Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Saturday, March 31, 2012

lelaki dan butik. aku lettew.

In the name of ALLAH, the most merciful and powerful indeed


ekceli, tadik pagi aku pergi hang out dengan kawan-kawan yang super ohsem. tapi cerita tuh simpan tepi sat sebab aku rasa hati aku tergedik gedik nak post pasal BUTIK even suasana dalam rumah nih tak sekondusif suasana di Mall. Ehh, oke abaikan

oke straight to the point, tadi aku pergi teman Fauzan pergi butik pakaian Wanita sebab dia nak cari beberapa helai baju kurung untuk adek-adek junior dia. Ehemm ehemm. >.< bayangkan, rasa awkward gila. dengan kami dua lelaki tetiba masuk butik belek-belek baju kurung. muhahaha. dan paling buad aku macam woahhh bila pekerja dia pun lelaki. aku tak rasa dia lelaki lembut sebab dia naik fixie pergi kerja. Err Err mungkin anak tokey butik agaknya. hee

tapi seriusly abang tuh pandai layan. dan yang pentingnya, taste dia not bad for me at all. dari satu species baju kurung ke species yang lain. macam-macam species ada. ekceli, aku dikehendaki memilih pakaian yang sesuai. tapi, setiap kali aku ajukan species yang cantik di mata aku, Fauzan rijekk. ah benci! dia cakap baju-baju yang aku pilih semuanya oldschool. ekceli, aku nih peminat tahap whore yang bertaubat ala-ala alim vintage (?) APAKAH?


seriusly, lama gila kami pilih baju. dengan nak cari size, bunga kecik bunga besaq and etc etc. ==' untunglaa depa ada "abng" macam Fauzan. loaded and caring seyh. muahahhaa. tapikan tapikan, dalam hati aku terdetik jugak dan aku suarakan detikan hati tuh kepada abang yang jaga butik. ' Kalau tara kita ni pun pilih berejam, macam mana orang pompuan pilih noh?' asked me. and he replied ' kalau orang pompuan pilih lagi lah berejam.' okey, jawapan yang padat dan bernas. mahunya tak, dengan tudung, inner, anak tudung, brooch and etc etc. aku rasa kalau bagi orang perempuan bermalam dalam butil tuh sehari semalam pun depa tak cemuih. kihkih

p/s : aku terkejut tahap berok propa bila nampak ada dijual anak tudung yang ada sanggul palsu. hai makcik makcik, bila nak bertobat? tak bau bauan syurga nanti. hee.

 Kalau Syiah sibuk dengan Ya Ali, Ya Mahdi, Kita sibukkanlah dengan Ya Allah, Ya Robbi. Kalau Syiah sibuk merujuk kepada sejarah, Kita sibukkanlah diri dengan merujuk kepada Al-Quran. Kalau Syiah sibuk dengan Imam Ali mereka, Kita sibukkanlah diri dengan sunnah2 Rasulullah seperti yang terdapat dalam kitab2 hadis kita dan telah terbukti kebaikannya secara saintifik pada hari ini. Semoga berkah Allah selalu bersama kita. InsyaAllah 


Friday, March 30, 2012

DUNIA. masam-masam manis

In the name of ALLAH, the most merciful and powerful indeed

di kala jari jemari aku baru mula menaip, telinga aku tertancap pada doa daripada imam masjidil haram time solat jumaat. sedih gila, even aku tak faham, tapi bak kata Ameen Omar, ada ZOUQ disitu. hee. ekceli, aku pun tak tahu nak taip aku sebab aku rasa mcam aku nih kena imsomnia. mata aku masih terbukak luas even liang-liang pori aku dok rembeskan peluh dari badan sebab panas baq hang. aku amsih tertunggu-tunggu bila Jitra nak turun salji. oke kidding, kalau Jitra turun salji, aku orang 1st lari pi dok hutan bukit wang. ==' oke abaikan

harini, jadual aku tak la pack sangat *muka berangan CEO ZHULIAN*. balik kampung, pi KUPSIS. oh ya, time aku pi KUPSIS, tadi aku sempat join selama sejam bukak halaqah menyembang dengan junjun f5. woah, rajin depa la ni. aku join depa stadi dalam bilik pengawas. sumpah harini muka aku tebal pintu bilik ayaq lelaki F4 sebelah 4NEKAD yang pecah berlubang sehingga nampak setiap kejadian di balik pintu. hahaa. mahunya idak, aku pergi sekolah harini pakai kain pelikat kott. mula2 mak aku suruh tukar seluar, tapikan tapikan, aku rasa 2 tahun aku tinggal sana, budak-budak dah muak tengok aku pakai kain. so takdak problemo bagiku. muahaha

tadi aku terbaca blog Fitriah. oke, sumpah lawak bila baca balik. hahaha. clash sebab Sushi. so, tak matang. perangai macam budak tadika ulu koadiang. 


budak 1 : Weiwei, aku nak rasa cekelat hang bulih?
budak 2 : tak bulih, ni mak kami bagi. ampa pi beli sendiri.
budak 1 : kami takdak det, ampa beli sat.
budak 2 : eeiii, hang x malu noh
budak 1 : kami xmau kawan dengan ampa. 

errr, oke yang nih contoh dan analogi untuk memudahkan pemahaman. ==' abaikan sekali lagi.

time tengah layan perasaan scroll scroll newsfeed, aku nampak status kawan aku. she said that dia dah break dengan balak dia. Ngeng. aku tak fahamlah dengan manusia-manusia nih. bercinta dan berkapel bukan main sakan. tapi last-last break jugak. sumpah aku kesian sebab depa dah habiskan banyak masa, wang, kata-kata and etc etc. btw, walau apapun terjadi, aku harap hangpa still kawan. :D


lastly, haritu aku agak tersentap bila Fauzan cakap, "Doa-doa jugak, tapi yang dok heran, dosa sakan jugak dok buad" *nih bukan ayat rasmi dia. aku olah sikit bagi sedap. alah, ajinomoto doploh peket, gula sekilo, secukup rasa setong* macam betul jugak kalau kita renungkan sejenak kata-kata dia. kita selalu mengharapkan Allah makbulkan doa kita. tapikan tapikan, pernah tak kita cuba nak buad setiap suruhan Allah dengan sebaik baiknya? tepuk dada tanya minda. kalau tanya selera, nasik goreng Pataya jawabnya.

p/s : tadik mak lang aku bercerita pasal bloodlines keluarga. agak mengejutkan bila dapat tahu yang moyang aku berasal dari Chiang Mai. jauh bhaii. aku ingat area2 Chenak. magadd. SAWADEE :d

p/s : tok dah selamat sampai dari Makkah al-Mukarramah. moga-moga beliau sentiasa sihat.  Ameen

p/s : magadd, esok nak hang out dengan gerfren-gerfren. aku harap boipren boipren pun ada. eh eh. APAKAH? oke abaikan


Thursday, March 29, 2012

PRODUCTIVE MUSLIMS. between sarcasm and realiti

In the name of Allah, the most merciful and beautiful indeed


but as me? hari-hari aku semuanya bermula dengan perkataan LEWAT. LEWAT dan LEWAT. wake up Aidil. be more energetic and powerful. awful might be good too. kihkih


DIA COMEL macam aku. kbai

sabar. please



In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed



its really make me really disappointed to update something religious or informative even something motivational. tapi tetiba aku rasa blog aku nampak kosong dengan cerita-cerita aku hang out and personal stuff. tak menarik bhai ==' time aku belek-belek majalah GenQ yang aku beli beberapa bulan yang lepas. tetiba rasa tertarik dengan sifat sabar. ekceli, aku bukan seorang yang penyabar. sumpah seyh, aku tak tahu nak tahan sabar. kalau aku mengamuk, tak puas hati and etc etc, i would rather cakap lepas atau maki ja terus. yeah, aku bukan sebaik yang hangpa sangka. kihkihkih. kalau mengikut ahli sufi, sifat sabar nih dikatakan dapat menyelamatkan diri kita either d i dunia atau di akhirat. hal ini demikian kerana, sifat sabar dapat builds and control our soul from doing mazmumah thingy dan sentiasa berfikir sebelum bertindak. *teringat ayat cikgu Hasila* oke abaikan. sifat sabar dia mencakupi tiga aspek penting dalam mencapai kesempurnaan iman ataupun halawatul iman kepada Allah

  • bersabar dalam hati membolehkan seseorang itu sentiasa beringat untuk memelihara iman, menjana kesucian hati, mempertahankan kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu perkara
  • bersabar dengan fizikal bagi memperkuatkan ketekunan dan ketahanan dalam melakukan riadah, kerja dan perjuangan untuk mencapai keredhaan Allah.
  • Bersabar dengan lisan, iaitu sentiasa menjaga dan memelihara lisan atau perkataan agar sentiasa jujur dan ikhlas sesuai dnegan niat
*those are copying directly from GenQ magazine. :D


Ketika gelora semangatmu berhembus, tangkaplah ia, karena setiap gelombang tinggi pasti punya masa tenang setelahnya. Jangan lupa berbuat kebajikan, karena engkau takkan pernah tahu kapan gelora semangatmu akan reda.
Imam Syafi’i

Monday, March 26, 2012

random day. ASFGASJLK #1

In the name of ALLAH, the most merciful and powerful indeed.


woah, agak lama aku tak update. setiap hari ada ja bertanyakan perihal kemunculan entri-entri baru. *ambik timba berak jauh jauh* ekceli, dalam dua tiga hari nih memang sibuk nak kemaskini UPU, selak-selak course yang patut, apply scholarship yang aku layak and a lots of things more. T.T

pagi tadik, fauzan texting aku cakap tak jadi nak pi tasik. so, aku pun tidur lah semula. tetiba dapat panggilan dari Fauzan ckap yang Munirah ajak breakfast sekali. weh, sumpah aku mengantuk gila. aku cakap dekat Fauzan yang aku takmau pi. then Mun calls aku. dia cakap, "pojan takmau pi kalau hang takmau ikut! cepat bangun mandi. AKU BELANJA". so, dengan perasaan malas yang amat terus aku bebai time pi mandi. capai ja baju kelas SABAR. ohyeah ohyeah. then, Mun sampai dengan Fauzan. sangat kejam bila depa suruh aku tukar baju lain. oke rasa terhina disitu. ==' oke abaikan.

btw, Munirah belanja kami breakfast dekat Kepsi. Thanks Mun. <3 lepas breakfast, hantaq Mun ke ejen memandu terus pi lepak umah Aireen. Sumpah lama gila hang out dalam rumah Aireen dengan masing-masing paranoid takut pencegah maksiat. haha. hampeh sorang-sorang. lepas lunch dekat Taman Siswa, lepak balik dekat rumah Aireen then pukul 3 hantar Aireen pi kerja dan again, Fauzan belanja makan dekat sana. Thanks Fauzan. Dah la lunch pun dia belanja. Segan aku. hahahhaha

ekceli, aku nak pi rumah Kak Are sebab Cik Dat dah balik semenanjung. tapi apakan daya, tak sempat seyh. dan yang seperisenya, famili Tam ngan Lang datang rumah. :D ekceli, aku rasa aku tadak motif pun nak cerita apa. =='

p/s : sebelum maghrib tadik, Caun IM aku. sumpah aku terharu dengan kata-kata dia. weh, cerita lama. thanks sebab hang buad aku rasa yang aku dikelilingi kawan-kawan yang macam superman. aku janji, no more secret. KAWAN BAIK kan. T.T aku nak nangis tadik. kadang-kadang, friends is not about be together or else. tapi friends is about sharing, caring and always be in heart and minds. aku tau, sekarang semua sibuk. aku faham dnegan keadaan hangpa. so, i'll manage to live happily with em.

Friday, March 23, 2012

A Sweet Birthday

A Sweet Birthday: Bring about birthday cheer to underprivileged children through Caramel, an online platform that enables Malaysians to fulfill birthday wishes of less fortunate children in the country. Log on to Caramel’s [website] and click on ‘NGO’ to view details of children from different shelter. Donations are to be made three weeks prior to a child’s birthday.Check out Caramel's Facebook Fan Page for updates too!

Thursday, March 22, 2012

ranking SBP untuk SPM | tahniah KUPSIS

In the name of ALLAH, the most merciful and powerful indeed

ekceli aku terpanggil untuk mengepost pasal ranking nih lepas ada status kawan aku cakap something pasal nak bangga-banggakan rangking. hey awak, bagi aku ranking sekolah nih merupakan satu penanda aras kepada segala usaha dan titik peluh satu batch serta cikgu-cikgu trough the year. aku harap dia faham. =='

ekceli, dah ada banyak version yang campur dengan MRSM lah, yang tu lah yang ni lah. tapi yang nih mungkin yang paling latest. mungkin. *MENARI HINDUSTAN*



Ranking SBP SPM 2011

1 KOLEJ TUNKU KURSHIAH 0.923
2 SEKOLAH TUN FATIMAH 0.939
3 SEKOLAH SERI PUTERI 0.9842
4 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 1.1183
5 SBP INTEGRASI GOMBAK 1.226
6 SM SAINS REMBAU 1.3006
7 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 1.3553
8 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 1.3725
9 SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.3793
10 SM SAINS ALAM SHAH 1.44
11 SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU 1.4508
12 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR 1.4579
13 SM SAINS SULTAN MAHMUD 1.4724
14 SM SAINS MUZAFFAR SYAH 1.5109
15 SBP INTEGRASI RAWANG 1.5281
16 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 1.5287
17 SM SAINS JOHOR 1.5491
18 SM SAINS KUALA SELANGOR 1.569
19 SM SAINS SELANGOR 1.5927
20 SM SAINS BAGAN DATOH 1.6082
21 SM SULTAN ABDUL HALIM 1.6345
22 SBP INTEGRASI JEMPOL 1.6416
23 SM SAINS SERI PUTERI 1.6491
24 SM SAINS MACHANG 1.6903
25 SBP INTEGRASI BATU RAKIT 1.7148
26 SM SAINS HULU SELANGOR 1.7336
27 SM SAINS KUCHING 1.759
28 SBP INTEGRASI SELANDAR 1.7763
29 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM 1.7893
30 SM SAINS KUBANG PASU 1.792
31 SBP INTEGRASI KUBANG PASU 1.7997
32 SM SAINS TUANKU JA`AFAR 1.8128
33 SM SAINS LAHAD DATU 1.8227
34 SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 1.8264
35 SM SAINS KUALA TERENGGANU 1.8529
36 SM SAINS MIRI 1.8874
37 SM SAINS SULTAN ISKANDAR 1.9024
38 SM SAINS KOTA TINGGI 1.915
39 SM SAINS TENGKU ABDULLAH 1.9327
40 SBP INTEGRASI TEMERLOH 1.9355
41 SM SAINS PASIR PUTEH 2
42 SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK 2.0353
43 SM SAINS LABUAN 2.0397
44 SBP INTEGRASI KUANTAN 2.095
45 SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH 2.098
46 SM SAINS SABAH 2.137
47 SBP INTEGRASI GOPENG 2.1467
48 SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 2.1803
49 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 2.1994
50 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 2.2249
51 SM SAINS POKOK SENA 2.2297
52 SM SAINS TELUK INTAN 2.4285
53 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 2.4899

oyeahh, tahniah ZENITH. rangking naik mencanak weh. TAHNIAH KUPSIS :D

Wednesday, March 21, 2012

regret? tak kott. alhamdulillah

In the name of ALLAH, the most merciful and powerful indeed

akhirnya, penantian dan secretion hormon jenama adrenaline dah selamat berhenti buad seketika. apa yang aku mampu ucap dan tutur hanya Alhamdulillah ke hadrat ilahi sebab aku rasa apa yang aku dapat nih dah cukup membahagiakan setiap lubang-lubang pori, usus kecil mahupun besar mahupun saluran anus yang kerap tersumbat. *biology aku B, so kena ada ciri-ciri budak biolsogos* oke abaikan.

kalau nak bandingkan usaha aku yang aku rasakan cukup all-out bagi aku dengan usaha-usah para ikhwan dan akhawat zenith yang dapat straight A's memang jauh berbeza. beza sangat dan apa yang aku boleh cakap, they deserve that. rasa seronok tengok depa yang aku rapat dapat straight A. tahniah WARDAH, CAUN, HANISAH, ISKANDAR, AZEEM ngan SYAHRUL. sumpah aku rasa bangga gila. tak lupa jugak dekat KAKCIK, my dearest cousin, childhood friend and shoolmate and macam-macam gelaran mate yang aku boleh bagi dekat dia. tak lupa jugak dekat NURMATUL ngan DAYANA. rindu hangpa wehh. T.T 

with Madam Wan Solihah and the dearest KAKCIK :D

dengan ZAKRI legend wehh. T.T pandai gila. best students 2011


lastly, mungkin apa yang aku dapat nih tak mampu nak buad parents aku tersenyum bangga macam peperiksaan yang lain. InsyaALLAH, i'll try my best untuk future. UNTUK ZENITH, hangpa rawks. results semua orang sangat ohsem. aku terharu dan gembira being a part form all of you. *sesi nanges berirama dangdut*

p/s : maafkan aku Fizik. jodoh aku dengan hang tak panjang. kembali jatuh cinta pada KIMIA DAN BIOLOGY. :D

Tuesday, March 20, 2012

results? talks to my hand. BOLEH KOT?

In the name of ALLAH, the most merciful and powerful indeed

ekceli, buad masa sekarang, tanggal 21.march 2012 jam 2.56 am aku masih belum bisa melelapkan mata. semuanya gara-gara terlentok dengan penuh selesa atas sofa lepas solat subuh dan bacaan Yassin serentak batch94. alhamdulillah. ekceli, lepas terjaga aku terus masuk bilik air dan mandi sebab i thought nak ambik results dah. lepas mandi, tengok jam, eh eh, baru pukul 12 mlam. sangat tak sabar lah kau WAN. =='

harini, sekali lagi hang out dengan para ikhwan dan akhowat. sumpah aku rasa tenang bila dengan depa. ukhwah dan ikatan tuh terasa segar ibarat bau-bauan berjenama Chanel mahupun Gucci. :o oke minyak wangi mahai. aku hanya mampu pakai yang sample ataupun ambik sembur secara sembunyi-sembunyi hak milik orang lain :D this post is a special thanks ti Aireen dan Fauzan sebab belanja aku breakfast makan Kepsi dan dinner with Pitza. terima kasih sangat-sangat. sayang hangpa. 



btw, petang tadik aku, Fauzan, Hazirah Azhar ngan Wan Athirah pi karnival pendidikan MARA. semuanya swasta dan aku tak rasa family aku sendiri afford nak tanggung aku. walaweh. ==' secara jujurnya, karnival tuh tersngatlah bosan. cuma terserempak dengan Afrina dengan Aiman Wong. 

21. March jam 11 setengah nanti mungkin akan jadi pemangkin semngat aku. i'm trying to be more positive indeed. even hati aku sekarang sangat-sagat lah berdebar. sumpah tak tipu. lastly, HAPPY BIRTHDAY FATHIN NADHIRAH. may this birthday, hang akan dapat hadiah yang super awesome sis. :D

Monday, March 19, 2012

they make it better.

In the name of Allah, the most merciful and peaceful indeed

woah. ekceli, rasa macam retiss bila daily viewers 100++. *pejam mata ala-ala atas pentas pegang terofi* muahhahahaha. oke abaikan. dalam dua tiga hari nih time solat, time makan mesti tetiba ada getaran jiwa yang macam suruh aku jerit kuat-kuat gaya tarzan. sumpah aku tak senang duduk sorang-sorang sekarang. ada ja perasaan halus-mulus yang menerjah jiwa kecil aku. perghh. 

so, nak hilangkan semua vibration yang turut mnggetarkan pundi kencing, aku dengan sukahati dan pasrahnya dah tiga kali keluar berturut-turut dengan Encik Fauzan yang ada PA yang superhawt. hahahaha. 

  • hari 1st pi, aku cuma dating dua orang dengan encik fauzan. haritu cuma  jalan-jalan sambil gosip ambik angin. hahaha. langsung tak penat. mulut ja penat sebab tak habis-habis keluarkan fakta dan auta. hahaha.

  • hari 2nd and it was today. harini lama sikit merendek dengan Fauzan, Syaza and Aireen. dan harini sumpah penat sebab pojan paksa aku lari. kejam kejam. lepas makan dekat kedai roti canai medan selera yang aku rasa makcik tuh pun dah cam muka aku dengan depa, pi jumpak Puteri sebentar, then lepak umah Hazirah. masing-masing demand macam-macam. muahhahaa. lepas Fauzan hantar aku balik, online pasuma beliau kol semula sebab nak ambik aku tengok wayang pulak dnegan Fikri. mana kalut pun aku bersiap. adess. masuk panggung, aku jumpak Azad dengan Hanif. tengok sit depan aku pulak ada Mina. memang kelia gila. hahhaa. 

  • mula-mula aku teringin tengok cerita 7 petala cinta. tapi apakan daya, orang dah beli tiket. nak buad gena. pasrah jugak kena tengok cerita John Carter. masyuk jugak cerita dia. penuh FANTASI. haha. tapi berunsur science lah. :D
ekceli, thanks weh sebab hangpa semua sudi mengurangkan rasa gabra di hati. aku taktau nak cakap apa. dengan hangpa semua gila. seriusly, aku harap lepas results pun kita still hang out. watlek watpeace watcool ==' chaiyok ZENITHHHH. 


p/s : kempen menggunakan benda alah ni sebagai DP masing-masing masih giat dijalankan ketika anda membaca post ini. harap maklum


Saturday, March 17, 2012

In the name of ALLAH the most merciful and powerful indeed

islahnafsi:  Orang yang melakukan dosa kemudian merasakan bahawa dirinya jahat adalah lebih baik dari orang yang berbuat baik kemudian merasakan bahawa dirinya baik ^^,

wahh, lama gila tak post apa-apa dekat sini. dah nampak sawang-sawang dan taik kucing di merata-rata. jenuh aku nak cuci nih. Aidil, can you please stop nagging? oke abaikan ==' sebenarnya, time aku rosek rosek tumblr sambil reblog dan tekan butang love tanda suka, aku terjumpak benda nih dari islahnafsi.tumblr.com. ekceli, tumblr nih milik kanak-kanak berumur 14tahun baru. tapi usaha dakwah dia dalam aktiviti tarbiyyah dan posting benda benda mahmudah really makes me inspired.

apa yang dia cakap betul. aku pernah jumpak post kawan aku nih


aku setuju bila dia cakap, 'manusia yang takda ilmu, bila cakap soal agama, akan jadi fitnah' aku setuju sangat sangat sebab aku pernah alami benda benda macam nih. tapi at least, kita ada minat dan usaha untuk memahami agama sendiri kan? erm, watlek watpeace. adios

Monday, March 12, 2012

HUJAN | 21st of March

In the name of ALLAH, the most beautiful and powerful indeed

ekceli, sekarang nih setiap hari boleh dikatakan hujan lebat. hujan selebat-lebatnya macam ada orang curah timba dari atas. oke hiperbola terlampau gaya kak Niena sebab kak Niena cakap hiperbola terlampau itu penting. muahahaha. ==' oke abaikan. dalam masa asyik menikmati siulan hujan, komentar Akmal Asyraff membuadkan jiwa aku meronta-ronta untuk berpuitis dan berpuisi untuk membantu sistem pencernaan usus besar. hahaha. 

tumbesaran penting bersama susu ibu =='

abaikan semua kata-kata nista di atas. sebenarnya, tadik heboh bila dapat tahu yang tarikh keputusan SPM akan di awalkan sehari. okeh aku tak gentar pun. sebab kalau depa perenjak seminggu, aku tak kisah kalau masing-masing nak buad cuak sambil menari-nari poco-poco sebab nak hilangkan gabra. tapi bila depa renjak cuma sehari, i was like, can all of you be more matured? just a day. tapi bila Nurmatul Shida buad kenyataan pedas which was ' langkah KPM mempercepatkan tarikh pengumuman results pada 21 haribulan bukak hanya mempercepatkan sehari, tapi kalau diperhalusi, ianya telah dipercepatkan selama 24 jam, 1440 minit dan 86400 saat'. *cakap dengan budak genius tara ni lah* AHAHA. 

btw, aku pun hairan pasai apa harapan orang dekat aku was too high. aku rasa macam gayat ja nak capai harapan jiran-jiran, kawan-kawan, makcik-pakcik, nenek-nenek, sepupu-sepapat dan tak lupa mamak kedai makan. subhanallah, mungkin aku dapat capai apa yang depa bayangkan tapi aku tak mau terlalu berharap hinggakan aku jatuh tergolek bila hari results diumumkan nanti. orang cakap memang senang, tapi bahu yang memikul? depa sendiri tak mampu nak jawab.

tinggalkan jauh jauh mood janda kematian suami, semalam time aku selongkar album-album junior sebab nak mengubati ras rindu yang membara, aku jumpak gambar enam orang junior yang pakai baju rumah. bagi aku, GAMBAR NIH EPIK. sebab dekat KUPSIS, rumah menjadi satu alat pengenalan. orang takkan tahu kita kelas mana, form berapa or etc etc unless kita rumah mana. aku speechless sebab it was toatally awesome dude T.T *menangis gumbira*

gambar ini sangat epic. double thumbs up dude 
sebenarnya kalau tanya mana-mana budak KUPSIS, semangat rumah yang dah tertanam since zaman pioneer cukup kukuh. terbayang lagi time senior bergaduh sebab nak pertahankan rumah, aktiviti tepuk sorak nak jatuhkan rumah lawan, pakatan nak bash Alpha dan macam-macm lagi. aku rndu saat itu. T.T btw, aku syang DELTA sangat-sangat. macam-macam aku belajar dengan budak-budak DELTA. cheers. bak kata Najla, sayangilah rumah DELTA <3 hahaha. btw, watlek watpeace. =='

Sunday, March 11, 2012

ABUDEN?! | credit to SEGHA

In the name of ALLAH, the most merciful and powerful indeed.


ekceli, masa aku tengah merayap bersuka hati bergembira ala-ala teletubbies dekat blog-blog orang, aku TERsinggah dekat blog SEGHA. and she posted something about ABUDEN along with an  explaination . grr. sebenarnya, ABUDEN nih bagi aku antara salah satu silly behavior of Malaysian itself. in order to be more friendly, sopansantun, anak dara mithali, menantu pilihan dan imam muda maybe. haahaha. hanisah pernah post something pasal this stuff dalam gerup zenith and i was laughing tak ingat dunia. 

kak Maria Elena dah mengakategorikan sistem tindak balas involuntary action nih as SQS. aku rasa kak Maria sendiri tak pasti sindrome nih dah ada nama spesifikasi yang diluluskan JAKIM. ==' oke abaikan. btw, new word for me for this pagi pagi buta updates. ABUDEN.

pesanan penaja : haritu aku tertanya- tanya macam mana abang retiss kita si Hakimy Zamri check dia punya blog's values. oh, dan aku dengan seciwi-ciwi kembang semangkuknya pun menggatalkan diri nak check mungkin-mungkin aku dah jadi jutawan mee segera. haha. dan keputusannya was.... RM 1,218.25. OKE LETTEW. dengan aku baru ja buad blog kan. tahniah wan aidil. muahahhaa


Saturday, March 10, 2012

KALAU MASA BOLEH DIUNDUR..

In the name of ALLAH, the most merciful and powerful indeed
yang pergi tetap akan meninggalkan. yang hilang tetap akan menghilang. cuma mengharap yang mendatang lebih baik dari yang pernah kita lalui. apa yang kita lalui, itu adalah apa yang telah Allah takdirkan untuk kita. apa yang telah kita alami, itu menjadi sesuatu yang sangat istimewa buat kita.
peristiwa yang pernah membuat kita ketawa, menangis, gembira mahupun sedih. orang lain mungkin tak akan pernah tahu. namun, mungkin ada insan lain yang melalui perkara yang sama,

tapi, ‘rasa’ itu tak akan sama, sebab keadaan kita berbeza. biarlah, andai jalanan kehidupan kita tak sama seperti insan lain. redhalah, andai ketentuan perjalanan kita, tidak seperti orang lain. siapa tahu, perbezaan itulah yang membuat kita “istimewa”. pelik dipandangan manusia, namun istimewa pada nilaian Tuhan.

tadi, bila aku ziarah gambar-gambar dalam album junior, serius aku rasa something pelik. satu rasa yang awkward. dulu seriusly boleh kata aku agak rapat dengan junior. rapat sebab aku rasa yang depa macam adik aku yang sebenar. tapi, masa cepat berlalu. kemesraan, rasa family yang aku agung-agungkan dulu, tiba-tiba hilang. mungkin salah aku. ya, sememangnya salah aku. salah aku sebab tak tahu nak kawal amarah. salah aku sebab sentiasa menyumpah seranah. entah, kadang-kadang sifat manusia. bila dah rasa terlalu berkuasa, atau rasa diri dia besar, semua benda kita nak kawal. *sigh* 

kadang-kadang,

Allah berikan kita kekurangan,

untuk menguji kita dengan kekurangan yang kita ada itu.


kadang-kadang,


Allah duga kita dengan ketidaksempurnaan,


untuk menduga kita dengan ketidaksempurnaan yang kita miliki itu.

memang sengaja,

Allah memilih kita.

kita yang tak punya itu dan ini,

dikelilingi dengan orang yang ada itu dan ini

kadang-kadang,

tak cukup dengan ujian kekurangan,

Allah hantar pula insan-insan yang memperlekehkan kita.

insan-insan yang memperkatakan kekurangan kita,

mulut-mulut yang mengata tentang ketidaksempurnaan kita.

dan kadang-kadang,

yang melukai hati,

bukan kekurangan yang kita miliki,

tapi, 

keceluparan mulut-mulut insani yang kata-katanya tajam,

menghiris hati.

namun,

kadang-kadang, 

kerana terbawa emosi,

kita lupa,

mereka juga adalah ujian.

bila kita mengaku redha dan ikhlas,

dengan ujian dan kekurangan,

maka adakah mulut-mulut orang yang kurang ilmu,

akan membuat kita sakit hati,

membuat kita membenci dan berdendam?

astaghfirullahalazim.

moga Allah mengampuni kita.

kita yang diuji.

dia yang mengeji,

dan kita yang mungkin terlanjur membenci.
"



entah, aku cuma berharap ukhwah yang aku rasai bersama senior2 pioneer dan adik-adik Delta 2010 akan terus segar. walaupun cuma impian, tapi tanpa impian, takkan wujud kenyataan kan? kalau masa boleh diundur, mungkin aku akan baiki setiap kesalahan aku. setahun, setahun aku rasa kesal. setahun bukan satu masa yang pendek bila aku langsung tak tegur depa. setahun aku anggap depa macam adik-adik tiri. adik-adik yang selalu terima cursing aku. pagi petang. seriusly, aku rasa bersalah. bersalah sebab aku rasa jauh dengan depa. yeah, mungkin aku tak sebaik pioneer. mungkin KAMI tak sebaik dan sehebad pioneer dalam kaca mata hangpa. mungkin kata maaf dah diungkap, tapi selagi hati masih menyimpan, aku rasa macam something missing. entah, aku sendiri tak faham. tak faham dengan kehendak hati. T.T

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ


“So do not become weak, nor be sad, and you will be superior if you are indeed (true) believers.”[Al-Imran 3:139]

“If Allah knows any good in your hearts, He will give you 


something better than what has been taken from you”

(Surat ul-Anfaal, 8:70)
Wahai Nabi, katakanlah kepada orang-orang tawanan yang ada dalam tangan kamu: “Jika Allah mengetahui ada kebaikan (iman) dalam hati kamu, nescaya Ia akan memberi kepada kamu (balasan) yang lebih baik daripada (harta benda penebus diri) yang telah diambil dari kamu, dan Ia akan mengampunkan dosa kamu; kerana Allah Maha Pengampun, lagi maha Mengasihani. (Qur’an, 8:70)
*AIR MATA KAU DATANG LAGI*

Thursday, March 8, 2012

two days with random

In the name of ALLAH, the most merciful and peaceful indeed


oke, ekceli harini aku taktau kena sampuk apa. tobat aku rasa mengantuk gila even dah kelam mata since petang bawak ke lepas maghrib. baru ja jaga pukul 11 tadik. ==' oke abaikan. pagi tadik seperti biasa, Fauzan fetch aku dekat rumah. malangnya, Afaf tak boleh join. cuma aku, Fauzan dengan Syaza yang kalut text aku sebab tasik ada ramai abng polisi. hahaha. lepas jogging, pekena roti canai. yang aku sukanya, abng Fauzan kita belanja. thanks weh, nanti aku belanja hang pulakk. wah ;D lepas makan, terjah rumah Aireen sebab Mas tak mandi lagik. kihkih. gila ah, lepak umah Aireen punya lah lama. dengan kami empat orang ja dalam umah. kalau jiran dia buad nayaa pi kol pejabat agama. free free ja nikah. hahaha. =='

ekceli, hari rabu haritu aku ada test JPJ. ketaq baq hang. dengan aku langsung tak konfiden dengan titi haram tuh. dalam hati nazar macam-macam. btw, hari aku pi tuh aku pakai baju oren KUPSIS. yang seronoknya, Haslina pun pakai baju oren sekolah. siap dengan tudung prep cek ooi. semangat hang Haslina. dalam tara dok ketaq lutut tuh, alhamdulillah. aku tak jatuh titi pun. dalam hati, gumbira hanya ALLAH yang tahu. selamat tinggal kelas memandu. nanti ambik lesen kereta aku mai lagik. *bajet retiss*

budak sekolah cuti seminggu kott. aku baru tahu lepas Fauzan habaq. dulu zaman muda-muda setahun yang lalu, memang eksaited tunggu cuti panjang beserta kerjah sekolah yang meninggi macam bukit tunjang. hahahaha. sekarang, hari cuti ka dak, aku rasa sama ja. T.T hidup takdak life, nasib baik ada Fauzan dnegan yang lain-lain. kalau dak mati kutu aku. haramm. btw, aku rasa post nih banyak sebut nama Fauzan, hahaha. sumpah, dulu dekat KUPSIS, aku tak la baik sngat dengan dia. bak kata Aireen, Fauzan dulu geng dengan budak-budak hotsetap ja. muahahaha. tapi lepas SPM nih, aku rasa mcam duduk zaman sekolah rendah. teringat zaman dulu, zaman kanak-kanak ribena yang riang ria jumpak dekat kelas. kahkahkah. 


but now, we cursing.

VAVI LAH HANG *seriusly, i used this widely*

p/s : entri ini tidak menimbukan mana-mana perasaan riak pada siapa-siapa. adek aku balik gitau yang ustad heboh dekat junior pasal senior yang suka post pasal hukum hakam yang mngelirukan. kfinee. sapa lagi kalau bukan aku. okeh, aku akan stop buad benda2 yang macam ustad cakap. thanks sebab tak tegur depan-depan. saya appreciate sangat.

poeticislam:

Ibn Mas’ud –(radiyallaahu ‘anhu) – would advise his students, “If your intention is one of these three, do not seek knowledge: To shame the ignorant, or to argue with the Fuqahaa’ (scholars), or to cause people to turn their faces in your direction. Intend with your actions and words that which is with Allaah, for indeed that which is with Allaah shall remain and everything else shall perish.”

Ibn Mas’ud –(radiyallaahu ‘anhu) – would advise his students, “If your intention is one of these three, do not seek knowledge: To shame the ignorant, or to argue with the Fuqahaa’ (scholars), or to cause people to turn their faces in your direction. Intend with your actions and words that which is with Allaah, for indeed that which is with Allaah shall remain and everything else shall perish.”

Tuesday, March 6, 2012

6.3.2012 ~

In the name of ALLAH, the most merciful and powerful indeed

~ POST INI PANJANG YANG AMAT. oke.seperti yang direncanakan dalam sekaip semalam, dengan penuh iltizam dan harapan, aku tidur awal cek ooi. haha. rasa teruja seriusly, aku bangun pun dalam pukul 5.30 am. lepas berak dan buang apa yang patut gara-gara makan bubur segera yg tidak dapat dihadam sebab terus meniduri diri, sakit perut cek ooi. dalam pukoi 6,00 am, dalam keadaan mata yang maseh lagik kabur ibarat filem-filem kayangan, terus capai bekberi sebab nak bertweet perasaaan bangga sebab bangun awal gila sebelum azan berkumandang. okeh memang aku riak. hahahaha. 


gila, sorang keding sorang comei. hahah ;D

sebelum tuh, aku kol Fauzan dulu sebab aku takut dia tak jaga. Grr. dah la aku semangat nih. :3 okeh, semua kelia. lepas mandi pasuma, Fauzan kol tanya direction rumah. perghh, punya la bagi direction, last2 dia tanya, dekat dengan umah arwah Syukran ka? ohmaigadd, mestilah nama pun jiran sebelah. Fauzan bawak keta laju cek ooi. aku yang dok sebelah cuma dapat mendiamkan diri. hahaha. satgi aku kompelin pelik2 dia suruh aku keluar nayaa. *gedebush gedebush*. sampai ja dekat tasik, si Afaf tak sampai lagi. besalah orang Melayu, kata 5 Minit lagik. setengah jam lepas tuh baru sampai. hahahha. *oke lawak ja apap* :3 

Fauzan kol Anas, ajak dia join, tapi dia ada kelas lah pulaks. setelah penat dok teka mana satu Afaf, tudia, nampak gerangan dia sedang melambai-lambai. haha. mau dakk retiss cek ooi. kahkahkah. lepas berkenalan dua tiga minit, kami jalan-jalan bagai itik pulang petang. jogging punya jogging aku derekk kena tinggai T.T okeh aku sedar siapalah diri aku. ;3 TAPI DEPA BAIK CEK OOI. depa selalu tunggu aku sebab aku rasa depa pun penat dah. hahahaa. lepas jogging seround, serius aku penat. dengan rasa pening kepala, loya nak muntah semua ada. dah mcam simptom pompuan mengandung. hikhik. oke gedik. 


afaf kata, sluaq dia yg lebaq, bukak kaki dia pendek. SEKIAN

then, kami round-round darulaman heights. cari rumah DR ROZMEY. walawehh, besaq weh rumah dia. T.T. lepas puas cuci mata dengan rumah-rumah besar dekat sana, Afaf kol Mas sebab nak mengebash dia dekat rumah even dia kata dia nak pi Aloqsetaq. ahhaa. Mas cuak. macamlah kami nak pi masuk meminang. hahhahaa. sampai depan umah dia, Mas dah tercegat tunggu. segak aih. siap mekap cek ooi. haahhaa. sebab Mas dah nak keluaq kami pi terjah rumah Wong. untung gila. rezeki wehh, mak dia buad ayaq bagi makan pasuma. kira breakfast umah Wong lah. tenkiu weh, pasta mak hang sedapp. :D 


MAS malu-malu. hahaha. dia tengah HALAU kami. kihkih

lepas makan, minum beramah mesra pasuma, kami mintak diri dulu. pekena pulak roti canai sorang dua bijik dekat medan selera jitra. haha. Fauzan makan 3 bijik cek ooi. badan keding, nafsu kuat. hahahaa. oke abaikan =='v macam besa, bergosip sakan sambil mata dok melilau. tara dah kenyang tuh, hantar Afaf balik pulak. woahh, rumah Afaf, lawa cek ooi tapi nampak macam berhantu. :o ermm, besaq kott. dia bawak pusing rumah dia. kedekut, tak bagik masuk tengok dalam. haha. bibik dia jamu ayaq pulak masa tuh. aduhh, dari lemak yang dah berpecah-pecah dan terurai tuh, aku rasa dah bercantum dan bercambah balik. hahaha


rumah CIK APAP. besaq cek ooi ;3

btw, thanks Fauzan sebab sudi mai ambik aku. thanks Afaf sebab hang dok bergalak. haha. suka cara hang. kihkih. thanks Mas, sebab cuak nak jumpak kami and thanks Wong sebab jamu kami makan macam-macam. lastly, hampa buad mimpi aku jumpak watak-watak dalam ZenithG jadik kenyataan. at least harini aku rasa aku ada life lah jugakk rather than terperuk dalam rumah. watlek watpeace. adioss

Sunday, March 4, 2012

Pre-marital Relationships

In the name of ALLAH, the most merciful and powerful indeed


i just love her accents and her way to spread tawheed and Allah's love. oke. ini agak melampau bila aku dah posting 3 entry dalam jangka masa tidak sampai 24 jam. ntah, aku rasa teruja dan kembali GHAIRAH. is it okay for me to use that term? oke abaikan. this is my blog and all the abusive words is my only keen -ess. in order to be more rawk and heartless. perhaps. pre-martial relationship. oke pelis jangan sentap. aku mengaku yang aku pun inginkan something like that. urghh. *blushing*

tapi, mungkin Allah nak selamatkan aku dulu. kihkih. okey, plis stop using all those laughing term. satgi kena bash, menangis tak sudah. oke, aku malas nak cakap banyak, just want to share with all of you eventhough aku tak tahu siapa ja yang bukak blog aku. just like what Aisyah the one who in the video had said to me, please take the ibrah from this. i would love to sister. Jazakallah ;D


sekolah dan asrama | TARBIYYAH?

In the name of ALLAH, the most merciful and powerful indeed

ekceli, pada mulanya, aku dah mula rasa tawar dan hilang kemanisan bila kita nak share dengan orang pasal something yang bagi kita bermanfaat. sebab lepas kejadian yang buad rembesan adrenaline aku tersecrete dengan kadar maksima hingga buad aku hilang graviti, benar-benar buad aku tersentap. selepas menerima suntikan suntikan insulin untuk membantu proses perkumuhan oleh Hanisah, aku rasa quite better sekarang. perhaps. dia cakap " dakwah selagi mampu wehh, benda yang sekecil-kecilnya pun boleh jadi dakwah. kuatkan hati weh, rasulullah dulu kena ujian lagi berat. nak sampaikan agama Allah, tapi awad diya boleh tabah?. sebab dia yakin weh, diya sabaq. hang kena macam tu jugak. cari pahala sebab kita nih dosa macam gunung everest uh. ntah tinggi lagik". thanks weh, sangat TERkesan di hati. haahahah ==' Oke abaikan



sebenarnya, aku tertanya-tanya pasal keberkesanan tarbiyyah dekat sekolah. btw, sekolah-sekolah berasrama mesti ada BADAR (badan dakwah dan rohani) yang tersendiri. tapi adakah setiap tazkirah, qiamullail, usrah dan semuanya berkesan pada diri kita sendiri? err, kalau tanya aku sendiri pun aku agak tercengang-cengang nak menjawab. perggh. kalah soklan SEJUTA RINGGIT MANI DEROP. kihkih. untuk mendapatkan pandangan kawan-kawan aku, aku pun dengan selamba badaknya tanya dekat SEKAIP DAN TWITTA. err, pandangan bermacam-macam siot. dan Afaf gives this as an answer :

"Menyikapi sekolah agama rakyat sebagai dhaif, kurang fasiliti, terkebelakan dan tidak berdaya saing adalah tanggapan yang tidak tepat. Segala kekurangan yang ada padanya bukanlah hadir sebagai pakej bersama, tetapi ia adalah proses ke arah kesempurnaan. Lantas menjadikan alasan teknikal sebegini sebagai pengahalang dari menerima realiti kewujudan aliran pendidikan dan mempertikai kemampuannya bagi memberi khidmat pendidikan sungguh tidak beradab. Dalam proses ke arah kesempurnaan inilah, seluruh unit yang menggerakkan madarasah mewujudkan suasana saling berusaha dengan gigih bagi menanam keyakinan atas citra pendidikan yang dibawa. Bergerak di atas kekurangan inilah, madrasah ummat ini melahirkan model insan cemerlang (bukan lagi modal insan semata-mata) yang menampung segala macam jenis kekurangan yang diprodukkan oleh pendidikan arus perdana yang digambarkan sebagai terbaik, berdaya saing dan terkehadapan.Kedua aliran perdana dan madrasah rakyat ini tidak perlu dipandang kontradik antara satu sama lain. Dalam ruang kebebasan memilih aliran pendidikan, bagi rakyat yang memilih aliran arus perdana, ia sebenarnya telah mengambil haknya dari kerajaan yang baik yang bertanggungjawab menawarkan khidmat pendidikan kepada yang bernaung di bawahnya. Manakala yang meyakini madrasah agama rakyat, ia memulangkan kebebasan memilih aliran pendidikan yang diyakini terbaik untuk anak bangsanya"



er Afaf, apakah?? aku rasa mcam keluaq tajuk. Grr. btw, jawapan yang panjang cek ooi. hahaha. tapi kalau refer dekat Nadia Farhana, dia cakap it depends on the warden. kalau warden tegas, sistem tarbiyyah dalam hidup akan jadi semakin mudah. okeh, tu pendapat Anne. tapi bagi aku, semuanya bergantung pada diri kita sendiri. kalau apa yang kita lakukan semuanya LILLAH HI TAALA, aku rasa setiap dugaan dan cabaran yang datang, apa yang dah diterapkan oleh BADAR, Ustad, Ustadzah would be GREAT. semuanya bermula dari hati kan? itu cuma apa yang aku rasa. I THINK SO. watlek watpeace. adios


HOPING without HOPELESS

In the name of ALLAH, the most beautiful and perfect indeed


oke. masa dan waktu setiap detik semakin menghampiri kita dan akan terus meninggalkan kita. aku suka guna pepatah Arab nih kalau jawab soalan karangan, "masa itu ibarat pedang, kalau kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita". situasi nih sama macam dalam persahabatan. kadang-kadang, saku persahabatan akan tetap long lasting walaupun kita dah bersahabat dari zaman sekolah rendah atau tadika sekalipun. kadang-kadang kawan itu cuma hadir seketika. datang sebentar dan berlalu macam tuh sahaja. bagi aku, sesiapa yang pernah wujud dalam  hidup aku semuanya kawan. sebab Fathin Munirah pernah cakap dengan aku, dalam hidup kita, takkan pernah wujud term 'Ex Kawan'. thanks Aten kau dah ajar aku something haritu. 

sebenarnya, aku semakin hari dah jadi seorang yang paranoid. perasaan paranoid nih muncul bila aku takut nak hantar text atau IM dekat sesiapa sahaja. sebab, aku takut aku mengganggu, aku takut aku menjengkilkan. perhaps. sebab itu aku lebih suka kalau orang yang mulakan conversation. yeah, aku mengaku aku seorang yang talkative. tapi, kalau aku dah ketandusan pertanyaan, aku pun boleh jadik bisu weh. aku pernah gitau Hilman pasal nih. dia cakap, it is a type of egoistic. yeah, aku seorang yang mempunyai tahap ego paras gunung kinabalu mungkin. ==' oke abaikan. 


kadang-kadang, aku sendiri tak faham dengan diri aku. bak kata Hanisah, hormon tak stabil. hahaaha. teringat time f3, aku katuk tangan Nurmatul sampai dia berjalan senget sebab aku marahkan Hanisah. hahahah. sumpah, aku takkan lupa. dulu, time minggu SPM, hati aku meronta-ronta nak balik. aku rasa tak sanggup dah nak duduk dalam asrama. tapi, manusia takkan pernah hargai apa yang dia ada, harini, kalau diberi kesempatan tinggal sehari pun i will be great. kalau masa boleh diulang, aku akan hargai apa yang ada sekeliling aku. aku akan fixed mana-mana yang lopang dan sentiasa dekatkan diri dengan suasana Tarbiyyah. tapi, itu suma harapan. agak Sarcastic. hahhaa. so, watlek watpeace. adios 

We are fortunate we have eyes, yet there are blind people who see the path clearer. We are fortunate we have ears, yet there are deaf people who hear Allah’s call louder. We are lucky we have abled-limbs, yet there are disabled people who are quicker to stand in front Allah for salah. We are fortunate we have a tongue, yet there are the mute who make more dhikr than us. Are we using or abusing Allah’s favors?

TARBIYYAH dan MUTARABBI | pesanan buat diri


In the name of ALLAH, the most beautiful and specials indeed


Kita tidak sempurna. Suatu masa sebelum kita mengenal tarbiyah, kita serupa dengan keadaan mutarabbi, bahkan mungkin lebih jauh tersasar. Malahan, kinipun masih banyak lompang-lompang yang ada dalam diri kita.

Kenanglah apa yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Jika kita mencintai tarbiyah yang kita lalui, maka kita juga seharusnya mencintai agar nikmat tarbiyah ini juga terasa oleh para mutarabbi yang kita cintai.

Lihatlah bagaimana yakinnya baginda Rasulullah s.a.w. terhadap risalah Allah sehingga tetap saja baginda mendakwahi Abu Talib hingga ke akhir nyawanya. Jika kita merasakan mutarabbi kita itu sungguh buruk, sesungguhnya mutarabbi yang telah Rasulullah s.a.w. hadapi jauh lebih buruk. Namun, baginda bahkan jauh lebih sabar terhadap mereka berbanding kita.

Jika baginda dizalimi, baginda mendoakan mereka. Tiada kebencian, yang ada hanya cinta dan rasa kasihan, “sesungguhnya mereka kaum yang tidak memahami”. Jika bukan baginda s.a.w., siapa lagi yang ingin kita contohi?

Wahai para murabbi, tidakkah engkau sedang merindui para mutarabbimu?

Tidakkah engkau ingin sama-sama menuju syurga bersama-sama mereka?

Sudahkah engkau mendoakan mereka, yang dengan doa itu membuatkan mereka merasa tenteram?

“…Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman 

jiwa bagi mereka…” (At-Taubah:103)

Ingatlah, kita bukan menjadikan diri kita raja, jauh lagi sebagai tuhan kepada para mutarabbi. Maka letakkanlah kerendahan hati sebagai sesuatu yang penting dalam berhubungan dengan mereka.

Sungguh, kita hanya melaksanakan amanah yang kita yakin akan mengantarkan kita ke syurga. Jika kita lalai, boleh jadi mereka yang lebih layak untuk syurga Allah. Boleh jadi juga suatu hari nanti kita pula yang akan dipimpin oleh mereka. Hormatilah mereka dan penuhilah hak-haknya, dan bertaqwalah kepada Allah.

Sudahlah, jangan mengeluh lagi. Bersabarlah, dan kuatkanlah kesabaranmu, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.



p/s : jika kita mencintai tarbiyyah yang kita lakukan, maka kita seharusnya mencintai agar nikmat tarbiyyah ini juga dirasai oleh Mutarabbi yang tercinta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...