Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Thursday, January 1, 2015

2015. A HAPPY NEW YEAR

Bismillahirrahmanirrahahim

First January 2015. Alhamdulillah for a new blessing year (hopefully)
Tak sangka yang aku sekarang dah cukup umur untuk sembang politik
Cukup umur untuk tunjuk yang aku sendiri dah matang dalam kenal mana kaca dan mana tahik.
hahaha. Entah. New resolution? Aku sendiri tak tahu nak mula yang mana.
Malam tahun baru aku cuma di rumah. Habiskan di Twitter sambil mata meliar cari nota
Tahun baru bagi aku macam tak ada bawa perubahan. 
Lainlah zaman sekolah. Naik tingkatan. 
Tapi zaman Uni, sambut tahun baru dengan final. 

I'm trying to list a few things that i think i can and able to do for this year. 
Let's start with an easy task first. insha Allah.
Post ni akan dirujuk dari masa ke masa. Mungkin ya dan mungkin tidak.

  1. Posting an entry per day - Dah lama tak post secara banyak banyak. I'm trying to make use this space as i want to write as much memories that i can. like what i used to. Walau tak ada orang yang baca, at least aku sendiri yang akan senyum sinis dengan apa yang aku sendiri taip nanti. 
  2. Renew last seen on Quran everyday - Benda ni memang kena istiqamah. Aku started to take this matter seriously bila ada orang tanya aku; bila last seen hang? and i was like blurred for a while. Alhamdulillah. For this time being, everything still under control. Cuma takut nanti bila dah cuti semester, istiqamah ke mana hilang aku sendiri tak tahu. 
  3. Watching and learning on Islam - Orang cakap, buat apa cari agama dalam internet. Aku faham dengan apa yang depa cuba cakap. Tapi pandai pandai lah pilih channel yang sahih. Macam aku sekarang, aku subscribe channel Dokumentari Kuliah dengan Yayasan Ta'lim. Asatizah asatizah yang sangat berkaliber. Semoga kita semua kembali kepada Quran, Sunnah dan amalan para Sahabat yang sahih. Oyeah
  4. Jaga hati - Hati. Susah nak maintain hati. Allah bolak balikkan sikit, terus membusuk. Aku sekarang ni senang sangat nak annoyed dengan orang. i don't know why. Mungkin aku sendiri rasa tak serasi dengan certain certain orang. Susah woi susah.  Nak kena jaga hati orang memang susah. Jaga hati sendiri, memang lagilah susah.
  5. Kurus - hahahahah. wallahi aku sendiri ragu ragu nak tulis dekat sini.
Before this posting getting more ridiculous, kita hentikan lah.
Moga Allah kuatkan hati hati kita. Tebalkan iman kita.
Moga pengharapan, moga keyakinan kita takkan pudar dan gundah. Moga moga



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...