Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Wednesday, February 6, 2013

Esteem le self

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Hati rasa tak tenang, rasa sejuk sampai ke tulang, peluh mula menitis sedikit demi sedikit. tu mungkin apa yang di alami oleh mereka mereka yang cepat nervous. Orang selalu bertanya yang macam mana aku boleh konfiden cakap dekat depan. Ekceli, kadang kadang aku sendiri tak dapat lari dari rasa terketar ketar as aku pun manusia biasa. Aku ingat lagi zaman awal awal nak meningkat remaja. Waktu itu, aku rasa yang self-esteem aku tersangat sangatlah rendah. 


Nak bergambar? tak nak. Nka lihat cermin akan imej sendiri pun segan. Apatah lagi nak ke hadapan dan bercakap. Tu cerita masa awal awal mula nak mengenal dunia. Bila dah jumpak rasa yakin pada diri, aku rasa aku mula berani. Berani in terms of doing everything. Ekceli, dalam hidup ini, tak perlu ada rasa malu. Ummi selalu cakap. Malu biar bertempat. Kalau tak kena tempat, itu orang panggil mengada ngada. Kadang kadang, orang mungkin akan salah faham dengan diri kita. We are trying to be our own self. Kritikan yang diterima memang akan menjatuhkan semula semangat kita.

Tapi, ada banyak cara untuk kita abaikan atau vanishkan apa yang dah diorang kata. Percaya pada diri. Mungkin akan ambik masa yang lama tapi at least, kita mencuba. Aku pun tak tahu kenapa tetiba aku bangkitkan isu ni sebab aku update blog tanpa dirancang pun sebenarnya, 

Oh ya, semalam dah dapat Baucar Buku 1 Malaysia. terima kasih kerajaan Malaysia. Dan semalam jugak, aku dah berjaya spendskan RM100 dekat MPH dan terima kasih MPH jugak sebab hadiahkan baucar tambahan RM5. herher. Harini jugak hari untuk aku pulang. Rasa eksaited tu sememangya ada tapi bila fikir fikir balik, entah. ada satu rasa yang sukar untuk ditafsir. harhar

Kertas kerja untuk lawatan ke rumah anak yatim pun Alhamdulillah selesai. 16 March and we chose Rumah Budi Yan. InsyaAllah, banyak program yang dah kami rangkakan. May Allah ease our job in order to make those orphanages be happy. yeay

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...