Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Saturday, March 23, 2013

Fakta : Asasi Undang Undang UiTM

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Malam ni, tiba tiba ada satu keinginan nak menaip pasal Asasi Undang Undang. Ekceli, aku nak bagi clear picture on what is Asasi Undang Undang dan cuba nak kikis stereotype stereotype pasal kursus ni yang selalu dicanang canangkan oleh ramai pihak. Aku agak ramai yang berminat dengan kursus ni tapi mungkin tak berani atas sebab skeptikal seperti kena baca banyak etc etc.


To those SPM leavers yang ada jugak bertanya pasal kursus ni, cuba baca setiap ayat dengan hati yang suci bersih. haha. Ada junior yang tanya, apa beza code PI005 dengan PI007? Sebenarnya, code PI005 adalah Asasi Undang Undang yang secara senangnya kita cakap, betul betul dah anak UiTM. Tak boleh lari mana.Untuk code ni, campus yang menawarkan kursus ni ialah Merbok, Kuantan dan Shah Alam. Meanwhile, untuk code PI007 pulak, course ni under Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana feeder untuk faculty law untuk the other universities. Dalam kata lain, lepas habis Asasi Law, boleh la apply University lain pulak. Dan untuk code PI007 cuma terdapat dekat Campus Shah Alam. 

Untuk semester pertama, akan ada 7 mata pelajaran which is:

LAW012, LAW016, BEL313, BEL260, CTU085, LAW028 & CSC134

Bagi aku, subjek yang paling tough would be subjek CSC134 sebab soalan dia berkisar pasal computer dan aku sangatlah menyampah dengan benda benda macam ni. Maksud aku, the fak lah kan nak suruh hafal fungsi printer secara specific. puih. Dan hati hati jugak dengan subjek LAW016. walaupun nampak mudah, tapi untuk batch aku, ramai yang kena repeat paper ni tahu. 

Untuk semester kedua, subjek semakin susah dah susah. Masa pulak terasa semakin singkat. Sedih. Antara subjeknya ialah:

LAW039, LAW088, LAW II, LAW III, ECO099 , CTU086, BEL342 & BEL332

Untuk semester kedua, cuma ada enam paper final sebab subjek BEL which is English semua depends on class itself. Subjek paling tough mungkin LAW039 which is Psychology. Susah nak faham tabiat dengan peel manusia sebenarnya. haha. Subjek LAW III pun agak susah sebab kena hafal Contract law, Law of Tort dengan Criminal law. memang susah. 


By the way, ambik Asasi Undang Undang bukan bermakna you need to pursue dalam bidang law. Bagi aku, Asasi ni sesuai untuk kita kita yang dah rasa fed up dengan subjek science dengan math. Acah acah patah hati lah kan. Selain bidang law, kita jugak boleh pursue dalam Masscom, Finance, Marketing, Economic, Art and Design, Information Management, Kulinari, Perhotelan. TESL dan lain lain.

Untuk sambung Degree in Law pulak, requirements dia tinggi. Untuk code PI005, pointer kenalah above 3.0 dan MUET haruslah band4. untuk code PI007, pointer 3.5 and above dan MUET band4. 

Untuk lepasan SPM, anda takkan rugi kalau sambung dengan Asasi Undang Undang. Tak perlu pening pening dengan istilah sains dan formula mathematics. Cuma prepare minda kita untuk subjek membaca. 

P/s : Aku sekarang tengah dalam minggu study dan doakan yang aku dapat sambung Degree in Law. untuk backup plan, aku dah apply for Corp Admin, Law, Finance and Science Admin. Bismillah

Friday, March 8, 2013

Pelangi Hati

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Buat masa sekarang, aku rasa penat sangat. penat dan tak sabar nak habiskan semua benda ni. Aku tahu, aku akan rindukan semua ni. Aku akan rindukan keadaan bilik study ni, aku akan rindukan bedtime stories dari Izzu, aku akan rindukan semua benda ni. Tapi biarlah semua ni cepat berlalu. kadang kadang aku dah tak larat. Harini, jatuh lagi air mata aku. Aku tak tahu apa punca. Bila umie reply text suruh buat Muet esok elok elok, timbul semula rasa yang aku takut akan kegagalan. 

Mungkin lately, aku nampak pelik untuk sesetengah orang. I am avoiding my own room. Aku ada sebab dan biar aku dan beberapa orang yang tahu je tahu. Aku tak nak ada kenangan buruk untuk waktu waktu bersama yang semakin singkat ni. Biar aku yang pergi. Biar aku yang rasa semua tu sendiri. Maksud aku, aku nak tengok kawan kawan yang aku sayang happy. Happy dengan apa yang they think it would make them happy. 


Aku sedar yang aku bukan sesiapa. A few weeks to go, memang aku nak isikan dengan kenangan yang tak boleh aku lupa. Dah lumrah kan, yang lama tak dikenang, yang baru tercari cari. Dalam hati aku ni, aku nak sangat balik rumah. Aku nak sangat duduk ramai ramai dengan Aireen, Syaza, Fauzan, Fahmi, Afaf dan mereka mereka yang pernah dan selalu ada dalam fikiran aku. 

Bukan aku tak hargai mereka yang ada dekat sini. Tapi, when it comes to what we called it personal matters, cuma yang kita betul betul selesa ja yang kita akan cerita. Sumpah aku rindu waktu waktu sebelum masuk kesini, aku rindu semester lepas, aku rindu study week semester lepas dan semuanya. Thanks semua. Aku harap kita semua akan berjaya lepas ni. Aku harap kita semua takkan pernah lupa apa yang dah kita semua lalui bersama.

P/S : Doakan MUET aku esok. hoping fer the best.

Sunday, March 3, 2013

Penang. Last Journey

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Again, post ni muncul tanpa motif yang teguh. I was thinking of what will be after foundation life ni. Ada yang cakap tak sabar nak habiskan dan sedih sebab mungkin lepas ni kita tak akan jumpak lagi. Maksud aku dekat sini, aku takut yang lepas kita semua blah dari sini, hubungan kita semua macam hubungan aku dengan schoolmate aku yang dulu. Tapi dari segi rapat tak rapat, aku rasa aku rapat lagi dengan bebudak Merbok rather than the whole Zenith itself. 

Duduk dalam bilik study ni dan hati aku sangat sangat nak balik ke rumah. Sebab? Sebab rasa macam dah lama tak balik dan rasa berdosa sebab those bbm from parents aku macam tak tahu nak respon macam mana. 


Hujung minggu lepas berjaya overnight dekat Penang dan Alhamdulillah, semua selamat. Dari Gurney Plaza ke Seoul Garden. Perut kekeyangan, berjalan ke Straits Quay dan walking around sepanjang jalan Feringghi Walk. Sumpah Seronok. Rumah Taty sangat comel. Perabot perabot yang cecomel, dengan aunty yang comel. Thanks for the accomodation. 

Keesokannya, pagi pagi dah sampai dekat Bukit Bendera dan paling tak boleh lupa bila kena kejar dengan anjing. Fak fak fak. Dan journey kami ends dengan lunch dekat Esplanade. 

Aku rasa skill aku nak menulis entri pengalaman dah macam tumpul. Dah tak tahu nak bina ayat yang entah. Macam dulu dulu. By the way, kalau nak pergi Penang, memang akan heaven kalau duit berkepuk dalam bank. Itu akan jadi heaven. HAHA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...