Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Wednesday, May 22, 2013

Diam dan baca.

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Aku suka selongkar youtube dan tengok ceramah ceramah agama, majlis majlis haul, majlis majlis selawat para habib dan banyak lagi. Mungkin ada yang cakap 'Aidil, bukak youtube mesti  bukak Syiah'. ahhaha. memang nak kena pelanglong dengan aku. Kecoh dekat facebook bila ada konferens Sunni-Syiah antara Tun Mahathir dengan Syed Khatami, bekas presiden Iran. Bagi aku, apa yang Tun M cakap bukannya taqrib antara akidah. tapi lebih kepada untuk keamanan. Masing masing ada pendapat dan pandangan sendiri. Tapi bila pandangan tu tak dapat diterima hati, mulalah nak menyalak sana sini.

Nasihat menasihati itu penting. tapi bila  pertanyaan kita tak dibalas dengan kata nak menjaga ikhtilat, jangan nak persoal dengan apa yang kita tweet. aku sendiri ada baca yang dia kata, kalau tak boleh terima nasihat, jangan nak counter attack balik orang yang memberi nasihat. persoalan aku, kalau that so-called nasihat tu bukanlah nasihat, dan kita counter as nak membidas nasihat, takkan yang itu pun tak boleh terima?


Alahai. macam biasa. aku tak kenal kau dan kisah pulak aku dengan hidup kau. Macam macam yang bermain dalam fikiran aku. Haritu aku ada tengok Jab Tak Hai Jan. Aku tak tahu ejaan tu betul atau tak. sejujurnya aku dah postpone movie ni lama sangat. setiap kali bukak dekat kolej dulu mesti akan tertidur. hahaha. yelah, i am not a hindi maniac macam Taty. Bagi aku sendiri, perkataan cinta, sayang ni aku akan avoid dari guna dekat orang yang aku sendiri tak rasa benda tu. 

Maksud aku, those two words can only be spoken to the one who really deserves on it.  Dalam movie, tu cinta adalah satu fitrah yang takkan dapat dihalang oleh tuhan sekalipun. As a muslim, sudah pasti cinta kita dah divided on a few sections. Untuk Allah, untuk Rasulullah, untuk keluarga, sahabat dan seterusnya. for me, that is the way the love itself should be. 

p/s : Alhamdulillah, ramai kawan kawan masih se'ideology'. malas nak layan tweet tweet yang kita baca pun sakit hati. hahahahahhaha

Monday, May 13, 2013

Lain kalilah.

In the name of Allah. the most merciful and powerful indeed

Dalam hati, hari hari aku rasa nak update blog ni. Ikut hati, hari hari ada saja benda yang perlu aku simpan dalam ni sebab naik menaip sent satu satu dekat twitter memang tak sempat. Itu kalau ikut hati. tapi ada orang cakap, kalau ikut hati mati. kalau ikut rasa binasa. Habistu? aku nak ikut apa? nak terkedek kedek ikut bangsa lain pulak? hahahahha

Agak lama jugak aku tak menaip dekat sini. macam macam yang dah terjadi. Senyum sinis aku bila ramai yang unfollow aku sebab berbeza politik mungkin? Ya, aku dah hilang respek dengan penegak penegak keadilan yang kononya mereka saja yang benar. Senyum sinis aku lagi bila baca komen komen dekat youtube yang memuji habis tinggi langit mereka yang berlindung bawah tadahan bulan dan mencaci serangan terus menerus untuk yang kurang setuju dengan mereka. 


Dalam post lepas, aku ada cakap pasal fikir secara rational. haritu pergi sekolah dan having a great time with Fauzan, Mas and Liyana. Duduk duduk dalam bilik guru sementara tunggu turn ambil makanan, cikgu Hamidi mula bermukadimah. macam biasa, macam macam topik yang cikgu sentuh. Politik memang tak boleh lari dengan cikgu. hahahahah. Aku suka cara berfikiran cikgu. tak perlu nak taksub, tak perlu nak salahkan orang itu ini. Bagi dia, kita sokong yang mana kita rasa benar dan kalau salah kita tegur dengan baik. 

Dalam twitter sebelum penghapusan makhluk makhluk yang kuat menyalak, macam macam tweet yang menyakitkan hati aku baca. bukan apa. aku tak kenal kau dan aku tak tahu macam mana aku boleh follow kau. dan kau dengan bahasa kasar kau cakap itu ini. tapi bila kena batang hidung figura hebat kau, kau menyalak. teringat kata kata Ustaz Kazim. kita tuduh orang itu fasik orang ini fasik, kita tak sedar ke, kita pun dah jadi fasik sebab mengata dekat orang lain? i'm agree with that. 

Wan Hafis ada tanya pandangan aku pasal kenyataan yang bersidat racist dalam Utusan. Memang tak patut. tak perlu nak salahkan sesuatu kaum. Terbaca artikel temubual dengan KJ yang mana Tun Abdullah sendiri kurang senang dengan perkara tu. cukup cukuplah nak bersikap racist. setia dengan apa yang ada.


Results UiTM dah dapat. Syukur dan alhamdulillah sebab results yang bolehla acah acah membanggakan. hahaha. Kaum kaum prelaw dah mula sibuk buat surat untuk apply mana mana universiti yang sanggup terima orang gelandangan macam kami. Aku mengaku yang aku ada rasa teruja untuk mencuba. tapi ada jugak rasa malas nak mencuba. hati manusia boleh berbolak balik. 
 
aku bukan cuba meletakkan seluruh nasib aku tanpa mencuba. tapi aku cuma mengukur baju di badan sendiri. ada satu macam perasaan yang suruh aku hold on and just follow the flow. lagipun takkan aku nak melewaq dekat tempat yang sama? hahahahha. 


Aku teringat dengan satu ayat yang mana, takkan kita hendak mengaku kita orang yang beriman padahal kita tak sanggup nak diuji? kadang kadang, hati kita cenderung dengan perkara kebaikan. tapi perbuatan kita pula yang selalu bertelagah dengan hati. aku takut. aku takut yang semua nikmat Allah yang aku kecapi ni akan hilang. sumpah aku takut. Ada satu kata yang terngiang dekat telinga. Orang nampak kita baik sebab Allah masih tutup aib kita. Subhanallah

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:

"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

Maksudnya: "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis


Saturday, May 4, 2013

Pemikiran terkotak

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Rasa macam lama tak update blog since tak ada apa yang menarik untuk dikongsi. Hidup semakin hari rasa semakin kosong. Sinetron yang aku tertunggu setiap hari pun dah habis, duit untuk jimba pun terpaksa dicatu, tak ada siapa yang ajak keluar lately ni dan ada satu perasaan tertekan yang menghantui aku siang dan malam,

Politikus politikus mula menaikkan taring masing masing. Esok penentu segalanya. Yang biru dengan birunya, yang satu puak lagi terus dengan tabiatnya. Manusia takkan pernah hendak salahkan diri sendiri. Takkan pernah nampak kain sendiri yang mungkin sudah busuk dan tunggu masa untuk terlondeh. Manusia cuma asyik menilik dan merenung kain orang hadapan. Entah, dunia yang semakin hari semakin lawak bila diteliti.


Duduk sendirian dalam rumah, meneliti semua yang ada dalam alam maya mungkin buat pemikiran kita tampak semakin matang. Aliran pemikiran politik sempit terbukti bila ada yang mencaci sesama sendiri bila berbeza pandangan. Pemikiran cetek yang merasakan yang mereka sahaja yang benar. Rambut sama hitam, hati jangan pula turut tercalit dengan kehitaman. Hati manusia ni boleh berbolak balik. Aku mengaku yang aku cencerung dengan sebelah pihak tapi aku masih lagi menganalisis dengan pemikiran yang rasional.

Setuju dengan kata kata Firzanah. Kita sebagai pelajar memang tak boleh nak mnegundi lagi, tapi it is better for us to alert with our political arena dan tak terus hanyut dengan kita punya ignorance. Politik yang menentukan anak bangsa dan cuba bayangkan dengan kehidupan remaja yang hanyut dalam dunia sendiri yang tak ambil pusing dengan apa yang jadi dengan sekeliling. 

Siapa yang tak rasa bosan bila masa kita hanya dihabiskan keseorangan. Aku memang bosan. Aku mengaku yang aku rindu kawan kawan UiTM dahulu. aku mengaku aku rindu semuanya. Aku rindu nak berkongsi cerita dan mendengar apa saja celoteh mereka. 

Guruh berdentum dekat luar rumah. Air hujan bakal turun mencurah. Harapan apa yang bakal jadi esok hari akan terus menjadi antara langkah terbaik untuk mencorakkan negara menjadi lebih baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...