Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Saturday, November 24, 2012

Random Weekend. Blast from nowhere.

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Malam nih memang malam mengundang. Dulu, aku sanggup tinggalkan Si Chrome sebab nak bersama dengan Cometbird. tapi entah tetiba si haprak tu buat hal. terpaksa cari yang baru. kalau ikut hati, nak je aku hempuk hempuk buat tempat bakar ikan. tapi sebab fikirkan harga benda alah ni yang bukan kemain mahal. aku redha sebentar. erk. dah dah. cukup berdrama. ekceli, dari semalam sampai ke pagi sambung pulak ke malam, tak habis habis dengan isu kpop. dari scene yang kononnya baling botol, ke Si Ayuni sampailah ke Planet Matoki. eh

Kalau ikut fikiran aku yang rational lagi bernas ni, memang tak patut pun kalau cik adik Ayuni tu keluarkan statement macam nak sembur satu Malaysia. Dan tak patut jugak orang orang yang ada dekat situ pergi baling apa apa dekat outsiders kalau kita tak suka pun. hei, mana adab dan tatasusila kita? Kita Malaysian man. aku ingat lagi, dulu kalau buat karangan Bahasa Malaysia je, mesti selitkan dengan kata kata 'Malaysia sejak dari zaman Kesultanan Melayu lagi memang terkenal dengan sopan santunnya bla bla bla'. Hei, mana hilang semua tu? tepuk dada, tanya pakcik google. ah abaikan

Dan kalau kita telusuri balik apa masalah dan kenapa benda nih boleh timbul was Taksub. masa reramai tengah bash sana sini. timbul jugak tweet tweet yang cakap pasal kena ada pendakwah and sorts of that. memang itu bagus. Tapi benda yang sama akan timbul kalau ada orang tak boleh terima orang tegur people that we call sorts of that. alah yang pakai kopiah janggut semua tu. tu pun boleh sampai tahap taksub. semua benda yang orang orang macam tu buat semua betul. Maaf, saya nak cakap. dalam akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah, cuma Nabi dan Rasul je maksum. orang orang lain, tinggi mana pun serban dia. tak maksum orang tu. still ada buat salah. 


Oh ya, semalam aku keluar dengan Fahmi, Aireen dengan Hazirah. thanks. even aku memang dah kering pokai tahap gurun sahara. tetap nak keluar jimba. Memang plan nak pergi Sungai Petani. aku ingat dapatlah jumpak dengan Jama atau Qah. tapi tak dak rezekilah pulak. kami keluar empat je. Sampai je dekat Amanjaya Mall tu, masing masing ternganga sebulat suara. besar mall tu. tapi tak ada apa yang menarik pun. sense sense aku kata yang lebih kurang masuk C-Mart Changlun je. heh. Tapi tu mungkin sebab entah. mungkin takdak sebab. Naik atas atas dan atas. sampai dekat Food Republica. kami nih memang kaki makan. kerja mencari tempat makan je setiap kali keluar. heh

Sampai atas tu, cari makanan yang menarik. Mata tertarik dengan kiosk makanan Vegetarian. erm. tak pernah makan dan tak pernah rasa. so, it might be rugilah kan kalau tak rasa. berbekalkan duit seciput tu, terus order dua set nasik. Lauk dia, kari cabbage, Baby Kailan dengan rendang daging. dan yang menariknya, daging tu was made from soy bean. rasa dia sebijik macam daging. kalau macam ni lah, setahun gua jadi vegetarian pun belum tentu berat gua turun. haha


Lepas solat Asar yang memang dah taraf taraf dinosour dah sebab lambat, terus pergi Village Mall sebab Aireen nak makan. Hazirah pulak jenis tak kisah nak makan apa pun. Lepas cucuk duit, ingatkan boleh la makan nasik ke apa. Fahmi ajak masuk kedai Edo Ichi Sushi. Fahmi dah masuk dah. yang aku, Aireen dengan Hazirah teragak agak nak masuk sebab takut mahal. lepas masuk, dia kasi menu. selak selak selak. semua setuju nak makan sushi biasa je. tu yang paling murah. heh. Pilihan Sushi dia letak dalam piring yang ada empat jenis warna yang mana each warna presents different harga. rasa dia boleh la. sedap lah jugak untuk aku yang memang bukan tekak Jepun.

Lepas makan ala ala kadar, aku dengan Fahmi pergi solat Maghrib. sebelum tu, sempat pulak order Nasik Ayam rendang India dekat Chicken Rice Shop. lepas solat, makan nasi ayam lauk hidang lah pulak. sumpah haritu memang hari makan. herher. Aireen ambik ayam masak steam apa ntah, Hazirah ambik daging masa stew mungkin dan ada kerabu taugeh dengan Sawi celur sos. Kali nih makan memang kena selera anak tekak Melayu tegar macam kami. haha


Masing masing sampai rumah pukul sepuluh. entah apa yang jadi lepas tu, wallah hu a'lam. haha. Oh ya, harini Hari Asyura. Selamat Hari Asyura. kekalkan semangat kemenangan tu dalam diri sebab Rasulullah sendiri cakap yang kita lebih layak meraikan hari Asyura daripada orang Yahudi. Alhamdulillah, dapat berpuasa dengan keluarga. yeah yeah. Hadiahkan al-fatihah jugak buat Sayyidina Hussain yang syahid pada hari Asyura. ya Sayyidul syabab. 


p/s : JPJ aku 6.12. sumpah siaww. aku ingat 22 haribulan haritu. sakit hati sakit jiwa. doakan supaya semua dipermudahkan. lama tak bawak kereta manual ni. takut lupa. :'> Budak Matriks dah nak balik. semoga perjalanan sem hadapan secerah yang lepas. Baru lepas print semua notes. alahai banyak. dah la tebal. semakin takut nak hadapi sem baru. ease the whole semester ya Allah. amin amin

3 comments:

FATEN NABILAH RUSHDAN said...

teringat budak matrik kaa weh ? HAHA

Hakimy Zamri said...

Ceh tak habis2 lagi cerita ayuni tu.
macam2 hal lah. Haha best siot cerita makan2 hang. good luck sem depan aidil. you can do it bebeh :D

Unknown said...

Aten : budak matriks mana pulak dah? kalau hang tu ye lah. hahaha

Kimy : jangan marah aku abang yong. heheh. thanks babe. :*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...