Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Friday, August 23, 2013

Cuba fikir sendiri

In the name of Allah, the most merciful and powerul indeed

Lagi beberapa minit nak pukul dua pagi dan aku masih bersengkang mata depan lappy sambil bukak itu ini tak tahu dah nak search apa. Mak aku pulak baru terjaga dari tidur, duduk depan tv sambil layan perlawanan bola. Tak ada apa pun yang nak dikongsi, cuma nak jugak luah sikit sikit apa yang terbuku dekat hati. 

Ada pengikut 'ahlul bait' yang mention aku dekat twitter. saya diperhatikan kononnya. awak nak perhatikan saya? saya tak kisah. saya dah stalk awak dari facebook dan saya sendiri dah follow awak dekat twitter. kalau awak nak perhatikan saya, lagilah saya suka. memang tu niat saya. wkwkwkwkw. bukan apa, bila scroll conversation dia dengan pengikut 'ahlul bait' yang lain, terasa ketar jantung, berdiri bulu roma. ada yang mintak nasihat macam mana nak bertaqiyyah. ada yang bagi nasihat semoga terus taqiyyah sampai turun semula Imam Zaman. 

Haritu, mummy ada plan nak pergi Penang dan aku harap sangat plan tu jadi. Fazreen pun dah setuju nak pergi sekali. yeay yeya. Fazreen memang wajib pergi sebab dia yang nak jadi driver nanti. wkwkwkkw. Tadi ada majlis makan makan dekat rumah Aireen. Thanks Aireen walaupun tak ada geng lain yang datang. Fauzan pergi ke Thailand. si Fahmi pulak masih bekerja. Syaza dengan Afaf memang taklah nak datang. nun jauh di sana. 

 
 
Raya tahun ni terasa kurang meriah sikit dari segi sambutan dengan kengkawan. Yelah. tahun lepas siap beraya ke rumah cikgu cikgu bagai. Tak apa. InsyaAllah. tahun tahun akan datang akan jadi lebih meriah. Oh ya. macam biasa, rumours terus tersebar dengan pantas dua tiga hari ni. Macam macam sungguh. gunalah keupayaan berfikir sebelum terus sebarkan benda yang kita sendiri teragak agak nak percaya atau tidak. 

oh ya. untuk awak yang terkejut tengok da'ie da'ie muda yang masih lagi macam remaja biasa, awak kena ingat yang mereka bukan malaikat. mereka masih punya fitrah remaja. tak perlu awak nak melenting sakan bila nampak mereka paparkan sisi hidup mereka. jangan anggap mereka robot hanya sebab mereka bercakap tentang cantiknya ilmu kalam tuhan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...