In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed.
okey, masa makin berjalan. sedetik demi sedetik. Aku bersyukur sangat sangat dekat Allah sebab dia dah susun hidup aku sebagai Penganggur nih secara Terbaik sekali. Aku cuma mampu ucap thanks to the almighty sebab he gave me a moment to know a few of my superb friends who always I can be counts of. Aku tahu, masa dekat sekolah kita tak serapat sekarang. nak sembang pun aku rasa jarang sekali dekat sekolah. sempat nak hai hai dekat koridor ja aku rasa. tapi, lepas sekolah, hangpa lah tempat aku nak hiburkan hati. masing masing boleh jadi crying shoulder aku, ceriakan moment moment hidup aku.
Hampir lima bulan weh. aku selalu jumpak hangpa. ketawa, sedih semua sekali. entah, aku rasa yang aku boleh fit along dengan hangpa sangat sangat. *lap air mata*
Fauzan Wajdi, aku kenal hang since sekolah rendah. ya, masa sekolah rendah aku rapat dengan hang. aku ingat lagi time kita sama sama pi cari KFC dekat KL time darjah enam. haha. sumpah lawak. time dekat sekolah sains, aku dengan hang macam entah. kawan yang setakat yeay, hai jumpak hang tepi kelas. ahahaha. tapi lepas SPM, aku tak sangka yang aku akan rapat balik dengan hang. thanks sebab hang banyak bagi aku happy. thanks sebab selalu treats aku. thanks sebab selalu jadi driver aku and thanks untuk semua. kalau sehari hang tak buad phone aku berbunyi, aku rasa bosan ja hidup aku. aku suka tengok hang senyum. teruskan senyum weh. hee.
Ameera Aireena, hang pun aku kenal since sekolah rendah. dulu ayah hang cakap aku balak hang. hahaa. sumpah aku nak tergelak. aku akan sentiasa ingat kata kata hang time aku nak pindah pi sains kubang pasu. time tuh hang ada dekat koridor. hang cakap hang akan rindu aku. weh, aku sumpah happy bila tau hang dapat sains kubang pasu jugak. weh, jangan sedih sedih tau. cuba kawal emosi hang, aku tau hang boleh jadi kuat. kalau ada apa apa masalah, hang cari ja kami. insyaAllah, aku akan sentiasa ada untuk hang. aku tak suka kalau kawan kawan aku nanges.
Munirah Nasir, ini entri kedua pasal hang. hee. Mun pun dari sekolah rendah sama-sama dengan aku. ya anda cantik. thanks sebab selalu bagi nasihat dekat aku. aku takkan pernah lupa time aku jatuh dulu. thanks a lot. thanks jugak sebab bagi cekelat free. aku sayang hang sampai bila bila. aku nak mintak maaf sekali lagi kalau aku ada buad hang rasa kecik hati. aku tak pernah terniat pun. again, thanks untuk semuanya.
Afaf Zulfa, dulu dekat sekolah, jarang gila aku cakap dengan hang. Aku kenal hang dekat mespes dan aku takkan lupa bila 1st time aku approach hang dekat kantin. hahaha. aku suka bila hang ada sebab rasa meriah macam mana entah. mulut hang, hahaha. macam bertih jagung. thanks sebab selalu ceriakan suasana. Thanks jugak sebab bawak Eman mi rumah aku. ehem ehem. hahaha. bawak kereta elok elok tahu. cakap nak mai melawat aku nanti. hewhew. thanks weh untuk semuanya.
Syaza Hamnii, wei aku tak sangka yang hang nih sempoi. ahhaha. dulu time dekat SMJ, aku punyalah tak berani tegur hang sebab hang hotsetaf. thanks sebab selalu nak bergedik manja dengan aku. thanks jugak sebab selalu kol rumah aku. aku harap hang akan sentiasa bahagia weh, lupakan perkara lama. hang deserve yang terbaik. Sumpah aku eksaited tadi bila aku jumpak hang. rasa macam nak sembang lama-lama weh. tapi, aku segan la pulak sebab parents kita ada. kita dok mesej macam dok jauh. ahhaha. wehweh, kenangan tuh. thanks untuk semua.
Fahmi Haziq, even aku tak jumpak hang selalu macam depa, tapi hang will be always my great buddies. thanks sebab layan aku dengan Fauzan baik time kami pi rumah hang. hang ja yang akan sentiasa tahu rahsia aku dan fate aku dah macam tertulis dek mulut maisn hang yang macam sial. hahaha. thanks sebab selalu kol aku dan wake up kan aku dengan gosip gosip yang aku dah termissed. aku rindu time dekat sekolah. walaupun hang anggap aku macam Chipsmore kannnn. ahhaha. Moga moga hang selamat di Tanah Haram. doakan yang terbaik untuk kita semua.
Air mata aku terus menitis time aku tulis nih. selama nih, aku selalu avoid nak mention nama kawan kawan yang aku anggap terbaik dari ladang sebab aku takut ada yang terasa. tapi, malam nih entah, aku rasa yang hangpa yang selalu ada untuk aku. kawan kawan yang lain? entah, aku rasa makin jauh dengan depa. jasad depa, bayang lagilah. aku dah tak dapat bau hubungan yang macam dahulu. thanks Allah sebab sediakan aku kawan kawan yang super ohsem.
Allah dah temukan kita pun aku anggap macam hadiah bermakna. mungkin akan ada yang anggap aku saja nak propa. sumpah weh, tadak sekelumit pun rasa macam tuh dalam hati aku. walaupun kita akan pergi belajar jauh antara satu sama lain, aku harap ukhwah dan kemesraan tuh takkan hilang. aku dah paranoid dengan kehilangan. tolong hangpa jangan hilang dari hati aku. Jazakallah hu khairan kathiran. Ana Uhibbu Antum.
"Be with Allah, if He has taken from you that which you could never have imagined losing, and He will give you that which you could never have imagined owning. " - Shaykh Muḥammad Mutawallī al-Shaʿrāwī
O Allah gather our souls in Your paradise.
1 comment:
Nama aku mana nama aku? Kejam sihh takde! Aku harap kau ngan kawan-kwan kau tu sentiasa okay, sentiasa rapat. Sekali shabat selamanya sahabat k!
Post a Comment