Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Saturday, May 4, 2013

Pemikiran terkotak

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Rasa macam lama tak update blog since tak ada apa yang menarik untuk dikongsi. Hidup semakin hari rasa semakin kosong. Sinetron yang aku tertunggu setiap hari pun dah habis, duit untuk jimba pun terpaksa dicatu, tak ada siapa yang ajak keluar lately ni dan ada satu perasaan tertekan yang menghantui aku siang dan malam,

Politikus politikus mula menaikkan taring masing masing. Esok penentu segalanya. Yang biru dengan birunya, yang satu puak lagi terus dengan tabiatnya. Manusia takkan pernah hendak salahkan diri sendiri. Takkan pernah nampak kain sendiri yang mungkin sudah busuk dan tunggu masa untuk terlondeh. Manusia cuma asyik menilik dan merenung kain orang hadapan. Entah, dunia yang semakin hari semakin lawak bila diteliti.


Duduk sendirian dalam rumah, meneliti semua yang ada dalam alam maya mungkin buat pemikiran kita tampak semakin matang. Aliran pemikiran politik sempit terbukti bila ada yang mencaci sesama sendiri bila berbeza pandangan. Pemikiran cetek yang merasakan yang mereka sahaja yang benar. Rambut sama hitam, hati jangan pula turut tercalit dengan kehitaman. Hati manusia ni boleh berbolak balik. Aku mengaku yang aku cencerung dengan sebelah pihak tapi aku masih lagi menganalisis dengan pemikiran yang rasional.

Setuju dengan kata kata Firzanah. Kita sebagai pelajar memang tak boleh nak mnegundi lagi, tapi it is better for us to alert with our political arena dan tak terus hanyut dengan kita punya ignorance. Politik yang menentukan anak bangsa dan cuba bayangkan dengan kehidupan remaja yang hanyut dalam dunia sendiri yang tak ambil pusing dengan apa yang jadi dengan sekeliling. 

Siapa yang tak rasa bosan bila masa kita hanya dihabiskan keseorangan. Aku memang bosan. Aku mengaku yang aku rindu kawan kawan UiTM dahulu. aku mengaku aku rindu semuanya. Aku rindu nak berkongsi cerita dan mendengar apa saja celoteh mereka. 

Guruh berdentum dekat luar rumah. Air hujan bakal turun mencurah. Harapan apa yang bakal jadi esok hari akan terus menjadi antara langkah terbaik untuk mencorakkan negara menjadi lebih baik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...