Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Thursday, May 24, 2012

Islah Nafsi Ya Rabb *Jangan Menitiskan Air Mata*

In the name of Allah the most beloved and beautiful


“Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama.
Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih kuulangi.
Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu menghayatinya.
Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.


Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal. Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.


Aku kata aku ingin mendekatiMu,Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.
Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,Kerana aku insan yang dinodai dosa..Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa




P/s : Kadang kadang aku sedar. aku selalu lalai dalam menurut perintahNya. entah, aku malu dengan segala nikmat yang Allah sudah berikan padaku. Ya Allah, jadikan aku sebaik baik ummatmu. jadikan akhlakku sebaik akhlak kekasihmu. subhanallah. sebak hati aku. Rabbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirotihasah, wa qhina azabannar.

2 comments:

Liyana Izzati said...

Entry yang bagus aidil. Sedih aku.

Unknown said...

sama sama kita jadi hat baik baik naah :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...