Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Monday, October 14, 2013

Berkorban.

 In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed. 

Pengorbanan. Bagi sesetengah orang, mungkin perkataan tu nampak mudah. nampak ringan. Pernah tak terfikir yang satu pengorbanan itu akan bagi satu cahaya, bagi satu kehidupan baru kepada orang lain. Semua orang sedia maklum. pengorbanan terbesar dan mulia dalam sejarah dunia bila baginda Ibrahim sanggup menyembelih anakanda Ismail yang dicintai demi agama, demi tuhan yang satu. semua juga sedia maklum yang Ismail sanggup serahkan nyawa demi tuhan yang satu. Allah. Allah itu maha kuasa. Allah itu maha pemberi, Allah itu maha segala galanya. Betapa besar nikmat tuhan di dunia yang kita selalu ingkar? 

Setiap kali baca surah Ar Rahman, bukan tak gugup bila Allah berulang kali bertanya kepada kita. Apa yang kita nak dustakan lagi bila semua bukti Allah dah sediakan. Allah dah bentang depan mata. Kita tak pernah nak ambil ibrah surah tu lama lama. Aku mengaku. Aku sendiri bila baca mungkin tertunduk. Malu dengan diri sendiri. Tapi bertahan sampai bila? Allah


Bila baca kesusahan orang lain, pengorbanan orang lain, secara tak langsung benda tu ajar kita untuk berterima kasih. ajar kita untuk sentiasa syukur dengan apa yang kita ada. Aku bersyukur sebab dari kecil aku selalu diingatkan tentang benda benda macam ni. Tapi bila meningkat dewasa, aku takut aku lupa apa yang aku pernah dibisikkan. Aku takut aku dari landasan.

Pengorbanan itu bila kita sanggup korbankan benda yang penting dalam hidup kita.Setakat korbankan sekupang dua yang bagi kita apalah sangat nilainya tu, bagi aku bukan satu pengorbanan. Aku terbaca tweet Bobby siang tadi. Kita hilang kawan kawan lama, Allah hadiahkan pulak kita dengan teman teman baru. Allah itu adil. Allah itu maha tahu. 

Untuk raya korban tahun ni, aku masih tercari cari apa pengorbanan aku. lepas cuti raya ni, still ada midterm test. semoga Allah permudahkan aku. Masih belum mula belajar lagi. Selamat Hari Raya Aidiladha semua.

Sunday, October 6, 2013

Hey hey ~

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Manusia takkan  pernah rasa cukup. Cukup dengan apa yang mereka ada. Pernah dengar yang mereka takkan mengungkit? Ditempat lama mereka nakkan yang baru. di tempat baru, termimpi hendakkan yang lama. Aku mengira detik. Detik untuk pulang. Bukan aku tak suka di tempat baru. Bukan aku tak suka suasana yang baru tapiaku cuba untuk resetkan semula semangat yang mungkin tertinggal di rumah. Mungkin aku rasa. 

Internet connection dekat sini dah beberapa hari terganggu. Tahu tak yang aku rasa lifeless sekarang? Ada yang cakap, sepatutnya you’ll feel more alive bila tak bergantung pada alam maya tapi bagi aku, kawan kawan, informs semuanya ada dekat sana. So, how should I feel alive? 

Kawan kawan degree semakin hari semakin rapat. Alhamdulillah. Syukur sebab aku sentiasa dipermudahkan dengan kawan kawan yang membantu. Oh ya, ummi will be going to Hong Kong this 9th September for robotic international competition. Semoga semuanya baik baik selalu. insyaAllah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...