Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Saturday, October 17, 2015

My lovely Duff.

It's been a while since my long ago last blogger post. Bukannya tak ada masa tapi tak ada yang menarik untuk aku kongsikan. Last night, my friends and I went to Sunway to celebrate Taty's birthday. Aku dengan Syifa yang jadi undercover team mates untuk make sure Taty tak realize yang we were planning to surprise her. 

Alhamdulillah. everything went well and we manage to surprise her dekat Pak Li Kopitiam Seksyen 13 in Shah Alam. Dalam our way nak ke situ, we suddenly realize that this might be our last meeting session. i mean, for all of us. Kami yang belajar di Seremban dah final year sekarang. we are having a lot of stuff to be done. Research, documentary, project management dan a few more subjects yang aku harap Allah bagi aku kekuatan untuk aku persiapkan. 

Sedar tak sedar, our lovely friendship dah masuk usia hampir 4 tahun. we knew each other during our foundation year. Zaman yang takkan aku lupakan betapa manisnya persahabatan, betapa manisnya ukhwah yang kami jalinkan walau masa yang Allah beri dekat kami cuma setahun untuk saling mengenali. wallahi. tak pernah aku rasa ralat dalam berkenalan dengan hangpa semua. 



Bila difikir balik, semua ni memang nikmat yang Allah bagi untuk raikan diri kita yang tak mungkin kuat kalau kita hidup tak berteman. Walhal Musa sendiri minta Allah jadikan Harun peneman dalam perit getir dakwah, inikan pula kita yang mana hari hari kita jatuh bangun memang benda biasa .

Aku tersentak bila Ismail tanya ke aku.

 'Kau rasa, sampai bila korang akan still celebrating each other's birthday?'

Deep inside, i don't want this to end. i want to cherish everyone in my life (walaupun ada yang persahabatan antara kita mungkin dah rapuh. maafkan aku). Tapi aku memang nak cherish everyone. i'll never forget this ayat from my online friend that i keep repeating it in my blog

'Mana ada ex kawan. Sekali berkawan, selamanya akan kekal sebagai kawan'

Moga Allah berkati kita semua. SEMUANYA




Friday, April 24, 2015

Kitab Lusuh

Bismillah

Lembaran kitab lama itu aku buka. Tasir
Tumpah air mata bila tulisan yang aku dah lama tak bersua.
Tulisan yang dulu acap kali melayang atas kertas di mana mana.
Kitab itu lusuh. catatan nenda (Wan Abdullah) penuh.
Dari muka ke muka aku selak.
Sedih. 14 tahun Allah jemput nendaku pulang ke sana.

Aku tilik almari yang tinggi.
Penuh kitab kitab arab yang aku cuba untuk mengerti.
Pilu. Kitab yang lusuh, tinggi ilmu itu
Tak mampu aku warisi.
Tak mampu aku ambik, sebarkan untuk walau diri sendiri.
Moga Allah cucuri rahmat ke atas nendaku.
Wan Abdullah Al Haj Ibni Wan Ahmad

Wednesday, April 22, 2015

beanie for man?

Bismillah.

I've been home for about three days after went to vacation dekat Langkawi.
This time punya trip was something different sebab i can only spent time with Fahmi not even for a day. hahahha. And he left both of us (Eman and me) dekat pulau ni. Alhamdulillah, banyak ibrah, banyak kenangan dan banyak benda yang i still can look for to struggle myself to become a good man for ummah. 
Btw, aku macam tersuka dengan trend yang aku nampak semakin cool lately. trend apa? pemakaian beanie. as semua orang yang kenal aku tahu, aku tak suka something on my head. rasa macam buruk. rasa macam tak kena sebab i really treasures my hair. ahhahahahha. My head will look round like an apple if i wear those things. Tapi beanie looks diferent. you can style it confidently as dia punya material senang dibentuk. cool kan?


However, for the men yang have no clue on how to make a beanie hat look awesome in anything you wear,aku dah google up how to make it looks good on us!

 The firstly. kadang kadang kita mungkin rasa yang semua pakaian dah kita upload on insta and sometimes we really wants to look really different. To spice up your appearance is by matching your casual tees with a beanie. Selain tu, at least dapat jimat masa nak setting rambut. teringat a few of my friends yang constantly sitting in front of mirror semata mata nak kusutkan rambut. hahahha. Besides that, it makes you look sexy and masculine at the same time which is wonderful to attract the ladies to your direction.


  

Besides that, apa kata kita mix kan beanie dengan formal suits. at least, we can still tone down our appearance dekat event event rasmi. Tapi,takpayah lah bawak ke dalam mesyuarat. tak sesuai lah pulak. hahahaha. but, on our normal days yang kena pakai formal suits, just go with it. cheerio!

Beanie ni comes with many selection of colors. we can choose what color that we want. tambah tambah kalau pakai baju yang gelap. so, we can highlight our appearance dengan beanie yang colourful. Interested me who cannot wait to grab a few beanies can have a look at ZALORA as they offer beanie online for men from various well-known brands. Select the ones which fits your personal style and show it off everywhere you go. 

So, tunggu apa lagi? defo, i will grap one of them soon. let's change the trends. 

Sunday, February 22, 2015

How can you not love them?

I just love all my close friends. It’s like a blessing from God that He send all of them to me. I am still trying my best to jaga ikhtilat but not like too over doing it. Avoiding myself from a non mahram touching and etc etc. And Alhamdulillah, they’re okay with it.

Last night, they asked me what hadiah that i want for my upcoming birthday. Woi. Lagi enam bulan kot. Hahahaha. aku cakap jam. Tapi i really want a tafseer btw.
May Allah tighten this type of love-hate ukhwah. Strengthen our deen and iman. Insha Allah.

Jejalang, Overina, Bitchy, TRC, X-Prelaw and all those whatsapp groups yang aku joined in. 😂😂😂😂😂😂

Tuesday, February 10, 2015

Negaraku

Bismillah

Malam malam, sakit perut. Dari siang sampai ke malam. Rakyat masih lagi cuba jadi hakim negara. Entah. aku tak berapa minat nak bagi ulasan walaupun ada antara sahabat yang cuba paksa aku lontar pandangan. hahahaha

sekarang zaman fitnah. baik kita berdiam. baik kita jangan suarakan apa apa. i myself don't believe in freedom of speech. or maybe apa apa jenis freedom. kaki kita, hati kita hatta jiwa kita akan sentiasa terikat dengan Tuhan. Tuhan yang cipta kita. 

Semalam berbincang tentang betapa baiknya tuhan. betapa sayangnya tuhan dekat kita. Sahabat aku cakap, apa yang Tuhan buat semuanya untuk jadikan kita happy. Everything that He want us to do. or don'ts, all of it just for the sake of us. even untuk kita beribadah, tu pun untuk kebaikan kita. 

Tapi, bagi aku. Kita di dunia untuk pleasekan Allah. ikut apa yang Dia nak, dan we asked Him to grant all our wishes. Kan lagi cantik. Bab hakim negara, biarkanlah dunia ini dengan putaran dia. Biarlah dunia ini dengan sistem ni. Insha Allah.

Sunday, February 8, 2015

Valentines? Biarlah!

Bismillah

Macam biasa, bila nak dekat dengan Valentines ni ramai yang akan stood up. ada yang pros (liberalis) dan ada yang cons (islamis) dengan that so-called-love-day. Dalam tengah scroll scroll atas timeline, aku tertancap dengan tweet rakan baik aku. 

'Such a harmless celebration. Jangan sengaja perbesarkan benda yang kecik. Life dah takdak sangat ka cik kak oi?' (Sorry babe for this quotation. haha)

For a second, aku setuju dengan apa yang dia cuba sampaikan. You can't blame everything on the celebration itself. Most of us linked kan Valentines dengan maksiat. Hello, maksiat boleh jadi bebila masa je. kalau nak bermaksiat waktu bulan Ramadhan, kalau nak bermaksiat pagi Aidil Fitri, maksiat akan tetap berlaku. Apa kata, on that day we cherish all the love yang kita sendiri, manusia manusia yang dah cemarkan atas bumi ni. semai balik rasa kasih dekat everyone. Not only your lover. Tu apa yang hati aku berkata kata lepas read her tweet. setuju!

Tiba tiba, aku teringat dengan satu ayat yang aku selalu dengar. ayat yang aku selalu ingatkan diri aku walaupun aku ni selalu tergelincir. 

Talbis Iblis.

Talbis Iblis atau tipu daya iblis. Look! how iblis make everything looks better. Dia cuba cantikkan mana yang salah. Dia cuba menangkan mana yang nafsu kita mahu. These type of lies from Iblis bukan saja on benda benda yang tak nampak agama. Tapi juga dengan benda yang sengaja di sandarkan pada agama. Entah. kekadang tersenyum sinis. Tersebar tentang teguran a sheikh on maksiat dalam negara yang penyebab bencana. astaghfirullah. it's indeed true. even dosa aku pun antara penyebab murka Allah. tapi, jangan pejam mata dengan benda benda bidaah, benda benda khurafat yang jugak maha berleluasa. 

Teringat pesana Sohibus Samahah Dr Maza dekat rakyat Perlis. Kita tak ada balak, kita tak ada minyak. yang kita boleh pegang sampai bila bila cuma pegang pada Sunnah. ya Allah, semoga aku dan semua tidak terus tergelincir. takut

Tuesday, January 27, 2015

Let it

Bismillah

it's been a while since my last entry.
I am trying my best to follow all my 'new year resolution'.
But, let me buat amendment sikit. hahaha
As i don't think that i am that able to keep posting on this
Like everyday. no way!

Oh ya. dah seminggu dekat Kedah.
Tapi baru sekali hang out dengan kawan kawan.
Hari yang aku offer nak ambik sensorang, asyik tak jadi
Plan nak keluar dengan cousin pun,
alih alih dia keluar seorang diri
i don't know. kenduri Miss Laila pun tak ada siapa yang akan pergi.


Tuesday, January 20, 2015

Semester break

Bismillah

My semester break dah bermula.
and i don't have much activities that i wanna do
Be alone at home is much better.
Untuk kali ni. untuk masa ini
Hati masih ralat pasal paper last haritu.
Tapi Allah bagi aku berkumpul dengan kawan kawan
cukup buat hati yang luka, hilang sakitnya


Monday, January 12, 2015

Tun Abdul Rahman Yaakob

Bismillah

Two more papers and i'll be free.
Tak sabar rasanya nak habiskan mana mana yang tersisa.
Tak sabar rasanya nak nak nak. apa?
Entah. Biarkan ketidaksabaran tu sendiri
Yang datang menerpa. haha
Tadi ada terbaca pasal Allahyarham Tun Abdul Rahman Yaakob.
Wallahi aku tak kenal pun siapa beliau
Aku cuma tahu lepas ada housemate retweet
Lepas beliau pergi berjumpa tuhanNya
Innalillahi wainnalillahi rojiun. 

Aku terbaca. Tersentuh. 
Seorang Umara' yang hatinya hidup dengan sunnah
seorang Umara' yang hidupnya indah
Indah dengan keindahan sunnah
Terbaca wasiat beliau.
Kalau beliau mati, waktu kebumi,
waktu ditinggalkan seorang diri. pastikan semuanya sunnah
Takut beliau akan benda yang menyimpang
Moga kita terus kuat.
Atas jalan yang Allah redha
Jalan yang Nabi redha
Mudah mudahan. slow slow

Friday, January 9, 2015

Jemaah

Bismillah

Aneh bila disebut cintakan rasul,
Jemaah Ya Hanana yang mendabik dada.
Aneh bila disebut cintakan ahlul bait,
Syiah pulak yang bersuka ria.
Aneh. Sumpah aneh
Tadi, sempat jugak aku luangkan masa ke program ceramah.
Yelah. selalu online. dapat yang live,
alhamdulillah tersangat gembira.
Tokoh pulak, insha Allah. Mumtaz ya akhi. haha
Mulakan dengan selawat sambil berdiri
Ya, aku dapat jelingan sinis
Aku bangun, raikan jemaah yang ada.
Entah. Ustaz bawakan contoh para sahabat
Para sahabat dalam mencintai rasul,
masya Allah hebat.
Tak ada tandingnya.

Ibrah yang aku dapat, ikut jejak langkah para sahabat,
Langkah mereka yang Allah redha.
Langkah mereka yang Nabi suka
Ustaz cakap, prinsip sahabat,
Kalau ada yang baik amalnya, sudah para sahabat akan lakukan
Dan aku terdehem.
Kalau kalau yang senyum sinis tadi,
tersipu malu
Moga Allah ampunkan kita
dan tetapkan iman kita
insha Allah

Wednesday, January 7, 2015

Kental ah

Bismillah

Cakap pasal hati, i do notice yang sesetengah orang hatinya rapuh.
I can see on how they reacts on my words,
I can see on how they interacts with things.
Or human being.
Okay. To be honest, i used to be one of them'
It ain't cool okay untuk tiba tiba kau senyap
Senyap yang literally means sentap.
Kalau fikir balik, aku rasa bodoh
Bodoh sebab ikut sangat kata hati. 
Fikir diri sendiri. Too much
Nasib ada kawan yang sedarkan diri
Kalau tak, sampai sekarang, tak dapat berdiri
Berdiri atas kaki sendiri

Nak sadorkan hati ni agar kuat. 
Bukan sadorkan terus sampai tak menangis
Tapi, keep it for certain people,
keep it for certain time. Trust me
Certain time tu macam hang tengok scene sedih dekat tv.
Itu masih acceptable. eh

Back to what i really want to say is
Dalam dunia  realiti. Dalam berdepan karenah itu ini
We have to face dengan kental
Kental dan 'mampus dekat hang'
Belajar teknik ikut kanan, keluar ke kiri
Bila dah lama lama, you'll be amazed
Yang hang bukan lagi hang waktu dulu
And on that time, you can be proud
Sebab hidup hang cuma untuk hang
oh ya. jangan lupa Ikut Quran dan Sunnah. 
Insha Allah

Tuesday, January 6, 2015

Random 3.0

Bismillah

Tak kenyang ke makan daging orang?
Eh. terhantuk kepala bertubi tubi. 
Kadang kadang, bukan nak mengata sangat pun.
Tapi sebab naluri nak bercerita tu tak tertahan tahan.
it was like you must and have to share it
Tambah tambah bila berkumpul
Syaitan mencurah minyak,
Terbakar memana iman yang baru nak tumbuh

Jijik tarbiyyah? lepastu unfollow?
ah. Bukan aku jijik. Tapi aku segan.
Segan dengan account Islamic, 
segan dengan account para ustaz,
yang tiba tiba follow balik aku.
Segan sebab aku masih lagi lagha
Aku cuma perlu sedikit tarbiyah dari kata kata mereka
Tapi mungkin tu rahmat
Rahmat dari atas
Yang suruh aku siap. supaya selamat
Mungkin

Monday, January 5, 2015

Random 2.0

Bismillah.

Sentap bila baca Tarbiah Sentap.
Baca pulak bab ikhtilat. ah silap
Ya Allah menusuk sampai ke qalbu.
Haha. Tapi aku bukannya tak setuju.
Katanya ajnabi tak boleh jadi kawan sebulu
Sebab aku sendiri pilih untuk ukhwah begitu
Tak ada yang runsing, tak ada yang buat iman melayang seribu
Entah. Lain orang, lain pandangnya

Cuba nak berjalan dengan jemaah sunnah
Tapi yang mana sunnah tak terbuat jugak
Tak mengumpat cuma hentuk sendiri dengan batu
Mana yang batil, insya Allah dah lari dulu
Yelah, dah sunnah pun jarang, 
Takkan yang batil pulak nak buat. huhu
Biar seimbang. Kata hati aku yang batu.

Esok paper English.
Muet pun jahanam, masih taktahu malu
pergi sana sini, sentuh pun tak buku.
ah malas, hang pergi jauh jauh ke ulu
Biarkan malam ni, cuma aku
Aku dengan buku.

Sunday, January 4, 2015

Random 1.0

Bismillah

Paper kedua dah pun selesai.
Harap mumtaz lah hendaknya.
Bila cakap pasal duit, siapa yang suka
Tambah tambah bila hujung hujung macam ni,
Rasa duka.
Duit yang ada tak pernah cukup untuk berjimba
haha. bukan tak suka nak kemana.
Tapi i still have to save my money.
Yelah. Duit saku cuma dapat seminggu sekali.
Nak mintak lebih lebih, oh no way.
I know better. 
Tak sabar nak balik
Tak sabar nak dalam bilik sendiri.
Moga yang mana rahmat terus melekat
Moga paper yang lain pun akan ikut mumtaz
Insha Allah

Saturday, January 3, 2015

Fattabiouni

Bismillahirrahmanirrahim.

Nampak tak yang azam pertama dalam post lepas tak capai target?
Nampak tak yang aku perlu amends balik resolution tu?
Aku nak cakap pasal Rasulullah. The best qudwatun hasanah yang kita perlu follow.
Fattabiouni. Apa tu? hahahhah
It can be define as follow me and derives from the ayat;

‘Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu.'

Insha Allah, dekat ikut cara Rasulullah, ikut apa yang ada dalam Quran Karim.
Dan ikut  para sahabat serta mereka dari tiga kurun terbaik, kita akan selamat.
Ingat akan Rasulullah bukan hanya pada satu ketika dan masa. 
Tapi sepanjang hidup kita. 
Moga hidup kita terus dilingkasi iman dan islam,
dan moga taqwa terus menebal. yeay
 

Thursday, January 1, 2015

2015. A HAPPY NEW YEAR

Bismillahirrahmanirrahahim

First January 2015. Alhamdulillah for a new blessing year (hopefully)
Tak sangka yang aku sekarang dah cukup umur untuk sembang politik
Cukup umur untuk tunjuk yang aku sendiri dah matang dalam kenal mana kaca dan mana tahik.
hahaha. Entah. New resolution? Aku sendiri tak tahu nak mula yang mana.
Malam tahun baru aku cuma di rumah. Habiskan di Twitter sambil mata meliar cari nota
Tahun baru bagi aku macam tak ada bawa perubahan. 
Lainlah zaman sekolah. Naik tingkatan. 
Tapi zaman Uni, sambut tahun baru dengan final. 

I'm trying to list a few things that i think i can and able to do for this year. 
Let's start with an easy task first. insha Allah.
Post ni akan dirujuk dari masa ke masa. Mungkin ya dan mungkin tidak.

  1. Posting an entry per day - Dah lama tak post secara banyak banyak. I'm trying to make use this space as i want to write as much memories that i can. like what i used to. Walau tak ada orang yang baca, at least aku sendiri yang akan senyum sinis dengan apa yang aku sendiri taip nanti. 
  2. Renew last seen on Quran everyday - Benda ni memang kena istiqamah. Aku started to take this matter seriously bila ada orang tanya aku; bila last seen hang? and i was like blurred for a while. Alhamdulillah. For this time being, everything still under control. Cuma takut nanti bila dah cuti semester, istiqamah ke mana hilang aku sendiri tak tahu. 
  3. Watching and learning on Islam - Orang cakap, buat apa cari agama dalam internet. Aku faham dengan apa yang depa cuba cakap. Tapi pandai pandai lah pilih channel yang sahih. Macam aku sekarang, aku subscribe channel Dokumentari Kuliah dengan Yayasan Ta'lim. Asatizah asatizah yang sangat berkaliber. Semoga kita semua kembali kepada Quran, Sunnah dan amalan para Sahabat yang sahih. Oyeah
  4. Jaga hati - Hati. Susah nak maintain hati. Allah bolak balikkan sikit, terus membusuk. Aku sekarang ni senang sangat nak annoyed dengan orang. i don't know why. Mungkin aku sendiri rasa tak serasi dengan certain certain orang. Susah woi susah.  Nak kena jaga hati orang memang susah. Jaga hati sendiri, memang lagilah susah.
  5. Kurus - hahahahah. wallahi aku sendiri ragu ragu nak tulis dekat sini.
Before this posting getting more ridiculous, kita hentikan lah.
Moga Allah kuatkan hati hati kita. Tebalkan iman kita.
Moga pengharapan, moga keyakinan kita takkan pudar dan gundah. Moga moga



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...