Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Monday, May 13, 2013

Lain kalilah.

In the name of Allah. the most merciful and powerful indeed

Dalam hati, hari hari aku rasa nak update blog ni. Ikut hati, hari hari ada saja benda yang perlu aku simpan dalam ni sebab naik menaip sent satu satu dekat twitter memang tak sempat. Itu kalau ikut hati. tapi ada orang cakap, kalau ikut hati mati. kalau ikut rasa binasa. Habistu? aku nak ikut apa? nak terkedek kedek ikut bangsa lain pulak? hahahahha

Agak lama jugak aku tak menaip dekat sini. macam macam yang dah terjadi. Senyum sinis aku bila ramai yang unfollow aku sebab berbeza politik mungkin? Ya, aku dah hilang respek dengan penegak penegak keadilan yang kononya mereka saja yang benar. Senyum sinis aku lagi bila baca komen komen dekat youtube yang memuji habis tinggi langit mereka yang berlindung bawah tadahan bulan dan mencaci serangan terus menerus untuk yang kurang setuju dengan mereka. 


Dalam post lepas, aku ada cakap pasal fikir secara rational. haritu pergi sekolah dan having a great time with Fauzan, Mas and Liyana. Duduk duduk dalam bilik guru sementara tunggu turn ambil makanan, cikgu Hamidi mula bermukadimah. macam biasa, macam macam topik yang cikgu sentuh. Politik memang tak boleh lari dengan cikgu. hahahahah. Aku suka cara berfikiran cikgu. tak perlu nak taksub, tak perlu nak salahkan orang itu ini. Bagi dia, kita sokong yang mana kita rasa benar dan kalau salah kita tegur dengan baik. 

Dalam twitter sebelum penghapusan makhluk makhluk yang kuat menyalak, macam macam tweet yang menyakitkan hati aku baca. bukan apa. aku tak kenal kau dan aku tak tahu macam mana aku boleh follow kau. dan kau dengan bahasa kasar kau cakap itu ini. tapi bila kena batang hidung figura hebat kau, kau menyalak. teringat kata kata Ustaz Kazim. kita tuduh orang itu fasik orang ini fasik, kita tak sedar ke, kita pun dah jadi fasik sebab mengata dekat orang lain? i'm agree with that. 

Wan Hafis ada tanya pandangan aku pasal kenyataan yang bersidat racist dalam Utusan. Memang tak patut. tak perlu nak salahkan sesuatu kaum. Terbaca artikel temubual dengan KJ yang mana Tun Abdullah sendiri kurang senang dengan perkara tu. cukup cukuplah nak bersikap racist. setia dengan apa yang ada.


Results UiTM dah dapat. Syukur dan alhamdulillah sebab results yang bolehla acah acah membanggakan. hahaha. Kaum kaum prelaw dah mula sibuk buat surat untuk apply mana mana universiti yang sanggup terima orang gelandangan macam kami. Aku mengaku yang aku ada rasa teruja untuk mencuba. tapi ada jugak rasa malas nak mencuba. hati manusia boleh berbolak balik. 
 
aku bukan cuba meletakkan seluruh nasib aku tanpa mencuba. tapi aku cuma mengukur baju di badan sendiri. ada satu macam perasaan yang suruh aku hold on and just follow the flow. lagipun takkan aku nak melewaq dekat tempat yang sama? hahahahha. 


Aku teringat dengan satu ayat yang mana, takkan kita hendak mengaku kita orang yang beriman padahal kita tak sanggup nak diuji? kadang kadang, hati kita cenderung dengan perkara kebaikan. tapi perbuatan kita pula yang selalu bertelagah dengan hati. aku takut. aku takut yang semua nikmat Allah yang aku kecapi ni akan hilang. sumpah aku takut. Ada satu kata yang terngiang dekat telinga. Orang nampak kita baik sebab Allah masih tutup aib kita. Subhanallah

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:

"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

Maksudnya: "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...