Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Wednesday, August 27, 2014

The Jejalang

Bismillah.

Alhamdulillah. Results semester kedua aku dah dapat. Syukurlah yang expectation aku walaupun lebih haritu walaupun Allah tak kabulkan, tetap Dia bagi khabar gembira. Haha. Cuti semester pun dah nak habis. Membilang hari je bila akan balik ke Seremban sana. Rancangan untuk bercuti dekat Langkawi pun smooth dengan jayanya. Walaupun pada mulanya, sebelum sampai ke sana banyak sungguh uncertainty. 

Kalau nak ingat ingat balik macam mana aku boleh rapat dan sayang dengan depa, rasa macam tiba tiba. Ya, memang tiba tiba Allah aturkan yang ukhwah kami boleh utuh sampai sekarang walaupun masing masing walaupun dahulunya satu sekolah tapi latar belakang semuanya berlainan. 

Tipulah kalau cakap dulu tak ada rasa tak selesa. Tapi lama lama, gelak tawa, makian, gurauan kasar antara kami macam dah jadi asam garam. Kampus masing masing jauh. Masa nak berjumpa cuma waktu cuti macam ni je lah. Entah bila lagi dapat kumpul ramai ramai walaupun hari tu tak cukup kuota seorang. haha

Tapi, kadang dalam bergurau senda aku percaya ada yang hati sikit terluka. Ada yang hati tak sekebal apa yang kita rasa. Ada yang hati mereka perlu kita jaga. Aku tak nak kalau kalau ukhwah yang aku rasa manis dan best ni rosak sebab kata kata yang kita sendiri pada mulanya suka. 

Insha Allah. Sampai ke anak cucu nanti persahabatan kita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...