Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Sunday, February 24, 2013

Kelabu.

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Rasa macam lama tak menaip. Bukan tak ada keinginan nak menaip tapi entah. Tak ada nafsu nak tekan butang 'new post' langsung. Beberapa hari yang lalu, terlintas dalam kepala aku tentang pengorbanan. Pengorbanan in term of sanggupkah kita nak berkorban untuk dapatkan sesuatu ataupun demi keredhaan Allah? 

Sejak dua menjak ni, aku sedar yang doa doa aku seolah olah ditolak mentah mentah oleh Tuhan. Aku tahu, aku banyak buat benda melalaikan dan maksiat. Aku tahu yang masa untuk aku fikirkan kebesaran Tuhan sikit sangat. Kadang kadang kita mungkin tak sedar dengan apa yang sedang kita buat dan akan lakukan. Allah itu maha adil. Dia takkan pernah menghampakan umatnya. Tapi, bila kita sendiri yang tak pernah sedar nak berpaut pada rahmat ilahi tersebut, itu memang salah kita.


Bila cakap pasal hati, memang hati ni takkan pernah rasa nak tenang. Mungkin tweet tweet yang kita postkan nampak tenang tapi dalam hati kita sendiri, bergolak entah siapa yang tahu. Duduk tersenyum sinis sambil mata meliar menari mencari entiti yang boleh kita jadikan penyeri diri. Entah. Aku takkan pernah faham dengan diri sendiri. 

Jatuh hati? bukan tak bersedia tapi hati macam tak rela. Kenangan lalu sumpah buat kita rasa tak selesa. takut tangan yang bertepuk cuma mengharap balasan dinding untuk keluarkan bunyi. Tak ada tangan yang menyambut lembut untuk sama sama beriringan keluarkan bunyi. Aku takut hati yang goyah ni akan lagi rapuh dan tak mampu nak berfungsi lagi. 

Malam malam aku, lebih banyak di sini. Esok speaking test untuk the next session. Sumpah aku cuak. Sumpah aku takut otak aku berhenti. Hati sekarang tengah berdegup kencang. Bukan sedang menari tapi lebih menjerit tak henti henti. Terfikir berkali kali, apa yang akan terjadi nanti. bila wajah jarang bersua, bila suara tidak ke telinga. Entah. Aku takut hendak bayangkan masa hadapan. Masa hadapan yang kita sendiri belum pasti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...