Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Wednesday, September 4, 2013

Kemerdekaan ~


In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Salam kemerdekaan dan salah tautan mahabbah untuk semua. Hahahha. sengaja tukar ayat awalan sebab ada yang cakap, setiap mukadimah aku mesti tulis benda yang sama. Kan aku dah kata, lepas seminggu, seminggu pulak baru nak menaip dekat sini. Kemerdekaan yang baru saja berlalu tetap terasa dalam diri. Tak semestinya nak kena countdown ramai ramai dekat dataran abru dikira menghayati erti kemerdekaan. 

Bagi aku, kemerdekaan adalah satu ungkapan keramat. Pejuang pejuang bangsa yang cuba mempertahankan negara dengan cara yang penuh diplomasi. Tak perlu adanya pertumpahan darah untuk kemerdekaan sebab dah banyak yang tumpah sepanjang perjuangan. Aku tahu, nanti adalah tu yang cakap aku ni macai. macai yang hanya baca buku sejarah sekolah. babi tahu orang orang yang macam ni. orang yang tak tahu nak bersyukur dan tak tahu nak buat apa dalam fikiran mereka selain nak buat provokasi. pfft

Aku ada baca on somewhere yang dia cakap, bukan nak sangat tukar bendera tu. tapi ada maksud disebalik bendera tu. Ya, tu mungkin apa yang bijak pandai cuba sampaikan. tapi bagi barua barua yang tak tahu menilai? Allah. Dan kemerdekaan disambut dan dihadiahkan dengan kenaikan harga minyak. memang terasa bahangnya. Memang terasa akan kenaikannya. Reramai ribut dekat twitter dan aku cuma retweet dan baca apa yang dirancakkan. malas nak kata apa apa. sesetengah orang akan cuma menyerang bukan nak berbincang. 


Oh ya, twitter aku dah unsuspended. Alhamdulillah. ada yang cakap, suka account lama sebb ramai followers lah tu. Jujur aku cakap, ya. hahahah. Selain tu, ramai kot kawan kawan yang follow account lama tu. mana nak cari balik bagai. susah tahu. Manusia ni ada banyak karenah. bukan semua kita boleh agak. Oh ya, esok dah nak bertolak ke Kuala Lumpur sebelum daftar sebagai pelajar degree dekat Shah Alam. 

Frankly, aku tak ada clear picture sangat pun on course that i'll be taking nanti. Memang dalam hati ada rasa frust sebab tak dapat nak further law. tapi kita mesti teruskan perjuangan kita. takkan nak berhenti tiba tiba dan mengeluh sampai ke tua. Semoga Allah permudahkan segalanya nanti. Amin amin amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...