Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Friday, April 24, 2015

Kitab Lusuh

Bismillah

Lembaran kitab lama itu aku buka. Tasir
Tumpah air mata bila tulisan yang aku dah lama tak bersua.
Tulisan yang dulu acap kali melayang atas kertas di mana mana.
Kitab itu lusuh. catatan nenda (Wan Abdullah) penuh.
Dari muka ke muka aku selak.
Sedih. 14 tahun Allah jemput nendaku pulang ke sana.

Aku tilik almari yang tinggi.
Penuh kitab kitab arab yang aku cuba untuk mengerti.
Pilu. Kitab yang lusuh, tinggi ilmu itu
Tak mampu aku warisi.
Tak mampu aku ambik, sebarkan untuk walau diri sendiri.
Moga Allah cucuri rahmat ke atas nendaku.
Wan Abdullah Al Haj Ibni Wan Ahmad

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...