Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Saturday, June 22, 2013

Masa yang berlalu

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Post ni akan ku cuba teruskan tanpa ayat ayat cliche seperti post post yang terdahulu. Bila kita terfikir akan kenangan, macam macam bentuk imbasan imej, kata kata, silauan atau apa apa je lah yang akan terbang terus ke benak fikiran. serius, post ni macam dah lama tersimpan dalam kepala time tengah mandi, time tengah buang hajat tapi bila jejak kaki keluar pintu terus hilang. Masa terus berlalu dengan pantas tapi aku cuba bilang dengan jejari aku. Berapa angan angan yang aku dah cuba capai?

Angan angan. Orang cakap ada baiknya kalau kita berangan asal jangan jadi macam Mat Jenin. Dari kecik sampai ke besar, dah boleh hafal cerita Mat Jenin yang jatuh dari pokok kelapa. Takpun kadang kadang terkeliru dengan Si Luncai yang terjun dengan labu labu dia. Tapi tu bukan point utama. Point utama dia, aku cuba refleks balik diri. Sepanjang dua bulan hidup membujang tanpa bebanan pelajarang atau apa apa, apa yang telah aku capai? nak capai apa kalau helaian al quran yang ada dalam bilik pun tak mampu nak selak hari hari.


Dalam hati ni, macam macam benda aku nak cuba lakukan. Fikir perkataan cuba tu kadang kadang buat aku alpa. lupa akan susah senang akan kata 'cuba' itu sendiri. Time tengah golek golek dengan Cinta Ilmu dekat tv, ada kata kata yang dipetik dari kitab al Hikam yang buat aku ter'tanjat' sebentar. Seseorang itu masih lagi seorang hamba bila masih ada keinginan dalam diri dan akan merdeka bila mereka putus asa. Fikiran aku berputar dan terus berputar. di mana kedudukan aku? Merdeka kah aku kerana apa yang aku inginkan belum jadi kenyataan atau masihkah diperhambakan diri tapi belum melakukan? terkapai kapai dekat situ. lantak

Kalau dulu, orang mintak aku pinjamkan bahu, mintak kekuatan aku masih boleh beri. tapi sekarang, aku rasa kekuatan tu aku cuba simpan kalau kalau aku sendiri yang memerlukan. Sebab kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan dan siapa yang akan ada dengan kita pada waktu tu. Sentiasa tersedar yang at least, kita kena rely on ourselves. Maaf. aku bukan nak jadi selfish tadi cuba yakinkan diri. percayakan diri untuk berdiri atas kaki sendiri. 

Masa, dulu waktu nak jawab spm, aku suka letak pepatah arab. 'Masa itu ibarat pedang, kalau kita tak memotongnya, ia akan memotong kita'. Setakat nak menulis. Bolehla. Untuk pratikkan? jauh panggang dari api. Bila baca blog adik adik yang berhijrah, rasa malu diri ini. Alangkah malunya di depan tuhan nanti. Hati ingin berubah tapi nafsu dan tindakan pulak yang selalu menyanggah. entah. mungkin perlukan waktu. sekali lagi aku dah cuba mempermainkan waktu. 


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...