Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Tuesday, December 25, 2012

Fakta tentang Soalan.

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Macam semalam. ya situasi sekarang sebijik macam semalam punya post dan aku tak teringin pun nak ulang semula apa yang aku dah taip semalam. haha. Cuma, memalam macam ni (ekceli aku dah terfikir benda ni since pagi tadi) aku terfikir beberapa persoalan yang aku macam tertanya tanya ada ke tak jawapannya. Jawapannya mudah. Antara Ya atau Tidak. tiada talian hayat, nada suara mahupun panggilan hangit. eh.

secara separa sedarnya, aku dah lupa apa yang aku terfikir pagi tadik. ya ini serius dan sambil menaip ni pun aku tengah push balik semua fakta fakta yang aku cuba sampaikan tapi sampai tika ketika aku taip ni masih lagi tak dapat nak recall. *sigh*. 

Pernah tak kamu kamu dan kamu terfikir yang apa yang kita rasa betul atau apa yang kita anggap betul selama ni salah?
Pernah tak rasa yang kita ni bukan siapa siapa?
Pernah tak rasa terabai dengan orang sekeliling kita?
Pernah tak rasa sakit hati sampai rasa nak nangis gegila?
Pernah tak rasa rindu tapi kita takut orang yang kita ingat tu tak ingat pun dekat kita?
Pernah tak rasa paranoid dengan apa yang kita buat?
Pernah tak rasa takut terhadap kucing sampai nampak dia lintas pun rasa nak jerit?
Pernah tak rasa kita akan selamat dengan certain certain orang?
Pernah tak rasa menyampah dengan orang sekeliling?
Pernah tak rasa yang diri sendiri tak pernah dapat apa yang kita exactly nak?

And lastly, pernah tak fikir yang apa nasib kita dekat alam sana? 

Secara teorinya, kebanyakkann soalan yang aku taip ni tak resembles pun on what i really think sebab tak ada masa pun nak susahkan hidup setiap hari fikir macam ni. sumpah macam tak ada life je kalau macam tu. cuma kadang kadang, akan terlintas jugak pertanyaan demi petanyaan dalam benak fikiran kita. (cewwah ayat. marvellous).

Soalan soalan atas tu aku cuba tanya sebab aku rasa diri aku normal untuk bertanya pada diri aku sendiri on what really happens around me or even on myself. Betul ke tidakk? (ikut gaya Yasmin Hani). sebab secara analisanya, time aku melepak secara tetap dan berpassport dekat timeline twitter, banyak je tweet tweet yang masuk akal dan ada satu kata kata dari cerreberum aku cakap, 'Oh, selama ni apa yang aku buat, aku fikir tu semua common sense lah kan?' haha.

Aku rasa comel dalam gambar ni. hakhak

tinggalkan soalan soalan tu. Oh ya, tadik keluar dengan Fazreen, Anwar and Azwar. sumpah aku rasa seronok harini. Jimba Jimba jingle bell ho ho ho dekat Jitra Mall. Siapa cakap Jitra tak ada apa? kamu salah hokay *tunjuk penumbuk*. Fazreen and Azwar fetch aku dekat rumah, pergi Jitra Mall. Cari movie yang best dekat kaunter cinema. dan cerita yang menarik perhatian aku waktu tu cuma Life of Pi tapi dah sebab pukul enam baru nak tayang, memang tak lah kan. terus reramai decided nak tengok the Hobbits. Ekceli, aku setuju dengan movie ni sebab kazen kazen yang aku excidentally bumped into pun nak tengok cerita tu.

lepas tu, Fazreen dan Anwar yang acah acah gian menyanyi pun ajak masuk Karaoke box dekat sana. ini pertama kali aku masuk since dia renovates kotak kotak tu. dah lawa. boleh jadi port solat jemaah dah pun. haha. Lagu yang paling terkesan aku rasa lagu Goyang Inul ah. memang mashukkk. puas dengar sambil nyanyi. kihkih. Then, makan lunch dekat atas tu. makanan yang biasa, air yang mahal memang tak bangkit selera. Nasib baik Fazreen pelawa diri sendiri turun elevator belikan coolblog. thanks Ayen

About the movie? Serius best cuma ending dia agak hampeh gua cakap sama lu. gua tunggu itu olang menang lawan naga tapi hampehh. duration agak lama sampai tersedar yang jam dah pukul enam pun tak habis habis lagi. phewh. btw, thanks kawan. nak pinjam quotes Ayen, 'Friends are born not made'. Gua sayang sama lu orang. btw, nanti habis cuti nak pinjam jawapan past year boleh? haha

*Selamanya? insyaAllah*

p/s : macam panjang je post kali ni.

Monday, December 24, 2012

Motif? Tak ada.

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Aku tak tahu kenapa tiba tiba aku boleh tekan butang new post dan masih lagi ragu ragu akan apa yang aku akan taip. Mata aku rasa macam nak tertutup tapi macam ada lidi yang tengah tahan sebab still on digestion process of information. Rumah sunyi sepi. Adik perempuan aku masih lagi giat berskype dengan kawan dia dan aku hanya ditemani dengan bacaan al-Quran dari Notebook yang tak pernah berhenti dari pagi if i am not mistaken. 

Gambar takkan pernah ada kena mengena.
Bis services aku tak renew lagi, masih lagi berada dalam rumah dan secara officially aku bergantung pada system wifi yang cukup memberangsangkan. Nak menonton tivi tiada apa yang mencuit hati sebab parents nampak macam berdegil nak bayar bil Astro and i really thinks that what the hell i am nagging on here. By the way, whatsapp punya group yang ter'create' secara tiba tiba beberapa hari yang lalu nampak aktif dan sebagai owner dan admin satu satunya, saya rasa terharu walaupun sangat tak ada kena mengena. 


Esok mungkin akan keluar dengan rumet rumet dan klasmet yang acah acah caring dan aku terharu sebab mereka nak datang Jitra. kecil tapak tangan, kawah masak gulai kenduri aku tadahkan. eh. Memang post ni nampak macam tak ada motif tapi entah. Cuba anggap yang setiap kata ni macam jigsaw puzzle dan cuba cari apa motif semua ni sebab aku sendiri pun tak pasti. eh

Novel Kelabu tu masih lagi dalam proses penghadaman dan pencernaan. Dapat terima yang dia atau Amir tu Amira dan aku ingat yang novel tu akan nampak lain yang Amira or so called Amir akan bahagia dengan Juliana tapi macam yang dijangka adegan adegan cliche macam dia insaf dan changed to be a girl again sangat dapat dijangka. tetiba teringat babak babak movie Siam, Yes or No. Cakap pasal movie, banyak movie yang aku dah download. yeay yeay. Tak lupa jugak yang Fathin Bazilah pesan. you owe me babe. haha. Mata macam nak suruh aku blah cepat cepat dari sini. so, otak pun dah terima isyarat, cerrebelum dengan cerreberum aku pun dah nampak lampu merah. so. Adios

P/S : semalam Izzu whatsapp aku cakap dia dapat cakap dengan Azzam. aku happy untuk hang dan aku dapat bayang macam mana hang happy. siap tunjuk video semua. heh. walaupun aku tak minat, aku cuba minat dia. aku sokong Azzam. eh. takpe, nanti kita usulkan supaya HICOM ajak dia buat konsert dekat Merbok. harharhar

Saturday, December 22, 2012

Calming a Lion. It's a Mid Sem

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Alhamdulillah, aku tak pernah lupa nak mulakan sesi penaipan dengan praising the almighty. Alhamdulillah jugak, harini aku berjaya bangun pagi awal awal dengan jayanya due to massive headache last night dan Alhamduliillah jugak sebab ramalan demi ramalan manusia yang kononya dah berjaya pegang tugas Tuhan ternyata salah. yeay. Bangun pagi, check notification on Facebook. wah wah wah, ramainya yang berkongsi idea on what should our prestigious club, Prelaw Club do to fill up and collects all the new and fresh memories for this second semester.

Bangun pagi jugak, tekan dashboard blogger. Ramai kengkawan yang dah update blog and i was like tersebak when i read one of the post. dude, you may get a better person. Bak kata Amir dalam novel Kelabu, bila kita dah nampak kebahagian, kita teruskan pencarian walaupun kita tak pasti jalan atau cara yang kita ambik tu betul atau salah. omaigad, im creating a quotes yang aku rasa macam lain je dari line line novel tu. hahaha. abaikan. Harini hari yang ketiga aku dekat rumah secara practicallynya tapu secara realitinya, harini baru hari yang pertama mungkin tapi mungkin tak jadi yang pertama sebab the whole three days semuanya habiskan masa dekat rumah nenek. phewh

Activities? sangat puas hati. mula dengan sesi barbeque, tengok movies dengan le cousin, pergi kenduri kaum kerabat and more. memang tak ada masa untuk aku menelaah pun lagi buat masa sekarang. kihkih. Oh ya, semalam pergi kenduri Muiz dekat Darulaman Golf and Country Club. oklah dapat jumpak Muiz and a few of Pioneer's senior. then, aku nampak ex ex roomates aku. Biawak, Obi dengan Nation. And i was like segan gila nak pergi tegur berdepan. sori wei sori. Mesti kena cop menyombong lepas ni. *lempang tiga kali*

second semester? quite okay from what i really imagined. aku rasa blessed bila dengan kengkawan. cuma memang kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak dan kita sendiri tak mungkin rasa puas hati dengan orang lain. i'm trying to get rid all those silly feelings. aku tak nak benda benda remeh macam ni jadi issue sebab wallahi, aku sayang rumets rumets aku. and for the assignments, i'm still goyang kaki sambil usha sana sini without any improvements. sumpah rasa malas nak macam nak humban diri sendiri dalam lombong. heh

p/s : ayah told me yang JPJ test kali kedua ni on 30 december. memang ponteng kuliah pulak lah kan aku kali ni. fighting fighting. i need that licensed. T.T

Thursday, December 13, 2012

The screaming soul.

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

pecah pecahkan bunyi bunyi dekat jejari cantik. eh. dah lama tak tekan keyboard lappy sambil menyanyi nyanyi riang ria taip satu satu huruf dengan ditemani butang 'capslock' due to a serious typo fever ever. dah dua minggu rasa craving nak menaip dan dua minggu jugak aku rasa yang hidup aku nih cuma masuk bilik, twitter pergi kelas, makan, minum, sembang sembang dan tidur. that routines keeps repeating again and again. And suddenly, i am missing home as much as i am missing this fucking campus when i am in home. haritu tetiba kena sembur dengan Wan Izzati yang ala ala kerek cakap aku ni tak serupa bikin. masa dekat rumah nak balik campus and vice versa. Could you imagined when you are in my tiny and cute shoes. With a lacking of money, the internet connection is extremely hard to be connected and no more Korean stuff yang ala ala cecomel bila tengok. siapa nak hidup macam ni?

i'm trying to face this kind of life as this is the last semester and i really need to strive as much as I can because of my ambitious life that i really wants to be. But suddenly, those feeling which was like sitting on the couch while watching le online movies and dramas on youtube without any buffering and no people can halang halang me at le home really makes my soul cramped and looking for that moments again. sigh

Two weeks i've been in here. macam macam yang dah jadi, macam macam dah lalui. dari sesi half stands sampai terketar ketar lutut, sampailah ke isu panas sekarang, pemilihan presiden asasi undang undang. satu satu satu dan satu drama keeps on the show. aku? ambik popcorn bayangan dan kunyah pelan pelan tunggu scene klimaks bila nak mucul. harhar. As now i am sitting properly in front of Fareed's lappy, tak banyak benda yang aku mampu nak taip. ekceli, aku dah dapat satu cara baru nak simpan all my controversial thoughts. herher. thanks to le smartphones which fer me is really smart excepts when we talks about their batteries. heh. 

Hidup dah mula nak semakin sibuk dan sibuk. assignments and forum are waiting to catch me like a hell. pasrah dan redha. dua kata yang boleh aku imaginekan buat masa sekarang. Takut nak tahu results Muet dan hoping for the best. InsyaAllah.

p/s : test JPJ haritu tak lepas. looking for the other test. Kuatkan hati ni Ya Allah. takmau hatred hatred. please fullfill it with love. acewwah. please contacts me trough le twitter. i am 24/7 be in there. looking forward for this holiday and everything gonna be well. cheers.

Monday, November 26, 2012

Ssangchu Couple. Kumawo. Abaikan

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Jam dah tunjuk pukul tiga lebih lebih. Air mata aku belum kering. semua dah tidur. I just finished up all of Ssangchu's couple episodes. Pernah tak rasa yang bila kita tengok some reality show, kita akan rasa yang kita jadi orang tu atau takpun kita rasa macam orang tu kita dah kenal lama? it happens to me mannn. Entah, it had been a month since i watched the first episodes of this reality show. Aku tangguh tangguh sebab aku rasa nak tengok benda benda macam ni, at least kita perlukan mood yang serba elok dan cantik.


Frankly, aku kenal Hyung Joong was trough the Playful Kiss drama and i really don't have any idea who was Hwang Bo. and honestly, this couple never failed to burst my laugh day by day. Aku rasa macam aku dah jadi saksi diorang punya perjalanan. Yes, program ni dah berlalu empat tahun and i was just discovered this up trough Aireen. 

Dan malam ni dah berjaya sampai episod last. aku tahu yang post nih mengarut dan entah apa apa tapi i feel so much eager to post it. Scene Hwang Bo menangis atas gunung really touched my heart. Hyung Joong was startled. aku baca komen komen penonton. they really felt what i am facing right now. rasa macam hilang some sorts of the things which used to make us laugh again and again. 

Hyung Joon himself doesn't want his wife to be in an improper dress. he really took cares of Hwang Bo. gila sumpah manis. tetiba rasa nak kahwin. haha. entah. ni post yang entah apa apa. ya. entah apa apa. it just resembles what i really feels right now. thanks. Kumawo. *tetiba*

p/s : when you are facing any hard ship, just remember that there is always a laughter after that - Kim Hyung Joong

Saturday, November 24, 2012

Random Weekend. Blast from nowhere.

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

Malam nih memang malam mengundang. Dulu, aku sanggup tinggalkan Si Chrome sebab nak bersama dengan Cometbird. tapi entah tetiba si haprak tu buat hal. terpaksa cari yang baru. kalau ikut hati, nak je aku hempuk hempuk buat tempat bakar ikan. tapi sebab fikirkan harga benda alah ni yang bukan kemain mahal. aku redha sebentar. erk. dah dah. cukup berdrama. ekceli, dari semalam sampai ke pagi sambung pulak ke malam, tak habis habis dengan isu kpop. dari scene yang kononnya baling botol, ke Si Ayuni sampailah ke Planet Matoki. eh

Kalau ikut fikiran aku yang rational lagi bernas ni, memang tak patut pun kalau cik adik Ayuni tu keluarkan statement macam nak sembur satu Malaysia. Dan tak patut jugak orang orang yang ada dekat situ pergi baling apa apa dekat outsiders kalau kita tak suka pun. hei, mana adab dan tatasusila kita? Kita Malaysian man. aku ingat lagi, dulu kalau buat karangan Bahasa Malaysia je, mesti selitkan dengan kata kata 'Malaysia sejak dari zaman Kesultanan Melayu lagi memang terkenal dengan sopan santunnya bla bla bla'. Hei, mana hilang semua tu? tepuk dada, tanya pakcik google. ah abaikan

Dan kalau kita telusuri balik apa masalah dan kenapa benda nih boleh timbul was Taksub. masa reramai tengah bash sana sini. timbul jugak tweet tweet yang cakap pasal kena ada pendakwah and sorts of that. memang itu bagus. Tapi benda yang sama akan timbul kalau ada orang tak boleh terima orang tegur people that we call sorts of that. alah yang pakai kopiah janggut semua tu. tu pun boleh sampai tahap taksub. semua benda yang orang orang macam tu buat semua betul. Maaf, saya nak cakap. dalam akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah, cuma Nabi dan Rasul je maksum. orang orang lain, tinggi mana pun serban dia. tak maksum orang tu. still ada buat salah. 


Oh ya, semalam aku keluar dengan Fahmi, Aireen dengan Hazirah. thanks. even aku memang dah kering pokai tahap gurun sahara. tetap nak keluar jimba. Memang plan nak pergi Sungai Petani. aku ingat dapatlah jumpak dengan Jama atau Qah. tapi tak dak rezekilah pulak. kami keluar empat je. Sampai je dekat Amanjaya Mall tu, masing masing ternganga sebulat suara. besar mall tu. tapi tak ada apa yang menarik pun. sense sense aku kata yang lebih kurang masuk C-Mart Changlun je. heh. Tapi tu mungkin sebab entah. mungkin takdak sebab. Naik atas atas dan atas. sampai dekat Food Republica. kami nih memang kaki makan. kerja mencari tempat makan je setiap kali keluar. heh

Sampai atas tu, cari makanan yang menarik. Mata tertarik dengan kiosk makanan Vegetarian. erm. tak pernah makan dan tak pernah rasa. so, it might be rugilah kan kalau tak rasa. berbekalkan duit seciput tu, terus order dua set nasik. Lauk dia, kari cabbage, Baby Kailan dengan rendang daging. dan yang menariknya, daging tu was made from soy bean. rasa dia sebijik macam daging. kalau macam ni lah, setahun gua jadi vegetarian pun belum tentu berat gua turun. haha


Lepas solat Asar yang memang dah taraf taraf dinosour dah sebab lambat, terus pergi Village Mall sebab Aireen nak makan. Hazirah pulak jenis tak kisah nak makan apa pun. Lepas cucuk duit, ingatkan boleh la makan nasik ke apa. Fahmi ajak masuk kedai Edo Ichi Sushi. Fahmi dah masuk dah. yang aku, Aireen dengan Hazirah teragak agak nak masuk sebab takut mahal. lepas masuk, dia kasi menu. selak selak selak. semua setuju nak makan sushi biasa je. tu yang paling murah. heh. Pilihan Sushi dia letak dalam piring yang ada empat jenis warna yang mana each warna presents different harga. rasa dia boleh la. sedap lah jugak untuk aku yang memang bukan tekak Jepun.

Lepas makan ala ala kadar, aku dengan Fahmi pergi solat Maghrib. sebelum tu, sempat pulak order Nasik Ayam rendang India dekat Chicken Rice Shop. lepas solat, makan nasi ayam lauk hidang lah pulak. sumpah haritu memang hari makan. herher. Aireen ambik ayam masak steam apa ntah, Hazirah ambik daging masa stew mungkin dan ada kerabu taugeh dengan Sawi celur sos. Kali nih makan memang kena selera anak tekak Melayu tegar macam kami. haha


Masing masing sampai rumah pukul sepuluh. entah apa yang jadi lepas tu, wallah hu a'lam. haha. Oh ya, harini Hari Asyura. Selamat Hari Asyura. kekalkan semangat kemenangan tu dalam diri sebab Rasulullah sendiri cakap yang kita lebih layak meraikan hari Asyura daripada orang Yahudi. Alhamdulillah, dapat berpuasa dengan keluarga. yeah yeah. Hadiahkan al-fatihah jugak buat Sayyidina Hussain yang syahid pada hari Asyura. ya Sayyidul syabab. 


p/s : JPJ aku 6.12. sumpah siaww. aku ingat 22 haribulan haritu. sakit hati sakit jiwa. doakan supaya semua dipermudahkan. lama tak bawak kereta manual ni. takut lupa. :'> Budak Matriks dah nak balik. semoga perjalanan sem hadapan secerah yang lepas. Baru lepas print semua notes. alahai banyak. dah la tebal. semakin takut nak hadapi sem baru. ease the whole semester ya Allah. amin amin

Sunday, November 18, 2012

Tahi Ayam Panas

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed


Newsfeed, timeline, dashboard semua dah mula penuh dengan isu isu semasa. kalau dulu bab cinta, pasal hotstuff dan pasal itu ini, sekali lagi macam isu isu yang dulu, penuh dengan isu Gaza. isu yang bagi aku dah cukup lama. isu yang orang dah mula lupa, ingat lupa dan ingat terus lupa.sama macam isu Syria, isu Rohingya dan yang lain lain. tapi yang buat aku nak gelak terbungkam golek kiri kanan was, semua 'kesedaran' tu cuma hangat hangat tahi ayam. Bak kata Mak Lang aku, ntah ntah, tahi ayam lagi hangat dari azam dan semangat kita. aherher.

 

Maal Hijrah baru je beberapa hari lelambai lelambai dekat kita. Macam macam wishlist timbul tenggelam timbul tenggelam dalam minda. wishlist yang lepas lepas, syukur alhamduillah. banyak jugak yang makbul walaupun ada yang agak sipi sipi. untuk wishlist yang akan datang pulak, macam macam dah tersusun dalam gerabak minda. tunggu usaha ja untuk capai matlamat yang mengalahkan gunung keriang yang dok ada. eh

Tadik ada junior tanya dekat aku. pasal isu Gaza. erk. yang aku tahu yang latest ni, pihak Israel nak tangkap atau bunuh Ismail Haniyeh. pemimpin Hamas dan ramai yang terbunuh since satu Muharram haritu. Yang lain, aku samar samar. Nak tahu lebih lebih, TEKAN SINI. oh ya, since hari hari yang lepas, aku nampak penyebaran semula pesanan dari Hassan Nasrallah tu. tak silap aku sejak tahun tahun yang lepas lagi dah tersebar. heh. memang isi kandungan mesej tu bermakna tapi Hassan Nasrallah tu kan Syiah. dan even dalam Muktamar Pas pun dah mintak Harakah stop sebut apa apa yang berunsur Syiah macam Hizbullah dan lain lain. heh

Isu panas semalam was isu doa untuk jatuhkan umat islam yang lain. panas panas. panas timeline semalam. masing masing nak pertahankan apa yang masing masing nak pertahankan. eh. entah la. cuba dengar korek teinga tahan azab bukak sem nanti. mesti ada nak pertahankan benda alah tu. eh

 

p/s : Khamis nih JPJ. insyaAllah. aku tak nak ulang benda alah ni. aku sangat tak suka kalau buat satu benda berulang ulang. mintak simpang. banyakkan doa. mintak Muet lepas. semua dipermudahkan. amin amin amin. *tadah tangan*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...