In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed
Hati teragak agak sama ada nak mula menaip atau tak. Bukan tak ada apa yang nak dilontar tapi jejari ni pulak yang malas nak berjalan. Masyarakat sekarang memang cakna. Cakna dengan isu semasa yang kalau dulu memang susah sangat nak jadi perhatian. Tapi kalau setakat kita cakap berdegar degar atas sebab secebis fakta yang kita kutip entah dari mana, baik kita tunggu sampai apa yang kita dengar, apa yang kita tahu sikit sikit itu jadi sahih dulu. Entah. aku bukan nak tunjuk baik ke apa tapi jangan jadi orang yang berani tapi sembunyi di balik telaga. suara kuat terngiang ngiang tapi batang tubuh satu pun tak nampak.
Haritu aku pergi hantar sepupu aku pergi Uniten dekat Muadzam Shah. Aku tak expect yang perjalanan akan jadi sejauh tu. Sepanjang perjalanan cuma nampak pokok kelapa sawit dan kelapa sawit lagi. hahahha. Tapi it was ok. Dapat jugak berjalan tempat yang entah dapat pergi lagi atau tak masa akan datang. I was wondering. Apa yang dimaksudkan dengan kecantikan? Kalau setakat nak cakap beauty is a subjective matter dekat aku, boleh simpan dalam dalam. hahh
Bagi aku, kecantikan tak semestinya mendedahkan. Kecantikan bukan untuk menarik perhatian tapi kecantikan tu sendiri bagi aku it's a part of kesopanan. Dalam Islam sendiri, dah selalu dengar yang Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Dalam Islam sendiri tak pernah halang umat dia untuk berasa cantik. Tak pernah halang untuk memiliki yang indah indah.
Tapi, setiap yang ada di dunia ni mesti ada had limitnya yang sendiri. Bila dah diberi ruang untuk kecantikan, dihadkan pula dengan sempadan sempadan tabarruj supaya lebih dekat dengan modesty. Bagi aku, kalau nak nampak cantik tak perlu nak tayang rambut. Tak perlu nak pakai yang ketat ketat. Tak perlu nak tempek yang tebal tebal dekat muka. Aku tahu, aku belum cukup kuat untuk menegur berhadapan. Kita ni manusia. Kalau kita tak jaga hati sesama kita, siapa lagi yang nak jaga?
Nasihat boleh diberi. Tapi mungkin akan ambil masa yang lama. Aku kurang setuju dengan mereka mereka yang suka menghentam. Kalau kita terus menghentam bertubi tubi, macam mana nak tunjukkan kecantikan pribadi kita sendiri? Nak berubah bukan mudah macam kita yang senang senang suruh orang mengubah. susah. Perlukan masa dan akhir sekali, ia berbalik semula kepada si dia yang ingin kita ubahkan.
Lately ni, aku bukan cuba nak kurang ajar. Tapi kalau asyik asyik diri ini diperlekehkan, nak jugak pertahankan. Ke dah memang perlu letak dekat dahi yang aku dah umur almost twenty? perlu aku ingatkan yang aku dah dewasa? aku bukan mintak yang bukan bukan. kalau parents aku boleh layan aku as what i am to be, kenapa mereka mereka yang lain masih tak nampak yang itu? Maaf kalau ada kata kata yang menyakitkan. itu cuma tanda yang aku sedap protes mungkin.
No comments:
Post a Comment