In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed.
Pengorbanan. Bagi sesetengah orang, mungkin perkataan tu nampak mudah. nampak ringan. Pernah tak terfikir yang satu pengorbanan itu akan bagi satu cahaya, bagi satu kehidupan baru kepada orang lain. Semua orang sedia maklum. pengorbanan terbesar dan mulia dalam sejarah dunia bila baginda Ibrahim sanggup menyembelih anakanda Ismail yang dicintai demi agama, demi tuhan yang satu. semua juga sedia maklum yang Ismail sanggup serahkan nyawa demi tuhan yang satu. Allah. Allah itu maha kuasa. Allah itu maha pemberi, Allah itu maha segala galanya. Betapa besar nikmat tuhan di dunia yang kita selalu ingkar?
Setiap kali baca surah Ar Rahman, bukan tak gugup bila Allah berulang kali bertanya kepada kita. Apa yang kita nak dustakan lagi bila semua bukti Allah dah sediakan. Allah dah bentang depan mata. Kita tak pernah nak ambil ibrah surah tu lama lama. Aku mengaku. Aku sendiri bila baca mungkin tertunduk. Malu dengan diri sendiri. Tapi bertahan sampai bila? Allah
Pengorbanan itu bila kita sanggup korbankan benda yang penting dalam hidup kita.Setakat korbankan sekupang dua yang bagi kita apalah sangat nilainya tu, bagi aku bukan satu pengorbanan. Aku terbaca tweet Bobby siang tadi. Kita hilang kawan kawan lama, Allah hadiahkan pulak kita dengan teman teman baru. Allah itu adil. Allah itu maha tahu.
Untuk raya korban tahun ni, aku masih tercari cari apa pengorbanan aku. lepas cuti raya ni, still ada midterm test. semoga Allah permudahkan aku. Masih belum mula belajar lagi. Selamat Hari Raya Aidiladha semua.
No comments:
Post a Comment