Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Saturday, August 17, 2013

Hari hari hari raya ~

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Sembang nak jadi blogger sejati tapi setiap kali lepas last entry mesti blog ni kena tinggal berminggu minggu. Lagu dan header dekat blog pun masih lagi dalam mood Ramadhan. Bukan tak ada masa, masa tu banyak tapi entah kenapa aku rasa macam semua masa tu hilang meresap entah kemana. wkwkkwkwkwkwkw. Dah seminggu lebih berhari raya ni, nak jugak ucap Selamat Hari Raya dekat memana makhluk yang rajin benar singgah dekat sini. Alhamdulillah, selesai sudah sebulan kita berpuasa, kini kita berhari raya ~

Sepanjang bulan syawal ni, tak ada apa pun benda yang menarik. macam biasa, balik kampung almost setiap hari tu dah jadi perkara wajib. dan, aku rasa raya tahun ni boleh jadi 1st record yang mana aku tak makan banyak sangat which is sesuatu yang membanggakan. hahahhaha. tapi tu cerita hari raya pertama aje lah. hari kedua,hari ketiga dan seterusnya sehingga sekarang, memang balik ke habitat asal gituuu. 
 
Sekarang, semua orang cakap pasal isu Mesir. Aku yang acah acah lembab sikit ni pun ambik jugak tahu pasal isu semasa. Siapa cakap kalau selalu tweet benda benda merapu, orang tu tak ambik tahu pasal ummah? korang ingat mereka mereka yang selalu post/tweet hadis pasal keutamaan membantu ummah sahaja yang mampu? aku bukan apa. Masing masing ada point of view sendiri. Kau rasa kau dah habis bagus, kau rasa kau dah habis ambil berat pada ummah sampaikan kau nak kecam orang lain dalam alam maya? 
 

Bila orang lontarkan pandangan sendiri, tahu pulak nak membantah. tahu pulak nak menyanggah. so, nak senang cerita, biar kau sahajalah yang cerita. malas aku nak layan. Tapi semua ni aku cakap secara general lah ye. tak ada niat nak menyindir sesiapa. hahahahahha

Aku masih lagi menghitung hari nak jadi anak perantau. berdebar tu memang ada tapi rasa tak sabar tu lebih banyak rasanya. ye lah, pertama kali nak pergi negeri orang, pertama kali nak rasa balik kampung jauh jauh. dengki dengan kawan kawan sejak zaman sekolah yang dapat rasa seronoknya balik kampung. hahahha. Nak kata semua benda dah settle tu memang menipu lah jawabnya. setiap hari bangun dengan impian nak settlekan apa yang patut sikit demi sedikit tapi hampeh semata mata.

PTPTN pun dah selesai. Harapan tinggi lah supaya permohonan tu diterima. Ye lah, masuk alam degree ni mana lagi dapat duit percuma macam zaman asasi. sob sob. Tak nak niat nak berjoli lagi. setiap hari, kena remind diri supaya tajdid balik niat nak belajar tu. bukan nak berjalan sakan. insyaAllah. semoga Allah permudahkan segalanya. 

Untuk #TheJelalang, semua dah nak mula merantau. semoga persahabatan kita semakin hari semakin erat walaupun ada yang berahsia sakan tak nak bagi tahu. kfoineee. Walau bagaimanapun, aku nak wish semoga kita semua berjaya in the future. Amin amin amin

Untuk kawan kawan asasi yang dirindui, jumpak semula di Shah Alam nanti. Semoga Allah permudahkan jugak langkah kita kemmudian nanti. yang dapat kampus lain tu, semoga tak lost contact. Wallahi, aku rindu semuanya.

 
 
Tak ada gambar raya dalam ni. semua ada dalam phone dan dah terformat pulak dan secara kesudahannya, semua dah hilang. so, kalau tetap nak usha gambar raya pertama dan lain lain, pergilah usha instagram saya. bukan nak promosi tapi memberi tahu. hakhakhak

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...