Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Thursday, February 27, 2014

Tajdid niat. Mari!

Bismillah

Cuti semester dah nak habis. tinggal a few days je lagi nak bukak semester baru. Tak sempat nak update blog. tak sempat lah sangat. hahahaha. Results semester satu haritu alhamdulillah la ok. cukup dan layak dengan usaha aku yang tak setara mana. 

Urusan rumah sewa pun dah selesai. Sabtu ni pergi sign agreement dan dah mula kena jadi macam orang dewasa. Duduk rumah sewa dengan kawan kawan, pergi kelas sendiri, semua benda buat sendiri. bukan tak biasa tapi situasi dia dah lain. 

Harap harap mula semester baru ni, semangat nak belajar bertambah lagi. Tajdid balik niat nak belajar. kerajaan dah sediakan tempat yang kondusif dan cantik serta selesa untuk kita belajar. Tajdid niat tu penting sebab Allah akan nilai perbuatan kita bermula dengan niat. Sayang kalau tindak tanduk kita bercanggah dengan niat. Allahu

Persahabatan bagi aku macam roda. Kadang kadang rasa ukhwah tu kuat, kadang kadang rasa macam angin yang tiup sipi sipi dekat telinga. Tapi yang pasti, jangan ada ego sampaikan ukhwah tu terputus sebab masing masing tarik tali. nak menangkan ego. Insya Allah. Bak kata Fathin Munirah, takkan ada istilah bekas kawan. Sekali berkawan, kawan selamanya. 

Malam ni dah nak bertolak ke Putrajaya. Dengar kata ada kenduri kahwin area Kuala Lumpur sekali. tak tahulah jadi pergi ke tidak. Last sekali, doakan semuanya baik baik saja. 

Illal liqa'.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...