Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Saturday, November 15, 2014

Hang rasa?

Bismillah

Aku bukan pembersih sangat. aku mengaku
Tapi tak adalah sampai nak biar dapur kotor.
Common sense bro. Common sense
Aku tahu ni rumah bujang
Tapi semua based on diri kita
Baju gantung sana sini lepas basuh
Like seriously?
Kita pelajar Universiti. Bukan duduk asrama.
Takpun duduk pusat serenti.
Entah. Malas nak bercakap
Sakit hati pendang sorang diri

#UiTMMockTrialIV

Bismillah.

Went to Shah Alam kelmarin. Alhamdulillah all went well.
Tahniah dekat pihak produksi. Tahniah jugak dekat para pelakon.
Thanks juga dekat Taty sebab secure tempat seat untuk kami as a 'family'
Walaupun kami tak tahu yang hang one of the pelakon that night.
Jujur aku cakap, aku enjoyed the show.
Aku tak tengok Jibril. So, i don't have to compare itu ini.
As what i've said, kalau nak pergi berhibur, you'll get it
Kalau nak perhati content or what the procedure or message,
mungkin ada yang tak puas.

Thanks to Syakir, Ikmal and Amzarul for the warm hospitality (Lah sangat).
Thanks jugak to Izzu even jumpa kejap sangat.
Thanks to Teesha yang drive sana sini, hantar ke KL Sentral.
Thanks jugak Wahida and Taty sebab menggembirakan
Tak lupa jugak Aiza and Aiza yang always jadi kakak kakak yang hebat
Oh lupa si Syifa and Azwar; dua kecik yang mulut macam berteh
And Mummy Dibah also Jiha yang always di hati.

Banyak yang nak ucap. Banyak yang tak tercapai.
Insha Allah jumpa lagi.
memori sampai mati.

Thursday, November 6, 2014

Rosak

Pernah dak hang rasa yang hati hang dah rosak,
bukan maksud nak kata hati sebelum ni baik.
Tapi hati rosak bila nampak atau jumpak orang lain.
Orang yang mana hati hang cuba timbulkan rasa benci,
Orang yang mana hati hang cuba sakitkan diri sendiri.
Entah. Sukar nak baca keadaan diri
Mungkin ada yang kata, cuba hang muhasabah diri
Kalaulah sesenang ungkapan ini, 
Pasti tak ada yang cuba manjauhkan diri, 
Entah. 

Masalah itu ini. 
Setiap hari bukan makin suci
Aku nampak benci, aku nampak beban dalam diri. 
Sampai satu masa, hati aku cuma cakap
Lantak mampus dekat hangpa
Bukan sebab cuba nak menyendiri
Tapi aku rasa itu yang paling aku ingini.

Wednesday, August 27, 2014

The Jejalang

Bismillah.

Alhamdulillah. Results semester kedua aku dah dapat. Syukurlah yang expectation aku walaupun lebih haritu walaupun Allah tak kabulkan, tetap Dia bagi khabar gembira. Haha. Cuti semester pun dah nak habis. Membilang hari je bila akan balik ke Seremban sana. Rancangan untuk bercuti dekat Langkawi pun smooth dengan jayanya. Walaupun pada mulanya, sebelum sampai ke sana banyak sungguh uncertainty. 

Kalau nak ingat ingat balik macam mana aku boleh rapat dan sayang dengan depa, rasa macam tiba tiba. Ya, memang tiba tiba Allah aturkan yang ukhwah kami boleh utuh sampai sekarang walaupun masing masing walaupun dahulunya satu sekolah tapi latar belakang semuanya berlainan. 

Tipulah kalau cakap dulu tak ada rasa tak selesa. Tapi lama lama, gelak tawa, makian, gurauan kasar antara kami macam dah jadi asam garam. Kampus masing masing jauh. Masa nak berjumpa cuma waktu cuti macam ni je lah. Entah bila lagi dapat kumpul ramai ramai walaupun hari tu tak cukup kuota seorang. haha

Tapi, kadang dalam bergurau senda aku percaya ada yang hati sikit terluka. Ada yang hati tak sekebal apa yang kita rasa. Ada yang hati mereka perlu kita jaga. Aku tak nak kalau kalau ukhwah yang aku rasa manis dan best ni rosak sebab kata kata yang kita sendiri pada mulanya suka. 

Insha Allah. Sampai ke anak cucu nanti persahabatan kita.

Monday, August 4, 2014

Yakinlah

Keyakinan pada Allah s.w.t SUDAH PASTI tidak sia-sia.. sebagai hamba kita tidak sepatutnya mempersoalkan tentang takdir Tuhan yang kekadang tidak seperti yang diharapkan.. kerana DIA Maha Mengetahui.. segala yang ditentukan.. pasti terdapat hikmah disebaliknya.. semoga tabah dalam menghadapinya.

"Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: 'Jadilah!' Lalu jadilah ia." - Surah An Nahl; Ayat 40

Saturday, August 2, 2014

Salam Eid

Bismillah

Lamanya tak menulis. dari awal semester sampailah results final pun dah nak keluar.
Bukan apa. mood nak menulis sentiasa hilang. 
Tak ada apa yang menarik untuk dikongsi. mungkin

Musibah. Ramai yang cakap bila musibah atau dugaan tu datang bergolek,
Itu bala. tanda tuhan tak punya redha atas kita. 
Tanda yang hidup ni sudah punya tak ada apa apa. 
Tapi kita selalu lupa yang ujian atau bala tu tanda tuhan itu masih ingat akan kita
Masih ingin dengar luahan rasa. Masih ingin dengar tangis rayu doa kita
Aku kadang terfikir. Memang dijanjikan ujian yang datang itu
Tak berat. Mampu untuk kita pikul. Tapi jauh dalam lubuk hati
Takut rasanya. Takut kalau kalau diri sendiri yang tak mampu
Tak mampu untuk pikul. Tak mampu nak memohon ampun.

Hari Raya dah pun tiba. Ada yang cakap jarak takkan memisahkan. 
Tapi aku mula nampak kata kata orang tu nampak ada benarnya.
Kalau kata sapaan dah tak serupa yang dulu
Kalau kemesraan dah mula hilang diulit waktu
Semua tu benar. Takut yang dulu dah jadi nyata.
Kalau dah cuba tapi diri sendiri yang hampa. Sedih


Thursday, February 27, 2014

Tajdid niat. Mari!

Bismillah

Cuti semester dah nak habis. tinggal a few days je lagi nak bukak semester baru. Tak sempat nak update blog. tak sempat lah sangat. hahahaha. Results semester satu haritu alhamdulillah la ok. cukup dan layak dengan usaha aku yang tak setara mana. 

Urusan rumah sewa pun dah selesai. Sabtu ni pergi sign agreement dan dah mula kena jadi macam orang dewasa. Duduk rumah sewa dengan kawan kawan, pergi kelas sendiri, semua benda buat sendiri. bukan tak biasa tapi situasi dia dah lain. 

Harap harap mula semester baru ni, semangat nak belajar bertambah lagi. Tajdid balik niat nak belajar. kerajaan dah sediakan tempat yang kondusif dan cantik serta selesa untuk kita belajar. Tajdid niat tu penting sebab Allah akan nilai perbuatan kita bermula dengan niat. Sayang kalau tindak tanduk kita bercanggah dengan niat. Allahu

Persahabatan bagi aku macam roda. Kadang kadang rasa ukhwah tu kuat, kadang kadang rasa macam angin yang tiup sipi sipi dekat telinga. Tapi yang pasti, jangan ada ego sampaikan ukhwah tu terputus sebab masing masing tarik tali. nak menangkan ego. Insya Allah. Bak kata Fathin Munirah, takkan ada istilah bekas kawan. Sekali berkawan, kawan selamanya. 

Malam ni dah nak bertolak ke Putrajaya. Dengar kata ada kenduri kahwin area Kuala Lumpur sekali. tak tahulah jadi pergi ke tidak. Last sekali, doakan semuanya baik baik saja. 

Illal liqa'.


Wednesday, February 5, 2014

Double Standard

Manusia jarang nak mengaku kesalahan diri. Kadang kadang, kita tahu yang tindakan salah. Ada dalil, ada bukti yang nyata perihal salah kita. Tapi, kita bersusaha menyanggah. Takut kalau kalau memang kita terbukti salah.

Bagi aku, tak salah untuk kita pertahankan apa juga perbuatan kita. Tapi kalau adanya kata kata tuhan, kata kata pesuruh tuhan yang terang lagi nyata, buat apa kita nak menyanggah? Aku lebih suka dengan cara berbincang. Berbincang dan cuba provoke bagi aku dua benda berbeza. Yelah, kalau berbincang, tone suara kau mendatar. Kata kata kau sedap untuk kita dengar. Tapi bila kau cuba provoke, dalam hati kau cuma kau saja yang benar, kau saja yang menang.

Dalam bercakap pasal double standard, kita akan nampak benda ni widely practised among  our community. Dan mungkin by our ownselves. Dari budak budak sekolah, kawan kawan sekeliling kita, politician waima ahli ahli agama sendiripun. 

Mungkin kau pernah tengok orang sekeliling kau yang pejamkan mata, pekakkan telinga bila orang yang cantik, orang yang good looking buat salah, no one akan take it as an issue. Memang beauty tu depends on orang yang tengok. Tapi akan ada satu jenis cantik yang semua orang akan setuju. cantik rupa, tapi busuk hati, busuk dalaman. Semua orang sama je. tak ada yang berbeza. Katakanlah, yang buat salah tu rupa tak ada, harta lagilah. Allah. sampai tujuh keturunan akan diungkit. tak pernah orang lupa. 

Dalam kalangan ahli agama, lagilah buat kita nak tergelak. As a public youngsters macam aku, aku suka observe apa yang berlaku. Akan ada satu side yang kononya pejuang agama sejati. Pembela ulama. Tapi bila dalam berhujah atau hendak jatuhkan pihak yang tak sebulu, macam macam gelaran diberi kepada ulama pihak sebelah lagi. Kalau macam ni akhlak yang kononya ahli agama, macam mana kita kita yang masih mencari ni nak jumpa apa yang dicari?

Perubahan. Ya, kita perlukn perubahan. Perubahan bukan sesuatu yang mudah. susah sekali. Tapi yang penting, kita kena istiqamah. Cuma menapak satu demi satu untuk mengubah. tak dapat ubah semua, sedikit pun mungkin cukup. insyaAllah



Tuesday, January 28, 2014

Hai 2014

Bismillahhirrahmanirrahim...

Berjaya jugak tekan butan new post after a month aku tak usik benda alah ni. Alhamdulillah. Bukan tak ada benda yang aku nak taip sampaikan dalam tandas pun fikiran aku macam macam melayang. kah!

Dan aku baru sedar yang ni posting pertama untuk tahun 2014. Sempat lagi kan kalau aku nak ucap Happy New Year untuk kome kome semua. Yelah, i've been busy with all my works. Busy dengan benda halimunan yang aku sendiri tak pasti. Semester 1 dah pun berlalu. Final pun dah berakhir. Cuti pun dah almost dua minggu berlangsung. 

Oh ya, aku dah jumpak rumah sewa dekat Seremban sana, Rumah tu seriously okay. kalau ada yang tak suka tu, mesti something wrong dengan mata memasing. hahahaha.

Aku rasa blank. tak tahu apa nak taip. Anggap je ni as kata salam 2014 dari aku. Oh ya, traffic masih berjalan. Adik adik dah mula google pasal course yang diminatilah tu. apa apa pun. illal liqa'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...