Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Sunday, July 21, 2013

#BebelanRamadhan

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Ramadhan dah seminggu lebih berlalu. Pasang lagu puasa, header puasa bukan main awal lagi. Tapi tak wish apa apa pun dekat sini. Sebenarnya, aku baru lepas baca blog kawan. Dan tanpa ada sesi lakonan nak propa propa, jatuh pulak air mata. aku tak tahu ni effect dari lagu dekat blog dia ke tapi yang pasti, aku nak cakap yang you should be strong enough. Kalau hang ada baca ayat ayat ni, aku harap hang tahu siapa diri hang. 

Semakin hari semakin semak pulak Facebook aku. Semak bukan kes status cinta atau apa. Cuma semakin semak dengan orang orang agama yang bergaduh dalam laman sosial. Sesat menyesatkan, kafir mengkafir dan aku tak tahu sebagai orang awam yang cuma memerhati, apa yang aku buat. Sebagai yang dah lama memerhati, aku mungkin dapat bezakan yang mana garam yang mana gula. tapi yang masih baru, mungkin terkejut berhari hari. Aku tak nampak mana pergi teguran yang berhikmah dalam tulisan tulisan para 'ustaz-ustazah' kononnya tu. 


Results degree dah keluar. Syukur sebab Allah masih concern pasal aku. Allah tahu mana yang terbaik untuk aku. Allah dah aturkan semuanya ikut kemampuan aku. Dan insyaAllah, i'll become a degree holder in admin science dekat Shah Alam. Umi dah pesan awal awal. Pointer bagi cantik sebab at the end, kerja yang akan cari kita. bukan kita yang cari kita. Ramai yang tanya kenapa tak pursue in law. Aku dah lama mengalah. Aku dah terima on what had happened sebelum sebelum ni. Bukan tak nak berusaha tapi aku cuba sedarkan diri dengan kemampuan aku sendiri.

Dan balik semula dengan Ramadhan, apa yang aku dah rangka sebelum ni cuma tinggal sebagai khayalan yang hangat hangat tahi ayam. Allah. rasa malu dengan tuhan yang setiap hari curahkan sifat rahim dan rahmannya dekat aku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...