Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Friday, February 1, 2013

Ini Post Tanpa Emosi

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Alhamdulillah. Bangun bangun lepas solat subuh, Azwar masuk bilik, naik katil suruh usha timeline yang berderet deret tweet yang elaun dah masuk. Bangun gosok gosok mata, usha sekeliling. Eh, tak ada apa yang jadi. Semua bilik masih berpenghuni, tak ada suara suara JPK yang suruh pergi senamrobik. ok. puas hati. Ambil kain tuala dan mandi. 

Tunggu si Hanan dan Nadia dekat depan. Naik kereta wira, berhimpit empat orang dekat belakang. harhar. Anwar drive. Aku dihadapan, Hanan, Nadia, Izzu dan Ikmal berhimpit di belakang. Untunglah. Eh. haha. Sampai ke Rumah Budi, disambut oleh Ummi. Baik, ramah, mesra. Itu impression aku ke atas Ummi. Rumah Budi nampak kemas, bersih dan imaginasi aku tentang rumah anak yatim yang aku ingat macam ala ala tak ok dah separuh terhapus. 

Tanya Ummi tentang latar belakang Rumah Budi. Menarik. Ummi bawak jalan jalan sekitar rumah. Sumpah aku teringat zaman sekolah asrama. Rutin kami sama, apa yang kami buat pun sama. Sumpah rindu. Bila dengar kisah anak anak yatim tu, terbit rasa syukur. syukur sebab aku masih ada parents yang selalu ambik berat tentang aku. tentang pelajaran aku. Insaf kami seketika. Macam macam aktiviti yang cuba kami rangkakan. Nak jadikan semua nampak menarik. tak bosan, tak cliche. 

Then, we were heading to Sungai Petani. Oh ya, sepanjang dalam kereta, mula mula semua nampak agak awkward. tapi bila sampai ke akhir, mulalah semua tunjuk belang masing masing. manis. harhar. Dropped by Hanan dengan Nadia dekat Tesco Selatan, kami solat dekat Masjid Tunku Puan. besar. sumpah selesa. Khutbah yang menyentuh soal hudud. sekali lagi isu yang sama dipolitik putar belitkan. hehhs.

Lunch dekat KFC Tesco. Si Nadia diet, yang kami kelaparan. sebelum tu, hantar banner ke kedai. lambat punya akak. Nasib baik jumpak Makcik goreng pisang yang nasihatkan aku supaya belajar balik bahasa Siam yang mana mother's tongue family aku. inspiring. Lepas lunch, pusing pusing tesco. Dapat beli jam. Cecomel aku pakai jam sama dengan Nadia. kami awesome. kihkih

Singgah Al-Ikhsan. Tak ada apa yang nak dibeli. Nadia belek belek seluar, Ikmal dan Izzu belek belek baju. Yang beli, Ikmal. Terserempak dengan geng geng Prelaw. Comel je Hanan bila kena kacau dengan Su. herher. Pergi semula ke Tesco Utara sebab Hanan cakap Selatan mahal dari Utara. ok perempuan. Semua mood dah tak elok. dah tak cantik. Rozek dan bunga manggar masih on searching. Mata meliar cari kedai hantaran. Thanks. nampak kedai sebelah Tesco. lega. semua ada dekat situ. yeayh

Dinner atas Amanjaya. Makan nasik goreng cuma Ikmal berlagak nak makan Sizzling. Nadia masih on diet, Anwar maintain macho. oh ya, Hanan cakap, siapa makan tak habis tak dapat pasangan soleh/solehah. hahahaha. Dia sendiri makan tak habis. oops. Pusing pusing cari hand sock dekat team team takut gelap. 10.00 pm. sampai campus. 

P/s: Ini post tanpa emosi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...