Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Wednesday, February 5, 2014

Double Standard

Manusia jarang nak mengaku kesalahan diri. Kadang kadang, kita tahu yang tindakan salah. Ada dalil, ada bukti yang nyata perihal salah kita. Tapi, kita bersusaha menyanggah. Takut kalau kalau memang kita terbukti salah.

Bagi aku, tak salah untuk kita pertahankan apa juga perbuatan kita. Tapi kalau adanya kata kata tuhan, kata kata pesuruh tuhan yang terang lagi nyata, buat apa kita nak menyanggah? Aku lebih suka dengan cara berbincang. Berbincang dan cuba provoke bagi aku dua benda berbeza. Yelah, kalau berbincang, tone suara kau mendatar. Kata kata kau sedap untuk kita dengar. Tapi bila kau cuba provoke, dalam hati kau cuma kau saja yang benar, kau saja yang menang.

Dalam bercakap pasal double standard, kita akan nampak benda ni widely practised among  our community. Dan mungkin by our ownselves. Dari budak budak sekolah, kawan kawan sekeliling kita, politician waima ahli ahli agama sendiripun. 

Mungkin kau pernah tengok orang sekeliling kau yang pejamkan mata, pekakkan telinga bila orang yang cantik, orang yang good looking buat salah, no one akan take it as an issue. Memang beauty tu depends on orang yang tengok. Tapi akan ada satu jenis cantik yang semua orang akan setuju. cantik rupa, tapi busuk hati, busuk dalaman. Semua orang sama je. tak ada yang berbeza. Katakanlah, yang buat salah tu rupa tak ada, harta lagilah. Allah. sampai tujuh keturunan akan diungkit. tak pernah orang lupa. 

Dalam kalangan ahli agama, lagilah buat kita nak tergelak. As a public youngsters macam aku, aku suka observe apa yang berlaku. Akan ada satu side yang kononya pejuang agama sejati. Pembela ulama. Tapi bila dalam berhujah atau hendak jatuhkan pihak yang tak sebulu, macam macam gelaran diberi kepada ulama pihak sebelah lagi. Kalau macam ni akhlak yang kononya ahli agama, macam mana kita kita yang masih mencari ni nak jumpa apa yang dicari?

Perubahan. Ya, kita perlukn perubahan. Perubahan bukan sesuatu yang mudah. susah sekali. Tapi yang penting, kita kena istiqamah. Cuma menapak satu demi satu untuk mengubah. tak dapat ubah semua, sedikit pun mungkin cukup. insyaAllah



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...