In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed
Harini hari terakhir aku dekat rumah. Hari ketiga dan secara jujurnya tulus ikhlas dari hati yang aku tak sanggup nak balik sana. Mungkin akan ada suara suara cakap, 'apa ni. cakap budak sekolah asrama. Takkan tak boleh handle semua ni?' dan jawapannya, 'It was not an easy kalau kita dah tak ada hati on certain certain things.'
Cadangnya hari pertama dah nak mula menulis dekat sini. tapi, tak sempat. Alhamdulillah. Balik kali ni banyak aktiviti yang beri sokongan minda dekat aku. thanks thanks thanks. Hahahaa. By the way, aku balik dari Sungai Petani ke Alor Setar naik bas. dan secara bangganya, aku nak gitau yang tu kali kedua aku naik perkhidmatan awam dan aku sangat sangat tak suka. No wonder yang parents aku lebih prefer diorang datang ambik. sedih aku. dengan bas yang acah acah nak mati tengah jalan, pasangan kekasih yang bermesra nak naik loya atas bas and all the crap seriously makes it becomes worst.
Lepas parents aku fetch dekat Shahab Perdana, terus pergi lunch dekat Kenny. Lepas solat maghrib dengan Isyak dekat Masjid Zahir, kasut aku pulak hilang. hei Tuan Pencuri. kasut aku tu kalau nak banding dengan duit, makan tiga minggu pun cukup tahu. aku tunggu kau dekat akhirat. puih. Terpaksa lah pulak masuk kedai kasut dengan berkaki ayam.
Dan semalam, alhamdulillah. dapat jugak jumpa dengan mereka mereka yang selalu buat aku senyum. thanks le friends. Lepas fetch aku, terus pergi Tesco Mergong sebab Jitra semalam sumpah sesak dengan orang. Lepas makan makan, jenjalan cari buku mana yang berkenan. watapak. buku fixi yang jual dekat Popular cuma Invasi. holy craps.
then, sembang sembang dalam kereta, we were heading to Asun. yeah yeah. Dan benda yang tak disangka sangka had happened. mana tak cuak kalau kereta sikit lagi nak terjunam dalam bendang dan aku jadi saksi depan mata, bawak kereta secara mengundur sejauh 500m dengan jalan yang superkecik dan berselekoh. sumpah macam nak mati. hahaha. nasib baik si abang driver pandai. kalau tak dah menangis si Aireen dekat situ. harhar.
Everything were fine. syukur tahap tingkat ke enam belas. Dan sekarang, aku duduk sambil menghadap laptop. Dalam hati, meronta ronta tak nak balik. Aku tak tahu kenapa dan aku tak mahu tahu kenapa.
P/S : Dear Kawan, please stay by my side. aku tak sanggup nak buka mata keesokan hari kalau apa apa terjadi antara kita semua. aku takut. sumpah aku takut.
Lately, aku selalu mimpi benda yang nampak real. semua seems fine. bila bukak mata, aku masih atas katil dan apa yang terjadi cuma mainan tidur. how i wish that i'll stay in there. I wish and if only I if.
No comments:
Post a Comment