Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Tuesday, January 27, 2015

Let it

Bismillah

it's been a while since my last entry.
I am trying my best to follow all my 'new year resolution'.
But, let me buat amendment sikit. hahaha
As i don't think that i am that able to keep posting on this
Like everyday. no way!

Oh ya. dah seminggu dekat Kedah.
Tapi baru sekali hang out dengan kawan kawan.
Hari yang aku offer nak ambik sensorang, asyik tak jadi
Plan nak keluar dengan cousin pun,
alih alih dia keluar seorang diri
i don't know. kenduri Miss Laila pun tak ada siapa yang akan pergi.


Tuesday, January 20, 2015

Semester break

Bismillah

My semester break dah bermula.
and i don't have much activities that i wanna do
Be alone at home is much better.
Untuk kali ni. untuk masa ini
Hati masih ralat pasal paper last haritu.
Tapi Allah bagi aku berkumpul dengan kawan kawan
cukup buat hati yang luka, hilang sakitnya


Monday, January 12, 2015

Tun Abdul Rahman Yaakob

Bismillah

Two more papers and i'll be free.
Tak sabar rasanya nak habiskan mana mana yang tersisa.
Tak sabar rasanya nak nak nak. apa?
Entah. Biarkan ketidaksabaran tu sendiri
Yang datang menerpa. haha
Tadi ada terbaca pasal Allahyarham Tun Abdul Rahman Yaakob.
Wallahi aku tak kenal pun siapa beliau
Aku cuma tahu lepas ada housemate retweet
Lepas beliau pergi berjumpa tuhanNya
Innalillahi wainnalillahi rojiun. 

Aku terbaca. Tersentuh. 
Seorang Umara' yang hatinya hidup dengan sunnah
seorang Umara' yang hidupnya indah
Indah dengan keindahan sunnah
Terbaca wasiat beliau.
Kalau beliau mati, waktu kebumi,
waktu ditinggalkan seorang diri. pastikan semuanya sunnah
Takut beliau akan benda yang menyimpang
Moga kita terus kuat.
Atas jalan yang Allah redha
Jalan yang Nabi redha
Mudah mudahan. slow slow

Friday, January 9, 2015

Jemaah

Bismillah

Aneh bila disebut cintakan rasul,
Jemaah Ya Hanana yang mendabik dada.
Aneh bila disebut cintakan ahlul bait,
Syiah pulak yang bersuka ria.
Aneh. Sumpah aneh
Tadi, sempat jugak aku luangkan masa ke program ceramah.
Yelah. selalu online. dapat yang live,
alhamdulillah tersangat gembira.
Tokoh pulak, insha Allah. Mumtaz ya akhi. haha
Mulakan dengan selawat sambil berdiri
Ya, aku dapat jelingan sinis
Aku bangun, raikan jemaah yang ada.
Entah. Ustaz bawakan contoh para sahabat
Para sahabat dalam mencintai rasul,
masya Allah hebat.
Tak ada tandingnya.

Ibrah yang aku dapat, ikut jejak langkah para sahabat,
Langkah mereka yang Allah redha.
Langkah mereka yang Nabi suka
Ustaz cakap, prinsip sahabat,
Kalau ada yang baik amalnya, sudah para sahabat akan lakukan
Dan aku terdehem.
Kalau kalau yang senyum sinis tadi,
tersipu malu
Moga Allah ampunkan kita
dan tetapkan iman kita
insha Allah

Wednesday, January 7, 2015

Kental ah

Bismillah

Cakap pasal hati, i do notice yang sesetengah orang hatinya rapuh.
I can see on how they reacts on my words,
I can see on how they interacts with things.
Or human being.
Okay. To be honest, i used to be one of them'
It ain't cool okay untuk tiba tiba kau senyap
Senyap yang literally means sentap.
Kalau fikir balik, aku rasa bodoh
Bodoh sebab ikut sangat kata hati. 
Fikir diri sendiri. Too much
Nasib ada kawan yang sedarkan diri
Kalau tak, sampai sekarang, tak dapat berdiri
Berdiri atas kaki sendiri

Nak sadorkan hati ni agar kuat. 
Bukan sadorkan terus sampai tak menangis
Tapi, keep it for certain people,
keep it for certain time. Trust me
Certain time tu macam hang tengok scene sedih dekat tv.
Itu masih acceptable. eh

Back to what i really want to say is
Dalam dunia  realiti. Dalam berdepan karenah itu ini
We have to face dengan kental
Kental dan 'mampus dekat hang'
Belajar teknik ikut kanan, keluar ke kiri
Bila dah lama lama, you'll be amazed
Yang hang bukan lagi hang waktu dulu
And on that time, you can be proud
Sebab hidup hang cuma untuk hang
oh ya. jangan lupa Ikut Quran dan Sunnah. 
Insha Allah

Tuesday, January 6, 2015

Random 3.0

Bismillah

Tak kenyang ke makan daging orang?
Eh. terhantuk kepala bertubi tubi. 
Kadang kadang, bukan nak mengata sangat pun.
Tapi sebab naluri nak bercerita tu tak tertahan tahan.
it was like you must and have to share it
Tambah tambah bila berkumpul
Syaitan mencurah minyak,
Terbakar memana iman yang baru nak tumbuh

Jijik tarbiyyah? lepastu unfollow?
ah. Bukan aku jijik. Tapi aku segan.
Segan dengan account Islamic, 
segan dengan account para ustaz,
yang tiba tiba follow balik aku.
Segan sebab aku masih lagi lagha
Aku cuma perlu sedikit tarbiyah dari kata kata mereka
Tapi mungkin tu rahmat
Rahmat dari atas
Yang suruh aku siap. supaya selamat
Mungkin

Monday, January 5, 2015

Random 2.0

Bismillah.

Sentap bila baca Tarbiah Sentap.
Baca pulak bab ikhtilat. ah silap
Ya Allah menusuk sampai ke qalbu.
Haha. Tapi aku bukannya tak setuju.
Katanya ajnabi tak boleh jadi kawan sebulu
Sebab aku sendiri pilih untuk ukhwah begitu
Tak ada yang runsing, tak ada yang buat iman melayang seribu
Entah. Lain orang, lain pandangnya

Cuba nak berjalan dengan jemaah sunnah
Tapi yang mana sunnah tak terbuat jugak
Tak mengumpat cuma hentuk sendiri dengan batu
Mana yang batil, insya Allah dah lari dulu
Yelah, dah sunnah pun jarang, 
Takkan yang batil pulak nak buat. huhu
Biar seimbang. Kata hati aku yang batu.

Esok paper English.
Muet pun jahanam, masih taktahu malu
pergi sana sini, sentuh pun tak buku.
ah malas, hang pergi jauh jauh ke ulu
Biarkan malam ni, cuma aku
Aku dengan buku.

Sunday, January 4, 2015

Random 1.0

Bismillah

Paper kedua dah pun selesai.
Harap mumtaz lah hendaknya.
Bila cakap pasal duit, siapa yang suka
Tambah tambah bila hujung hujung macam ni,
Rasa duka.
Duit yang ada tak pernah cukup untuk berjimba
haha. bukan tak suka nak kemana.
Tapi i still have to save my money.
Yelah. Duit saku cuma dapat seminggu sekali.
Nak mintak lebih lebih, oh no way.
I know better. 
Tak sabar nak balik
Tak sabar nak dalam bilik sendiri.
Moga yang mana rahmat terus melekat
Moga paper yang lain pun akan ikut mumtaz
Insha Allah

Saturday, January 3, 2015

Fattabiouni

Bismillahirrahmanirrahim.

Nampak tak yang azam pertama dalam post lepas tak capai target?
Nampak tak yang aku perlu amends balik resolution tu?
Aku nak cakap pasal Rasulullah. The best qudwatun hasanah yang kita perlu follow.
Fattabiouni. Apa tu? hahahhah
It can be define as follow me and derives from the ayat;

‘Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu.'

Insha Allah, dekat ikut cara Rasulullah, ikut apa yang ada dalam Quran Karim.
Dan ikut  para sahabat serta mereka dari tiga kurun terbaik, kita akan selamat.
Ingat akan Rasulullah bukan hanya pada satu ketika dan masa. 
Tapi sepanjang hidup kita. 
Moga hidup kita terus dilingkasi iman dan islam,
dan moga taqwa terus menebal. yeay
 

Thursday, January 1, 2015

2015. A HAPPY NEW YEAR

Bismillahirrahmanirrahahim

First January 2015. Alhamdulillah for a new blessing year (hopefully)
Tak sangka yang aku sekarang dah cukup umur untuk sembang politik
Cukup umur untuk tunjuk yang aku sendiri dah matang dalam kenal mana kaca dan mana tahik.
hahaha. Entah. New resolution? Aku sendiri tak tahu nak mula yang mana.
Malam tahun baru aku cuma di rumah. Habiskan di Twitter sambil mata meliar cari nota
Tahun baru bagi aku macam tak ada bawa perubahan. 
Lainlah zaman sekolah. Naik tingkatan. 
Tapi zaman Uni, sambut tahun baru dengan final. 

I'm trying to list a few things that i think i can and able to do for this year. 
Let's start with an easy task first. insha Allah.
Post ni akan dirujuk dari masa ke masa. Mungkin ya dan mungkin tidak.

  1. Posting an entry per day - Dah lama tak post secara banyak banyak. I'm trying to make use this space as i want to write as much memories that i can. like what i used to. Walau tak ada orang yang baca, at least aku sendiri yang akan senyum sinis dengan apa yang aku sendiri taip nanti. 
  2. Renew last seen on Quran everyday - Benda ni memang kena istiqamah. Aku started to take this matter seriously bila ada orang tanya aku; bila last seen hang? and i was like blurred for a while. Alhamdulillah. For this time being, everything still under control. Cuma takut nanti bila dah cuti semester, istiqamah ke mana hilang aku sendiri tak tahu. 
  3. Watching and learning on Islam - Orang cakap, buat apa cari agama dalam internet. Aku faham dengan apa yang depa cuba cakap. Tapi pandai pandai lah pilih channel yang sahih. Macam aku sekarang, aku subscribe channel Dokumentari Kuliah dengan Yayasan Ta'lim. Asatizah asatizah yang sangat berkaliber. Semoga kita semua kembali kepada Quran, Sunnah dan amalan para Sahabat yang sahih. Oyeah
  4. Jaga hati - Hati. Susah nak maintain hati. Allah bolak balikkan sikit, terus membusuk. Aku sekarang ni senang sangat nak annoyed dengan orang. i don't know why. Mungkin aku sendiri rasa tak serasi dengan certain certain orang. Susah woi susah.  Nak kena jaga hati orang memang susah. Jaga hati sendiri, memang lagilah susah.
  5. Kurus - hahahahah. wallahi aku sendiri ragu ragu nak tulis dekat sini.
Before this posting getting more ridiculous, kita hentikan lah.
Moga Allah kuatkan hati hati kita. Tebalkan iman kita.
Moga pengharapan, moga keyakinan kita takkan pudar dan gundah. Moga moga



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...