Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Friday, April 12, 2013

The chronicles of selfness

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Mata dah mula nak memejam, tapi hati rasa nak menaip. Pernah tak terlintas dalam fikiran yang siapa kita pada orang lain? Maksud aku, apa yang mereka anggap terhadap kita. Akan timbul suara suara cakap, pedulikan kata orang. Jadi diri sendiri dan teruskan hidup. Ada pulak suara yang cakap, kita hidup bermasyarakat, ambil berat perasaan orang lain sama. Those two questionaires do floating on my mind. 

Aku suka mendengar. Mungkin aku akan mendengar tanpa reaksi atau aku mendengar dengan sedikit reaksi. Nampak macam tak ada beza tapi bagi aku ada bezanya. Tapi, dalam hati aku, aku rasa yang aku tak kisah kalau mereka mencari ketika mereka perlukan kita. Sebab, it shows that how important we are actually even though kadang kadang nak dengar suara, nampak rupa pun susah. Pernah dengar frasa, kawan menangis sukar dicari tapi kawan ketawa sukar dicari? 


Terfikir jugak aku. Aku sepanjang perkenalan dengan yang lain lain, yang mana satu peribadi aku. Teringin jugak nak jadi yang sedikit sebab Nabi pernah bersabda yang Islam datang dalam keadaan yang sedikit dan beruntunglah siapa yang berada dalam kelompok yang sedikit. do correct me if i am wrong. Bercakap pasal hadis, bercakap pasal agama, teringat peristiwa kena bashing dengan mereka mereka yang kaki dah ada dalam syurga. Kononnya.

Yang mentah cuma perlu ikut telunjuk. tak payah nak banyak bertanya. Ketawa. hahhaa. Teringat perbualan Usmar dengan Munirah dekat WeChat, jangan sampai timbul bibit cinta sudah. Mata dah mula ingatkan diri supaya cepat cepat tutup dan tidur lena. Esok masih ada benda yang perlu dibuat. Rindu? Ya. Aku rindu mereka walaupun nampak macam dah tak bertegur sapa. entah. 

Percaturan politik nampak semakin kotor dan unbalanced. Lantak siapa nak menang, lantak siapa nak memfitnah, lantak siapa nak terkuak lentang. Masing masing dah tinggi ilmu nak pimpin ummat. Bak apa yang aku pernah post, cuba jadi adil dalam memerhati. Jangan cuma berdasarkan pakaian yang nampak alim, butir bicara jadi maksum semuanya.. Itu salah. Adil dan saksama. Itu Islam fitrahnya.

2 comments:

fahmihaziq said...

:)

Unknown said...

omaigad omaigad. You come to my blog. HAHHAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...