Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Saturday, October 20, 2012

Penang | Seoul's Garden

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Alhamdulillah, harini masih lagi hidup dan mampu menaip satu persatu menggunakan jari yang runcing ini. Ekceli, dah seharian semalam tak dapat guna wifi sebab masalah teknikal yang sangat mengundang kemarahan aku. pasang broadband cucuk sana sini pun memaksa aku menganjing. lembab sebab kuota memang dah lama habis sebab study selalu dekat Merbok. cis cis. Pagi nih, lepas masak tengah hari. Usha modem hembus dua tiga kali. yeay yeay. Dah berfungsi semula.


Dua tiga hari nih jugaklah ramai yang mintak notes law untuk second sem. dah macam Biro Akademik dah aku. Haha. Nasib Anwar tolong sendkan. sebab banyak sangat permintaan dan dah naik muak aku nak tekan butang forward. hak hak puih. Ok. Hari sabtu haritu aku, Fahmi dengan Kak Nana merendek ke Penang. Actually, aku dah siap dari pagi. tunggu tunggu dan tunggu, petang jugak diaorang sampai. Masa first first dalam kereta, agak canggung jugak lah. lama tak jumpak kan. tapi bila dah dasar mulut kena bukak sembur sesuatu, berjaya aku atasi. haha

Sampai Queensbay, kami split. Kak Nana pergi bershopping barang dia, aku dengan Fahmi pusing pusing cari makanan. Honestly, memang tak terniat nak beli apa pun. Dalam kepala aku, aku cuma nak makan sambil hilangkan kebosanan dekat rumah. *sigh*. Lepas minum Each A Cup, terus pergi Subway. Memang nampak aku nampak perak tapi buat buat macam expert ja time nak pilih bahan. harharhar. 


aku pilih turkey slices denga cheese. harga reasonable dan yang penting sedap. Huargh. Lepas solat Asar, Kak Nana bawak pergi Gurney Plaza. Dia teringin nak makan ala ala Korea dekat Seoul's Garden. Disebabkan masing masing first time nak pergi makan, aku text Tati tanya which outlet yang Halal. Tingkat berapa and all those stuff. Memang mula mula agak sesat la sebab tak tahu the exact place. 


Sampai sampai je dekat outlet Seoul's Garden tuh, kena check in dulu. Bayar harga makanan dan pakej. Ruginya aku tak bawak kad pelajar. Tak sangka tempat makan pun kad pelajar masih berfungsi. ada potongan harga weh. Geramnya aku. Untuk tiga orang makan, dia bagi pakej 2 Pelajar dengan seorang Dewasa. Semuanya Rm 109.00. telan air liur je aku. Masuk dalam tuh, memang heaven. Banyak gila makanan ala buffet. sumpah. dari ais krim, desserts, air, daging ayam, sotong, udang, mee, maggi. pergh. Gua cakap sam lu. ini syurga makanan. haha

Memang ambil tak ingat dunia lah kan. Konsep makanan dia macam take as much as you wants, dan masak sendiri. ala ala steamboat macam tu lah. Tapi kalau tak habis, each hundred grams, kena bayar rm5. 


 Disebabkan excessive take dan takut kena bayar. TERPAKSA lah aku habiskan mana mana yang lebih tu. sumpah sengkak. Nak jalan pun dah macam orang kena untut. chilaka. Masuk watsons, beli Eno halia tuh. duduk diam diam. tetiba rasa nak muntah. Haish. Memang betul lah, boleh mati oo kalau kenyang sangat. kesian nasib orang Somalia. kelaparan. *Tetiba*

Lepas muntah, rasa selesa sikit. tapi tengok makanan lain pun dah tak bernafsu. Masuk kereta, tertidur. haha. penat menjamah. Kak Nana singgah Gurun. jamak solat pasuma dan teruskan perjalanan. Btw, thanks for the new experience. 

p/s : Guys, dapat duit elaun sem depan jom pi makan. hee


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...