Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Thursday, August 29, 2013

Penang with love ~

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Setelah rancang dengan orang itu ini tapi tak menjadi jadi, akhirnya sampai jugak hasrat nak jenajalan dekat Penang sebelum masuk degree. Thanks to Mummy Dibah sebab dia yang rancang semua ni. Dia yang call orang itu ini so that semuanya jadi macam yang dirancang. Alhamdulillah

Bertolak dari sini pukul sebelas lebih walaupun aku pergi rumah Mummy pukul sembilan. hahaha. Yelah, nak singgah rumah Fazreen, rumah Ikmal dan yang paling jauh rumah si Mimah. Pada mulanya memang tak bagitahu Ikmal yang kami nak pergi rumah si Taty. Sampai je dekat Penang, terus pergi rumah Taty dekat Air Hitam. Dua dua terkedu. Yelah, pertemuan tanpa dirancang gituu. Ekceli, aku dah lama tak taip entry based on pengalaman dan sekarang aku rasa kekok gila sangat tahu. Oh ya, sebelum ke Penang, dua hari aku keluar jimba dengan Shah yang datang dari Johor. 

Disebabkan dan dua hari sebelum ke Penang tu aku dah banyak keluar duit, aku dah memang set dalam kepala yang pergi Penang just untuk jalan jalan dan bukan untuk membeli belah atau makan dekat tempat yang mahal mahal. sob sob. Lepas dari rumah Taty, terus pergi ke Gurney Plaza. Sebenarnya, tak ada pun tujuan spesifik nak datang ke Penang ni. Bila dah sampai sana, semua macam lost. Nak kemana ye? Tempat mana yang best? ahahahhaha


Tak sampai sejam pun dekat Gurney Plaza, lepas beli Big Apple sorang sebiji untuk alas perut, Taty ajak makan dekat Nasi Kandar Immigration. Penang famous Nasi Kandar katanya. Dalam fikiran aku, mungkin ke Restoran Nasi Kandar. lepas Fazreen parking kereta dekat area Little India, kami terus jalan kaki cari kedai tu sebab dah lapar sangat. Yelah, sebelum bertolak ke Penang, masing masing cuma jamah roti canai dekat Pokok Sena.

Rupa rupanya, kedai Nasi Kandar tu cuma gerai tepi jalan. hahahha. Tapi, sedap dan murah bagi aku lah. Tapi kata mereka, tu harga standard. Tapi, bukan kedai mamak selalu mahal ke? sob sob. Lepas makan, terus jalan area heritage site sambil cari murals yang popular tu. Lepas solat dekat Masjid Kapitan Keling, arts hunting terus berjalan. Masuk Museum of Glass dengan kedai yang jual kraft. Tapi penat weh berjalan keliling area tu. hhahaa. tapi frankly speaking, aku memang teringin sangat nak jenjalan area ni dulu. yeay yeay

After that, kami pergi ke Straits Quay. Ni kali kedua aku datang sini. Tak ada apa pun yang menarik unless you brought along banyak duit dalam dompet masing masing. hahahah. Lepas sightseeing sekeliling tu, we headed to Esplanade Padang Kota dan i've got my coconut milk shake lepas dah lama craving for it. Alhamdulillah. Pada mulanya ingat nak layan pasembor padang kota tapi dah sebab hujan, terpaksa ubah plan.


Then, terus pergi area Queensbay sebab Taty ajak makan ikan bakar. Tapi tak makan pun ikan bakar. hahaha. Yang peliknya, walaupun kedai makan thai, golongan india/bangla jugak yang uruskan gerai ni. hahahaha. lol. Yang menariknya, kedai ni tepi pantai dan makanan pun boleh tahan murah. Lepas dinner, kami balik semula ke Air Itam untuk hantar Taty. Sementara harungi jalan yang jammed teruk tu, macam macam cerita dapat kongsi. Wallahi, aku sayang hangpa semua. 

Sampai rumah Taty, auntie dah siapkan ketupat, serunding dengan kuih raya. Lepas mintak diri, harungi jalan jam sekali lagi sebab dah nak balik. Allah. sekejapnya masa boleh jenjalan sekali. Waktu balik tu, memang aku dah mengantuk. Kesian jugak dekat si Fazreen. Yelah, seharian drive sana sini dengan tangan yang sakit tu. Thanks Fazreen

Lepas hantar Mummy dekat Swiss Inn Sungai Petani, singgah Gurun untuk solat. Then, hantar Mimah ke Pokok Sena ikut tol Pendang. Jauh dia, gelap dia, jangan sembang lah. hahahha. Lepas hantra Fazreen dengan Ikmal, terus aku balik Jitra. Alhamdulillah semuanya selamat. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila bila. Ukhwah Fillah Abadan Abada. Jumpak di Shah Alam nanti semua. yeay

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...