In the name of Allah,
the most merciful and powerful indeed
Post ni mungkin agak
lewat dari tarikh sebenar aku cukup umur 19 tahun. Tak ada mood nak menaip dan cuma
ketawa terbahak bahak baca posting blog orang lain. Ahahahaha. Alhamdulillah ni
tahun kesembilan belas tahun Allah pinjamkan nafas dan roh ni kepada aku. Dalam
sepanjang usia ni, I’ve learnt that all about life and all its requirements. Rencam
hidup yang kadang kadang kita sendiri tak sangka kita Berjaya lalui walaupun
tak seberjaya orang lain tapi bagi kita sendiri syukur memuaskan.
Setiap saat yang kita
dah bazirkan mungkin kita sendiri tak akan sedari. Masih terbayang saat saat
lepas darjah enam yang masing masing takut akan laluan yang akan kami ambil.
Terbayang jugak kawan kawan time tingkatan tiga yang sentiasa membantu dan kehidupan
asasi yang baru beberapa bulan selamat dihabiskan. Manusia berubah. Kaedaan dan
suasana sekeliling pun akan berubah. Itu lumrah dunia. Selak selak balik
student planner, tersingkap semula angan angan dan impian yang pada masa kini
yang mungkin Cuma tinggal kenangan.
Emosi dan perwatakan
kita akan terus develop dari masa ke masa. Terjumpak beberapa kata kata yang
aku sendiri tak ingat bila aku tuliskan. Betapa kita tersenyum sendiri
terkenangkan masa lalu. Masa yang kita sendiri rindui. Betullah apa yang Imam
Al Ghazali pernah ungkapkan. Bulan dan Bintang bukanlah tempat paling jauh tapi
masa lalu adalah tempat yang takkan mungkin kita kembali.
Zaman yang berlalu
bukan untuk diratapi. Bukan jugak untuk kita megahi. Tapi, take it as as border
on how we can guide a better life after this. Teringat kata kata John Santayana
yang famous sepanjang zaman pra spm, ‘Manusia yang tidak kenal sejarah pasti
akan mengulanginya lagi’.
Diri ini masih
terkapai kapai antara sedar ataupun tidak. Terkadang hanyut dalam keindahan
dunia, terkadang sedar selepas tersadung dengan keindahan mimpi. Iman manusia,
tinggi turun itu memang pasti. Wujudnya syaitan yang diri ini jarang dapat
tangani.
Oh ya, internet
berkali kali mencelakakan diri dua tiga hari ni. Bengkak pulak hati aku.
No comments:
Post a Comment