Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Saturday, September 21, 2013

Shah Alam ~

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Dah dua minggu duduk dekat Shah Alam, dua minggu jugak blog tak berupdate, dua minggu jugak tak bukak facebook, dua minggu jugak tak bukak instagram. Dan, aku rasa hidup aku tak sempurna. Sedih. Kalau kau nak cakap, ni lah remaja zaman sekarang, hidup bergantung dengan teknologi. Fak. Kau takkan faham. Kalau tu apa yang kau fikir, pergi balik duduk gua sana. hahahahhaha

Sebenarnya, bukan nak teremosi ke apa. cuma aku rasa yang hidup aku kurang lengkap. Yelah, broadband belum bayar wifi dekat bilik pulak macam hidup segan mati tak nak. tahu tak stress tu banyak disumbangkan dari mana? Alhamdulillah, dari segi kawan sebilik, kawan sekelas, aku rasa aku tak ada masalah. cuma, aku kembali sebilik dengan perokok dan terpaksa pagi pagi hirup asap rokok sebagai breakfast nak alas perut dulu. 


Tipulah kalau aku cakap yang aku tak rindu rumah. Tipulah kalau aku cakap aku tak homesick. Tipulah kalau aku cakap yang aku tak rasa apa apa. Aku pun manusia biasa. tambah tambah first time duduk jauh dari rumah untuk pertama kali ni. Tumpah jugak air mata lepas cakap dengan parents. Ego aku runtuh. Ego aku ranap. Ye, aku masih lagi manusia. 

Memang masih ramai kawan kawan asasi yang belajar, jumpak, lepak sekali. tapi semuanya tak macam dulu. Bak kata orang, tak cukup korum. kalau duduk ramai ramai pun, tak sempurna orang kata. Tahniah dekat Fazreen, sebab dapat further degree in law dekat UUM. Tahniah jugak dekat Asyrani, Kak An, Suhail dan jugak Miza. Rasa lain sangat bila mereka mereka ni tak ada. sumpah aku tak tipu. 

Semalam pergi tengok teater sebab Izzu ajak. Pergi sekali dengan Kak Dira, Ikmal, Teesha dan jugak Jiha. Syaitan dalam bahaya katanya. benar. Manusia yang bikin masalah, tuding jari pada sang syaitan. Mengaku tak pernah, berlepas diri bersuka ria. Manusia takkan pernah berubah. Bagi aku, teater ni memang dalam makna dia. Tahniah dekat krew produksi semua sebab berjaya. 


Rasa macam dah panjang menaip. Datang library sebab nak belajar kononya tapi sampai sekarang masih menghadap benda alah ni. Aku memang dah move on dari law. Tapi rasa sakit tu tetap ada bila ada kawan kawan yang pergi lari kejar ke universiti lain. Rasa sakit sebab kehilangan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...