Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Saturday, August 2, 2014

Salam Eid

Bismillah

Lamanya tak menulis. dari awal semester sampailah results final pun dah nak keluar.
Bukan apa. mood nak menulis sentiasa hilang. 
Tak ada apa yang menarik untuk dikongsi. mungkin

Musibah. Ramai yang cakap bila musibah atau dugaan tu datang bergolek,
Itu bala. tanda tuhan tak punya redha atas kita. 
Tanda yang hidup ni sudah punya tak ada apa apa. 
Tapi kita selalu lupa yang ujian atau bala tu tanda tuhan itu masih ingat akan kita
Masih ingin dengar luahan rasa. Masih ingin dengar tangis rayu doa kita
Aku kadang terfikir. Memang dijanjikan ujian yang datang itu
Tak berat. Mampu untuk kita pikul. Tapi jauh dalam lubuk hati
Takut rasanya. Takut kalau kalau diri sendiri yang tak mampu
Tak mampu untuk pikul. Tak mampu nak memohon ampun.

Hari Raya dah pun tiba. Ada yang cakap jarak takkan memisahkan. 
Tapi aku mula nampak kata kata orang tu nampak ada benarnya.
Kalau kata sapaan dah tak serupa yang dulu
Kalau kemesraan dah mula hilang diulit waktu
Semua tu benar. Takut yang dulu dah jadi nyata.
Kalau dah cuba tapi diri sendiri yang hampa. Sedih


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...