Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Sunday, February 24, 2013

Kelabu.

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Rasa macam lama tak menaip. Bukan tak ada keinginan nak menaip tapi entah. Tak ada nafsu nak tekan butang 'new post' langsung. Beberapa hari yang lalu, terlintas dalam kepala aku tentang pengorbanan. Pengorbanan in term of sanggupkah kita nak berkorban untuk dapatkan sesuatu ataupun demi keredhaan Allah? 

Sejak dua menjak ni, aku sedar yang doa doa aku seolah olah ditolak mentah mentah oleh Tuhan. Aku tahu, aku banyak buat benda melalaikan dan maksiat. Aku tahu yang masa untuk aku fikirkan kebesaran Tuhan sikit sangat. Kadang kadang kita mungkin tak sedar dengan apa yang sedang kita buat dan akan lakukan. Allah itu maha adil. Dia takkan pernah menghampakan umatnya. Tapi, bila kita sendiri yang tak pernah sedar nak berpaut pada rahmat ilahi tersebut, itu memang salah kita.


Bila cakap pasal hati, memang hati ni takkan pernah rasa nak tenang. Mungkin tweet tweet yang kita postkan nampak tenang tapi dalam hati kita sendiri, bergolak entah siapa yang tahu. Duduk tersenyum sinis sambil mata meliar menari mencari entiti yang boleh kita jadikan penyeri diri. Entah. Aku takkan pernah faham dengan diri sendiri. 

Jatuh hati? bukan tak bersedia tapi hati macam tak rela. Kenangan lalu sumpah buat kita rasa tak selesa. takut tangan yang bertepuk cuma mengharap balasan dinding untuk keluarkan bunyi. Tak ada tangan yang menyambut lembut untuk sama sama beriringan keluarkan bunyi. Aku takut hati yang goyah ni akan lagi rapuh dan tak mampu nak berfungsi lagi. 

Malam malam aku, lebih banyak di sini. Esok speaking test untuk the next session. Sumpah aku cuak. Sumpah aku takut otak aku berhenti. Hati sekarang tengah berdegup kencang. Bukan sedang menari tapi lebih menjerit tak henti henti. Terfikir berkali kali, apa yang akan terjadi nanti. bila wajah jarang bersua, bila suara tidak ke telinga. Entah. Aku takut hendak bayangkan masa hadapan. Masa hadapan yang kita sendiri belum pasti.

Friday, February 15, 2013

Ze week. Yeay

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Dah seminggu bercuti dan dalam seminggu tu jugak aku rasa ukur lilit pipi aku semakin bertambah. haha. Dalam seminggu ni, aku cuma bermalas-malasan dan sehingga sekarang, assignment aku baru sekerat jalan. haha. Baru lepas tengok RunningMan yang selama ni aku tertanya tanya apa motif rancangan ni dan tanpa aku rasa aku dah mula suka. eh

I am spending past three days by watching le Boys Over Flowers. haha. Aku tahu cerita ni dah lama dan aku baru ada nafsu nak tengok drama ni walaupun dan hampir dua bulan tak sentuh drama drama Korea. oh ya. Sekarang i am downloading the whole album of CNBlue. Lagu lagu dia segar dan lain from those that i've heard.

Seperti biasa, tak ada motif pun untuk aku update this blog. Tak ada cerita yang boleh aku kongsi. Tak ada pandangan yang aku cuba nak lontarkan. Cuma bila kita sesedap scroll timeline, tetiba ada tweet tweet pandangan perihal politik. Ya, aku mengaku yang i am trying to be more open toward this matter. Tersengih seorang seorang bila nampak tweet kurang berilmu. Entah. Kenyataan yang agak terbuka yang bagi aku memang mencerminkan puak yang menentang. haha. *gelak sinis*

Agak kecoh jugak dalam group Zenith bila ada ura ura yang salah seorang batch mate dah selamat bernikah. aku tak berapa nak ingin tahu sebab si empunya diri pun aku tak kenal sangat. siapalah diri aku ini. ececeh. hahahahah.

Erm, sekali lagi ungkapan minta maaf yang aku dapat. Kau tak ada salah apa pun. Mungkin cara aku layan kau yang lain. haha. entah. Hati manusia sentiasa berubah. Iman seseorang pun ada hari yang turun, ada hari yang naik. Cuma aku berdoa yang Allah tak bolak balikkan keimanan kita semua. Entah. Aku lama dah tak fikir tentang semua ni. Berlagak semua macam normal, senyum, ketawa, muka keras. Oh ya.mungkin hati dah keras. takkan lupa benda ni. haha

Cuti ni, dapat jugak spends time walaupun sekejap dengan kengkawan yang dari zaman hingus sampai sekarang yang masih bersama thanks kawan. Aku nak kita kawan sampai bila bila. thanks for those smile. yeayy

 P/s : Muet speaking dah nak dekat. Please Allah, ease me in everything.

Wednesday, February 6, 2013

Esteem le self

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Hati rasa tak tenang, rasa sejuk sampai ke tulang, peluh mula menitis sedikit demi sedikit. tu mungkin apa yang di alami oleh mereka mereka yang cepat nervous. Orang selalu bertanya yang macam mana aku boleh konfiden cakap dekat depan. Ekceli, kadang kadang aku sendiri tak dapat lari dari rasa terketar ketar as aku pun manusia biasa. Aku ingat lagi zaman awal awal nak meningkat remaja. Waktu itu, aku rasa yang self-esteem aku tersangat sangatlah rendah. 


Nak bergambar? tak nak. Nka lihat cermin akan imej sendiri pun segan. Apatah lagi nak ke hadapan dan bercakap. Tu cerita masa awal awal mula nak mengenal dunia. Bila dah jumpak rasa yakin pada diri, aku rasa aku mula berani. Berani in terms of doing everything. Ekceli, dalam hidup ini, tak perlu ada rasa malu. Ummi selalu cakap. Malu biar bertempat. Kalau tak kena tempat, itu orang panggil mengada ngada. Kadang kadang, orang mungkin akan salah faham dengan diri kita. We are trying to be our own self. Kritikan yang diterima memang akan menjatuhkan semula semangat kita.

Tapi, ada banyak cara untuk kita abaikan atau vanishkan apa yang dah diorang kata. Percaya pada diri. Mungkin akan ambik masa yang lama tapi at least, kita mencuba. Aku pun tak tahu kenapa tetiba aku bangkitkan isu ni sebab aku update blog tanpa dirancang pun sebenarnya, 

Oh ya, semalam dah dapat Baucar Buku 1 Malaysia. terima kasih kerajaan Malaysia. Dan semalam jugak, aku dah berjaya spendskan RM100 dekat MPH dan terima kasih MPH jugak sebab hadiahkan baucar tambahan RM5. herher. Harini jugak hari untuk aku pulang. Rasa eksaited tu sememangya ada tapi bila fikir fikir balik, entah. ada satu rasa yang sukar untuk ditafsir. harhar

Kertas kerja untuk lawatan ke rumah anak yatim pun Alhamdulillah selesai. 16 March and we chose Rumah Budi Yan. InsyaAllah, banyak program yang dah kami rangkakan. May Allah ease our job in order to make those orphanages be happy. yeay

Sunday, February 3, 2013

#TeamZorroBiru

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Badan rasa sengal sengal. Lumur yoko yoko sebab dah sangat tak tahan. Thanks Long sebab tolong picitkan. Itu situasi aku dari semalam sampailah saat ini. By the way, rasa sakit, sengal semua tu tak dapat menandingi rasa bangga dan super hebad dengan rakan rakan #TeamZorroBiru. 


#TeamZorroBiru. Nama yang terlintas time perjumpaan pertama dalam Pusat Islam. Perjumpaan untuk pilih siapa Ketua Rumah, Warna Rumah dan sebagainya. Dan yang paling buat aku hehss malam tu bila aku diorang suruh jadi KR. watahek. Start dari malam tu, semua ahli ahli yang overina sentiasa semarakkan hashtag #TeamZorroBiru atas timeline. Walaupun ada yang cakap kami over, kami melebih lebih, ada kami kisah? abaika. 

So, antara yang dilantik malam tu was ;

Ketua Rumah : Wan Aidil
Pen. Ketua Rumah : Bella Bailamos
Ratu : Amalin Affandi
Mascot : Azwar Kamaruzzaman
Exco Air : Wan Hafis dan Kak Dira

 Preparation 1st : Buat meeting dengan ahli ahli #TeamZorroBiru dekat Dewan Sarjana. Bincang pasal acara acara dan yale yale atau cheers yang bakal dilaungkan. eh. Thanks to Fareed yang jadi cheer's leader haritu. hehe. sebelum tu, diingatkan dekat semua ahli untuk pakai baju yang betul betul biru. harhar

Preparation 2nd : Keluar beli barang dengan Kak Dira, Wan, Bella and Fir. We were looking for le drinks yang akan bancuh time hari sukan. Before that, we manage to collect one ringgit from each of the members. Pusing satu Central Square, akhirnya dapat jugak barang yang kami nak cari walaupun terpaksa kira bajet seketat ketatnya sebab kekurangan duit.

Preparation 3rd : Bebudak perempuan mula siapkan apa yang patut. Board untuk #TeamZorroBiru dan sebagainya. 

Mummy is looking fer who? ahhaha

Preparation 4th : Pagi sebelum hari sukan mula, Bella arahkan semua tiup belon untuk hias 'khemah' kami. Azwar dan Malin pun dah sedia dengan outfit dan perhiasan masing masing. Everything start quite well walaupun terpaksa jejerit nak suruh itu ini. uuuuu. Lepas beratur semua, hari sukan pun bermula.

Acara first was Tarik Tali perempuan dan kami Juara. Second was Sambut Sayang dan kami tetap juara. Say cheers to Azwar and Asma'. The third was Lari Dalam Guni. Walaupun acara ketiga kami tewas tapi tetap nak gelak gelak gempita sebab Mummy sangatlah comel. kihkih. Lepas habis acara sukaneka, acara permainan pun dimulakan. #TeamZorroBiru ambil seat bebetul depan gelanggang sebab nak beri sorakan. 

Futsal pun dimulakan. Kami dapat Juara jugak walaupun ada konflik time akhir akhir perlawanan. Bola Baling perempuan tak dapat nak rangkul juara tapi all the ladies are good. yeayh. Acara yang paling best bagi aku hari tu was Tarik Tali Lelaki. We happened to enter the final jumpak dengan Kumpulan Merah. Untuk round pertama, aku terseret sebab masing masing tak ready lagik. Huru hara jugak lah time tu sebab masing masing nak menang. Tapi, kami bangun. Thanks to le #TeamZorroBiru sebab bagi supports untuk kami. 

So, untuk round kedua, kami berjaya buat markah jadi seri dan round ketiga kami berjaya dan jadi Juara. Sumpah rasa heaven gila dan terharu bila Tasya bagi semangat cakap yang dia sayang semua #TeamZorroBiru. Thanks Thanks Thanks. 

This is always be one of the best-est memories ever

Thanks again to all le teammates sebab tanpa kita semua, we won't got the titled of 'The most cheerful house' dan takkan mungkin dapat hadiah keseluruhan. And finally, we manage to create the other beautiful memories to be share with. :'>

P/s : Its hard to believe that we only have five more weeks to stay with. I am hoping fer a lots and lots more memories to be share with. Please.

Friday, February 1, 2013

Ini Post Tanpa Emosi

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Alhamdulillah. Bangun bangun lepas solat subuh, Azwar masuk bilik, naik katil suruh usha timeline yang berderet deret tweet yang elaun dah masuk. Bangun gosok gosok mata, usha sekeliling. Eh, tak ada apa yang jadi. Semua bilik masih berpenghuni, tak ada suara suara JPK yang suruh pergi senamrobik. ok. puas hati. Ambil kain tuala dan mandi. 

Tunggu si Hanan dan Nadia dekat depan. Naik kereta wira, berhimpit empat orang dekat belakang. harhar. Anwar drive. Aku dihadapan, Hanan, Nadia, Izzu dan Ikmal berhimpit di belakang. Untunglah. Eh. haha. Sampai ke Rumah Budi, disambut oleh Ummi. Baik, ramah, mesra. Itu impression aku ke atas Ummi. Rumah Budi nampak kemas, bersih dan imaginasi aku tentang rumah anak yatim yang aku ingat macam ala ala tak ok dah separuh terhapus. 

Tanya Ummi tentang latar belakang Rumah Budi. Menarik. Ummi bawak jalan jalan sekitar rumah. Sumpah aku teringat zaman sekolah asrama. Rutin kami sama, apa yang kami buat pun sama. Sumpah rindu. Bila dengar kisah anak anak yatim tu, terbit rasa syukur. syukur sebab aku masih ada parents yang selalu ambik berat tentang aku. tentang pelajaran aku. Insaf kami seketika. Macam macam aktiviti yang cuba kami rangkakan. Nak jadikan semua nampak menarik. tak bosan, tak cliche. 

Then, we were heading to Sungai Petani. Oh ya, sepanjang dalam kereta, mula mula semua nampak agak awkward. tapi bila sampai ke akhir, mulalah semua tunjuk belang masing masing. manis. harhar. Dropped by Hanan dengan Nadia dekat Tesco Selatan, kami solat dekat Masjid Tunku Puan. besar. sumpah selesa. Khutbah yang menyentuh soal hudud. sekali lagi isu yang sama dipolitik putar belitkan. hehhs.

Lunch dekat KFC Tesco. Si Nadia diet, yang kami kelaparan. sebelum tu, hantar banner ke kedai. lambat punya akak. Nasib baik jumpak Makcik goreng pisang yang nasihatkan aku supaya belajar balik bahasa Siam yang mana mother's tongue family aku. inspiring. Lepas lunch, pusing pusing tesco. Dapat beli jam. Cecomel aku pakai jam sama dengan Nadia. kami awesome. kihkih

Singgah Al-Ikhsan. Tak ada apa yang nak dibeli. Nadia belek belek seluar, Ikmal dan Izzu belek belek baju. Yang beli, Ikmal. Terserempak dengan geng geng Prelaw. Comel je Hanan bila kena kacau dengan Su. herher. Pergi semula ke Tesco Utara sebab Hanan cakap Selatan mahal dari Utara. ok perempuan. Semua mood dah tak elok. dah tak cantik. Rozek dan bunga manggar masih on searching. Mata meliar cari kedai hantaran. Thanks. nampak kedai sebelah Tesco. lega. semua ada dekat situ. yeayh

Dinner atas Amanjaya. Makan nasik goreng cuma Ikmal berlagak nak makan Sizzling. Nadia masih on diet, Anwar maintain macho. oh ya, Hanan cakap, siapa makan tak habis tak dapat pasangan soleh/solehah. hahahaha. Dia sendiri makan tak habis. oops. Pusing pusing cari hand sock dekat team team takut gelap. 10.00 pm. sampai campus. 

P/s: Ini post tanpa emosi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...