In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed
Air mata tengah kesat kesat tak mahu bagi jatuh. Ni semua salah blog Syifa. suka letak lagu lagu yang mengancam jiwa dan raga. Aku ada pernah terbaca yang air mata bukan suatu tanda melemahkan tapi salah satu tanda manusiawi. Manusia, satu makhluk yang takkan pernah terlepas dari salah dan silap. Silap yang kita sendiri acah acah sedar ataupun tidak. Mungkin tersedar seketika. mungkin ya mungkin juga tidak. Aku tak tahu apa yang aku cuba taip dekat sini tapi entah. Ada satu rasa ketakutan yang semakin hari semakin buat hati jadi rapuh.
Aku tak kata yang ketakutan itu suatu yang negatif. Ada satu tweet yang buat aku bernafas kencang. 'Ketakutan kadang kadang kita boleh jadikan satu sumber kekuatan. Kalau takut ke Neraka, banyakkan ibadah. kalau takut failed paper, teruskan belajar'. Ada betul jugak apa yang di katakan. Tapi i'm taking a long preparation to face it. Orang lain mungkin boleh cakap mudah. tapi bila hati kita menolak dan dah terset diminda macam macam, i can't force myself on that way.
By the way, let the heart recover by it's own. Ramadhan dah hampir tiba. Mungkin terlalu awal untuk aku taip 'Marhaban Ya Ramadhan'. Tapi, kadang kadang aku terfikir. Terfikir kalau kalau aku bersedia untuk harungi satu bulan yang penuh keberkatan ni?. Soalan tu sengaja aku biarkan floating dalam fikiran aku. I'm trying to hold myself untuk buat benda benda yang aku sendiri akan menyesal. Tapi, susah untuk anggota anggota ni ikut apa yang hati aku bisikkan. rasa berat untuk buat kebaikan. Kalau dekat dunia anggota aku sendiri dah khianat, apakan pulak dekat alam sana nanti? astaghfirullah.
Aku baru habis baca buku Awek Chuck Taylor yang Nami tulis. Ni buku kedua tulisan Nami yang baca lepas Lelaki Ekistensial. Bagi aku, tulisan dia sangat informatif. Watak watak akan diterangkan dengan jelas dan yang penting, each watak akan ada kelab bola sendiri. hahahah. Watak watak cuba diselitkan dengan fahamam fahaman yang akan buat kita sendiri berfikir. Berfikir akan letak logik yang sedar tak sedar, kita sendiri tercari cari jawapan untuk persoalan yang diutarakan.
Refleks semula diri. cermin balik setiap tindakan kita. tingkah laku kita untuk dibandingkan dengan watak watak itu semua. Aku suka term term yang cuba digunakan. Falsafah falsafah yang kita sendiri tak pernah dengar. About the Soviets, the Polands and all. Entah, kita akan terawang sendiri. Tapi, bagi aku, buku buku macam ni, kita sendiri yang kena letak border untuk halang akidah kita dissolve dengan apa yang cuba dihuraikan. Tak salah untuk berfikir. Jangan sampai kita sendiri yang terjerat.
Semalam ada terbaca pasal keluh hati seorang Muslimah tentang kehadiran KJK ke Malaysia. Bagaimana muslimah di Malaysia yang obses dengan dia. And then, terbaca pulak blog Inche Gabbana tentang fenomena Fateh Sefaragic. Bagaimana, kehadiran dia mampu goncangkan tudung tudung kepala muslimah. Tertanjat aku bila baca one of the komen dekat blog tu, 'Zulaikha dizaman Yusuf cuma satu tapi Zulaikha dia zaman sekarang beribu'. memang deep. hahahahah
1 comment:
singgah follow sini.suka baca entri rileks mcm ni.ayat dari hati.bukan ayat copy paste. teruskan berdakwah. Semoga Allah merahmati.
Post a Comment