really felt what i am facing right now. rasa macam hilang some sorts of the things which used to make us laugh again and again. 

Hyung Joon himself doesn't want his wife to be in an improper dress. he really took cares of Hwang Bo. gila sumpah manis. tetiba rasa nak kahwin. haha. entah. ni post yang entah apa apa. ya. entah apa apa. it just resembles what i really feels right now. thanks. Kumawo. *tetiba*

p/s : when you are facing any hard ship, just remember that there is always a laughter after that - Kim Hyung Joong

Saturday, November 24, 2012

Random Weekend. Blast from nowhere.

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Malam nih memang malam mengundang. Dulu, aku sanggup tinggalkan Si Chrome sebab nak bersama dengan Cometbird. tapi entah tetiba si haprak tu buat hal. terpaksa cari yang baru. kalau ikut hati, nak je aku hempuk hempuk buat tempat bakar ikan. tapi sebab fikirkan harga benda alah ni yang bukan kemain mahal. aku redha sebentar. erk. dah dah. cukup berdrama. ekceli, dari semalam sampai ke pagi sambung pulak ke malam, tak habis habis dengan isu kpop. dari scene yang kononnya baling botol, ke Si Ayuni sampailah ke Planet Matoki. eh

Kalau ikut fikiran aku yang rational lagi bernas ni, memang tak patut pun kalau cik adik Ayuni tu keluarkan statement macam nak sembur satu Malaysia. Dan tak patut jugak orang orang yang ada dekat situ pergi baling apa apa dekat outsiders kalau kita tak suka pun. hei, mana adab dan tatasusila kita? Kita Malaysian man. aku ingat lagi, dulu kalau buat karangan Bahasa Malaysia je, mesti selitkan dengan kata kata 'Malaysia sejak dari zaman Kesultanan Melayu lagi memang terkenal dengan sopan santunnya bla bla bla'. Hei, mana hilang semua tu? tepuk dada, tanya pakcik google. ah abaikan

Dan kalau kita telusuri balik apa masalah dan kenapa benda nih boleh timbul was Taksub. masa reramai tengah bash sana sini. timbul jugak tweet tweet yang cakap pasal kena ada pendakwah and sorts of that. memang itu bagus. Tapi benda yang sama akan timbul kalau ada orang tak boleh terima orang tegur people that we call sorts of that. alah yang pakai kopiah janggut semua tu. tu pun boleh sampai tahap taksub. semua benda yang orang orang macam tu buat semua betul. Maaf, saya nak cakap. dalam akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah, cuma Nabi dan Rasul je maksum. orang orang lain, tinggi mana pun serban dia. tak maksum orang tu. still ada buat salah. 


Oh ya, semalam aku keluar dengan Fahmi, Aireen dengan Hazirah. thanks. even aku memang dah kering pokai tahap gurun sahara. tetap nak keluar jimba. Memang plan nak pergi Sungai Petani. aku ingat dapatlah jumpak dengan Jama atau Qah. tapi tak dak rezekilah pulak. kami keluar empat je. Sampai je dekat Amanjaya Mall tu, masing masing ternganga sebulat suara. besar mall tu. tapi tak ada apa yang menarik pun. sense sense aku kata yang lebih kurang masuk C-Mart Changlun je. heh. Tapi tu mungkin sebab entah. mungkin takdak sebab. Naik atas atas dan atas. sampai dekat Food Republica. kami nih memang kaki makan. kerja mencari tempat makan je setiap kali keluar. heh

Sampai atas tu, cari makanan yang menarik. Mata tertarik dengan kiosk makanan Vegetarian. erm. tak pernah makan dan tak pernah rasa. so, it might be rugilah kan kalau tak rasa. berbekalkan duit seciput tu, terus order dua set nasik. Lauk dia, kari cabbage, Baby Kailan dengan rendang daging. dan yang menariknya, daging tu was made from soy bean. rasa dia sebijik macam daging. kalau macam ni lah, setahun gua jadi vegetarian pun belum tentu berat gua turun. haha


Lepas solat Asar yang memang dah taraf taraf dinosour dah sebab lambat, terus pergi Village Mall sebab Aireen nak makan. Hazirah pulak jenis tak kisah nak makan apa pun. Lepas cucuk duit, ingatkan boleh la makan nasik ke apa. Fahmi ajak masuk kedai Edo Ichi Sushi. Fahmi dah masuk dah. yang aku, Aireen dengan Hazirah teragak agak nak masuk sebab takut mahal. lepas masuk, dia kasi menu. selak selak selak. semua setuju nak makan sushi biasa je. tu yang paling murah. heh. Pilihan Sushi dia letak dalam piring yang ada empat jenis warna yang mana each warna presents different harga. rasa dia boleh la. sedap lah jugak untuk aku yang memang bukan tekak Jepun.

Lepas makan ala ala kadar, aku dengan Fahmi pergi solat Maghrib. sebelum tu, sempat pulak order Nasik Ayam rendang India dekat Chicken Rice Shop. lepas solat, makan nasi ayam lauk hidang lah pulak. sumpah haritu memang hari makan. herher. Aireen ambik ayam masak steam apa ntah, Hazirah ambik daging masa stew mungkin dan ada kerabu taugeh dengan Sawi celur sos. Kali nih makan memang kena selera anak tekak Melayu tegar macam kami. haha


Masing masing sampai rumah pukul sepuluh. entah apa yang jadi lepas tu, wallah hu a'lam. haha. Oh ya, harini Hari Asyura. Selamat Hari Asyura. kekalkan semangat kemenangan tu dalam diri sebab Rasulullah sendiri cakap yang kita lebih layak meraikan hari Asyura daripada orang Yahudi. Alhamdulillah, dapat berpuasa dengan keluarga. yeah yeah. Hadiahkan al-fatihah jugak buat Sayyidina Hussain yang syahid pada hari Asyura. ya Sayyidul syabab. 


p/s : JPJ aku 6.12. sumpah siaww. aku ingat 22 haribulan haritu. sakit hati sakit jiwa. doakan supaya semua dipermudahkan. lama tak bawak kereta manual ni. takut lupa. :'> Budak Matriks dah nak balik. semoga perjalanan sem hadapan secerah yang lepas. Baru lepas print semua notes. alahai banyak. dah la tebal. semakin takut nak hadapi sem baru. ease the whole semester ya Allah. amin amin

Sunday, November 18, 2012

Tahi Ayam Panas

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed


Newsfeed, timeline, dashboard semua dah mula penuh dengan isu isu semasa. kalau dulu bab cinta, pasal hotstuff dan pasal itu ini, sekali lagi macam isu isu yang dulu, penuh dengan isu Gaza. isu yang bagi aku dah cukup lama. isu yang orang dah mula lupa, ingat lupa dan ingat terus lupa.sama macam isu Syria, isu Rohingya dan yang lain lain. tapi yang buat aku nak gelak terbungkam golek kiri kanan was, semua 'kesedaran' tu cuma hangat hangat tahi ayam. Bak kata Mak Lang aku, ntah ntah, tahi ayam lagi hangat dari azam dan semangat kita. aherher.

 

Maal Hijrah baru je beberapa hari lelambai lelambai dekat kita. Macam macam wishlist timbul tenggelam timbul tenggelam dalam minda. wishlist yang lepas lepas, syukur alhamduillah. banyak jugak yang makbul walaupun ada yang agak sipi sipi. untuk wishlist yang akan datang pulak, macam macam dah tersusun dalam gerabak minda. tunggu usaha ja untuk capai matlamat yang mengalahkan gunung keriang yang dok ada. eh

Tadik ada junior tanya dekat aku. pasal isu Gaza. erk. yang aku tahu yang latest ni, pihak Israel nak tangkap atau bunuh Ismail Haniyeh. pemimpin Hamas dan ramai yang terbunuh since satu Muharram haritu. Yang lain, aku samar samar. Nak tahu lebih lebih, TEKAN SINI. oh ya, since hari hari yang lepas, aku nampak penyebaran semula pesanan dari Hassan Nasrallah tu. tak silap aku sejak tahun tahun yang lepas lagi dah tersebar. heh. memang isi kandungan mesej tu bermakna tapi Hassan Nasrallah tu kan Syiah. dan even dalam Muktamar Pas pun dah mintak Harakah stop sebut apa apa yang berunsur Syiah macam Hizbullah dan lain lain. heh

Isu panas semalam was isu doa untuk jatuhkan umat islam yang lain. panas panas. panas timeline semalam. masing masing nak pertahankan apa yang masing masing nak pertahankan. eh. entah la. cuba dengar korek teinga tahan azab bukak sem nanti. mesti ada nak pertahankan benda alah tu. eh