Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Friday, April 27, 2012

perihal teman

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

perihal kawan, teman atau sahabat. term-term yang selalu menggusarkan setiap isi perut sesiapa sahaja di dunia. entah, hati aku, pundi pundi air mata aku malahan organ organ dalaman aku selalu bergoncang kalau isu ini dibicarakan. ya, bagi aku susah untuk aku clasifikasikan siapa kawan mahupun lawan. sebab bagi aku, siapa-siapa yang pernah tegur aku, semuanya kawan. 

Aku rindu dengan gila-gila hangpa sangat-sangat

bila cakap soal kawan, pastinya terselit rasa sayang dan rindu tatkala masing-masing berjauhan. yeah, senang untuk kita cakap, 'alahai, aku rindu hang' ataupun 'aku sayang hang weh'. senang weh kalau nak cakap. tapi, ikhlaskah dari hati? bagi aku, setiap rindu, sayang yang aku cakap, semuanya realiti. maaf, tak perlu nak berpropa mengenai hati. nanti hati yang sakit luka parah berdarah semula. 

bila aku tengok balik gambar-gambar lama, hati aku terdetik. alangkah baik kalau sekarang nih, semuanya masih sama. masih bergelak ketawa, sakat menyakat. sumpah, aku rindu saat saat itu. aku maksudkan secara keseluruhan sama ada kawan-kawan Intelek mahupun Kupsis. bagi aku, mereka mereka adalah yang istimewa untuk aku. teman dikala aku sedih mahupun bergelak ketawa.

syukur jugak kepada Allah sebab kenalkan aku dengan kawan-kawan yang ohsem saat aku mula membereontak dekat rumah sebab hati aku semakin hari semakin kosong sama ada kawan di alam nyata mahupun maya. bagi aku, kawan ini ada dua untuk kita kelaskan. kawan yang kita sayang dan juga kawan yang sememangnya cuma kawan. entah, ini falsafah kuno yang aku sendiri tak tahu dimana ceruk tetiba peroleh ilham.

akhir sekali, thanks sebab sentiasa ceriakan hari aku walaupun dulu aku tak pernah terbayang akan rapat dan sayang dengan hangpa semua. thanks again. May Allah bless us. Jazakallah hu khairan khatheera. 



p/s : minggu SPM, dan sumpah minggu nih teramatlah penat. alahai. macam seksaan dunia. 

Me and an Atheist about God. Lailaha illallah

In the name of ALLAH, the most merciful and powerful indeed

salam Jumaat dan salam penghulu hari. sekarang nih, macam-macam benda tengah mengalami persoalan dalam minda. aku pun tak faham. perlu ka aku fikir setiap perkara yang jadi depan mata, fikir setiap perkara yang semakin hari buad aku sesak dada. entah, kadang-kadang aku rasa macam dah ada anak sepuluh dan bebini berlaki seratus. fikir dan fikir. ah abaikan, tak perlu aku nak berdemontrasi aman dalam nih. *deep sigh*


semalam bila entah, tengah berchatting dengan super strangers dekat Omegle, tetiba strangers tuh tanya aku satu persoalan. persoalan yang melibatkan akidah dan tauhid daripada seseorang yang mengaku dirinya Atheist. soalan dia simple, 'Kalau semua benda diciptakan tuhan, siapa pula yang mencipta Tuhan?'. aku tergamam. aku mati akal. si dia menyambung, 'Tiada sesiapa yang mampu menjawab persoalan ini, melainkan dia hidup bersama tuhan 2000 tahun yang lalu'. aku mula rasa hairan? bumi yang sudah beribu tahun ini, dikatakan mempunyai tuhan yang menghilang atau mati pada 2000 tahun dahulu? aik aik?

aku lalu mula recall, siapa Tuhan yang dia maksudkan, air liur aku telan dua puluh lima das. aku menjawab, 'Tuhan yang kamu maksudkan itu bukan tuhan. Tuhan yang sebenar adalah entiti yang tidak diketahui rupa dan keberadaanya'. Si dia tiba tiba sahaja panas. lalu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap aku dan agamaku. apakah ini semua? cakap kau Atheis, asal tetiba kau nak baran? aku cuma mampu tersenyum sinis di hadapan Skrin.

hati aku meronta-ronta, inginkan jawapan yang pasti untuk pedoman aku dan juga teman-teman. lalu, aku pantas menaip barisan ayat yang bagi aku cuba sedaya upaya tidak menimbukan sebarang provokasi waima pertelingkahan :

Another guy on Omegle. aku cakap yang aku Muslim. and he told me yang dia an Atheist. aku tanya dia, pasai apa dia jadi Atheist. dia cakap, kalau semua benda tuhan cipta, sapa yang cipta Tuhan. and I was llike clueless. =='

macam-macam saranan jawapan yang aku terima. aku hargai semuanya. tapi yang buad aku macam woah woah incredibly woah bila Aisyah Shakirah kasi hadis daripada Rasulullah :

Dari Abu Huraira, katanya: Berkata Rasulullah sallahu a’laihi wassalam, ‘Manusia akan terus bertanya sehinggalah dikatakan, ‘ Ini diciptakan Allah, maka siapa yang mencipta Allah? Barangsiapa yang mendapati sesuatu dari (soalan) itu, maka katakanlah, ‘Amantu Billah ( Aku beriman kepada Allah)

sangat-sangat buad aku kagum sebab Baginda dah expect yang akan ada yang tanya perihal sifat tuhan. selain Aisyah, alhamdulillah, ada beberapa lagi yang ada beri analogi analogi yang super best 

Aimikatakan kita jawab ‘A’ sebagai pencipta Allah, maka soalan seterusnya yang pasti timbul ialah siapa cipta A? Katakan pula kita jawab “B” yang mencipta ‘A’, maka timbul pula persoalan siapa yang mencipta ‘B”?Akhirnya persoalan ini akan menjadi tidak berkesudahan sampai bila-bila. Persoalan yang tidak berkesudahan ini akhirnya tidak membawa apa-apa manfaat

Syarahaku pnh bca debat imam hanifah, dia pnh brdebat ng sorg kafir ni, kafir tnya spa jdikan Allah? dia jwp, tgk jari kita, sebelum ibu jari xdak jari len, lepas jari kelingking xdak jari len, sama lah konsep dengan Allah

Iskandar : MEmbuat sesuatu mestilah dengan alat yang betul. Kita tidak membuang habuk dalam mata dengan screwdriver. begitulah dengan otak kita. Otak kita tidak dicipta untuk berfikir siapakah dia yang mencipta Pencipta otak kita. Robot yang dicipta untuk mengecat kereta tidak mampu bangun, berdiri pergi ke dapur untuk membuat air. kalau kita mahu berfikir-fikir juga siapa yang cipta Allah gunalah otak yang lain, otak yang kita cipta sendiri sesuai untuk tugas memikir siapa pencipta Allah.
_____________________
Bukan bermakna kita ada tukul besi kita akan mengetuk semua benda yang ada dalam rumah. Bukan bermakna kita ada alat yang boleh mengetuk, kita akan megetuk semua benda. Samada orang itu gila atau bodoh tahap melampau. Bukan bermakna kita ada alat yang boleh berfikir semua benda kita nak fikir.

thanks kawan-kawan sebab bagi jawapan-jawapan yang bernas. sememangnya, persoalan tuhan tidak perlu disoalkan. yang penting cuma kita perlu yakin dan sentiasa percaya dengan kewujudan zat yang esa. 


p/s : aku ada terima pesanan dari sahabat aku. katanya, kalau tak cukup ilmu, jangan berdebat dengan mengenai Akidah. takut kita sesat. Aku faham maksud hang. thanks sebab memberi teguran.

Wednesday, April 25, 2012

Hai Changlun. Hai KMK

In the name of Allah, the most beautiful and precious indeed

lama gila aku tak update lepas jimba-jimba bintang. haahha. ah abaikan semua bintang di langit kerana cahaya mentari bisa menceriakan hati. ekceli, semalam aku memang eksaited nak tahu penempatan Kolej Matrikulasi dengan harapan kemungkinan permohonan aku berjaya menempatkan aku dekat kawasan yang jauh dari Kedah. dalam hati aku, memang aku berharap dapat Penang walaupun memang aku rasa macam tak nak pergi pun untuk program Matriks nih.

bukak-bukak ja web dia, sentap hati aku weh. dia naik


again, hidup aku cuma circulated dekat KUBANG PASU. tudia aih. tapikan, aku oke sebab ramai budak-budak Zenith yang kena campak ke Changlun. so, dari Jitra aku berkelana ke Putat and then Changlun? hahaha. aku rasa aku akan tunggu untuk panggilan ke Universiti. may dreams comes true. Law/Tesl you are mine. If God Wills

Saturday, April 21, 2012

REVOLUSI RAKYAT ATAU ?

In the name of Allah the most merciful and powerful indeed.

PESANAN PENAJA : ini post PARODY. kepada peminat-peminat politikus-politikus realiti. harap maaf. sini bukan tempatnya

Dalam pada kesibukan rakyat SBP94 Jaya mencari-cari biasiswa mahupun scholarship, tetiba ada gerakan beramai-ramai yang inginkan Jemaah Administration menambah kuota bagi kaum Bintang. tika itu, aku masih lagi berjimba-jimba di Twitter. arakian lah bagaiman kaum Bintang inginkan semua pihak bekerjasama dengan mereka. 

Gambar dirampas dan dicilok tanpa kebenaran

pelbagai menifesto telah mereka uar-uarkan. aku yang cuma bertindak sebagai pemerhati bebas cuma mampu menahan air mata dari terus mengalir sambil menekan-nekan perut yang separa kempis. antara menifesto yang cuba dibangkitkan oleh para ahli-ahli Bintang ialah :

1.mendelete post yg bukan2 yg tidak menyeronokkan untuk dibuat perbincangan
2.mengharamkan rasa cinta terhadap lagu2 yg datang dari artis eww seperti JB dan GC
3.memberikan idea yg bernas tentang isu semasa
4.membuat anda semua terhibur dengan kepimpinannya.

lagi sekali, saya mengelap air mata yang yang hampir kering. saya ketawa terbahak-bahak, apa salah Justin Bieber? apa salah Greyson Chance. mungkin mereka bukan dari Bintang. hahahah. 

penyokong-penyokong Jemaah Administration dan para Admin sendiri mula giat mempertahankan kerusi-kerusi yang diyakini mereka. saya amat kagum dengan kebolehan mereka berucap dengan kepantasan yang luar biasa. walau bagaimanapun, sebagai seorang yang cintakan keamanan, saya cuma mampu memberi sokongan dengan bisikan. keadaan menjadi huru hara, SBP94 Jaya yang semakin hari semakin membosankan mulai mendapat tempat sehingga ada yang sanggup lari dari TwitterJaya dan berkampung semula di sana.

saya juga kagum dengan para pemerintah yang cool dalam menhandlekan apa yang berlaku. satu calit-calit saya puji. apakah ini? ah abaikan ==' 

apa yang mendukacitakan saya ialah apabila pertanyaan-pertanyaan penduduk asal yang dahagakan jawapan mula jatuh ditenggelami oleh mereka. keadaan mula reda dan kembali aman. mungkin gara-gara penubuhan NGO dalam kerajaan pimpinan Jemaah Administration yang melancarkan badan berkanun HYGIENE 3.0. mungkin sama sekali.

kini, walaupun sudah semakin mulai sepi, post-post menifesto mereka masih bernyawa. sekian laporan dari wartawan Mustika Ratu. kahkahkahkahkah

*semalam penat aku gelak. macam nak tuntut balik ja semua tenaga aku gelak semalam* 



Wednesday, April 18, 2012

QUICKUPDATE 19.4.2012

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

 

Maybe your first love is the one that sticks with you because it's the only person who will ever receive ALL OF YOU. After that, you learn better. But, most of all, no matter what, a piece of you forever remains left behind in the heart of the one you loved - a piece no future lover could ever get, no matter what. That piece holds innocence, the belief that love really can last forever. It holds friendship and pain, trial and error, that one kiss you'll never forget and that night under the stars you can never get back. It holds youth and everything you thought love would be, everything that was proven WRONG.

QUICKUPDATE

# Malam-malam nih rasa bosan pulak Ya Allah. Petang tadik Farhan ajak keluaq. tapi sayangnya, timing tak betul. petang petang aku nak tengok cerita Cinta Madinah dengan Cinta Buad Emelda. sori noh. kihkih

# Harini sumpah bosan gila. aku kol Farhan bagi excuses, kol Sumay dia tak angkat, kol Fauzan sebab rindu lettew. hahaha, then kol Lydia. amboih, Lydia potpetpotpet bebel kalah nenek aku. hahah. peace yaww

# sedang memromosikan novel karya Shiim Ahmad, tajuk apa entah. sumpah cerita dia best gila. i was like betul betul ada dekat sana. the characters, betul betul hidup. aku macam nak pi cium sorang sorang. kahkahkahkah NAK BACA? TEKAN SINI

# Aimi deactivate fesbuk sebab bergaduh dengan Azeem? wahh, ini epic. kihkihkih, dan kini Aimi bersembunyi di Twitter. alahai


checklist before SHARE/REBLOG/RETWEET

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed


time aku tengah jalan-jalan dekat Tumblr sambil bersiul-siul suka ria atas dashboard, aku nampak benda alah nih. terus aku rasa sebahagian dari aku tersentap. sentap dan menyentap dan terus bertentap. ah abaikan. tapi motif utama dalam post kali nih cuma nak sedarkan diri aku sendiri dan akhowat akhowat sekalian mengenai permasalan ummah ini. 

seperti mana yang dah terpampang dekat atas, aku mengaku, aku kadang-kadang/selalu terbabas dalam bab-bab ini sebab nafsu dan naluri aku selalu cakap, 'aww thats sweet', 'auch, awesome lah depa nih couple', 'waah, gosip retiss, nak kena share dengan geng' and all those stuff. *kesat peluh*

bukannya kita tak perasaan atau tak tahu benda-benda macam nih sebab kita dah Mumayyiz since darjah 3 dan dah baligh serta khatam kelas KAFA. hee. so, this might be a little short post due to remind all of us. its kinda reflection in front of the mirrir for us. cheers. jazakallah

Rather than getting angry because someone corrected you, rather, look at it as Allah has humbled you. If you are wrong, then thank Allah because now you have just learned, what you did not know before.

Monday, April 16, 2012

Tears and hearts, please be calm

In the name of ALLAH, the most merciful and powerful indeed

hplyrikz:

Follow Hp Lyrikz for more!

Air mata aku jatuh balik malam nih. tolonglah Aidil, jangan cepat terasa. hang kena kuat. Aku tak boleh dah nak rely dekat sapa-sapa. everything is about yourself. dulu, kalau hang susah dan pundi-pundi air mata hang nak merembes secara besar-besaran, kawan-kawan akan sentiasa ada. aku faham, lepas SPM nih, semua orang sentiasa sibuk. yang dah masuk Universiti pulak sibuk dengan tutor, assignment and all those stuff. 

kadang-kadang, aku rasa yang air mata aku nih selalu buad aku jadi lemah. entah, aku pun tak pasti. orang selalu nampak aku gembira, tapi hati? aku pun bukan jenis senang nak luah semua benda dekat orang dan aku lebih senang untuk pendam. pendam dalam hati biar terhapus dengan sendiri. tapi, parut yang ingin dipendam, kadang-kdang sengaja dilukakan kembali. kembali berdarah. pedih.

kawan, memang kita takkan selamanya jadi Kawan Baik. lidah lagikan tergigit, suami isteri lagikan bercerai nih kan pulak cuma tali persahabatan. menunggu masa nak putus direntap jarak dan juga masa. entah, manusia boleh datang dan pergi. tapi bagi aku, setiap manusia yang pernah aku jumpak, akan sentiasa meninggalkan jejak dan tapak. walau sakit mana sekalipun hati.

 selama nih, aku sentiasa perlukan beberapa Superman. yang sentiasa ada. tapi, aku akan cuba untuk jadi salah seorang daripada mereka. it is cool isn't it? air mata yang mengalir, biarkan ia terus mengalir. air mata ini akan berhenti bila ia mahu berhenti. tapi aku pasti, air mata ini akan muncul kembali tanpa tarikh, cuma masa yang akan menentukan


INGAT! Hanya DOA mampu mengubah yang logik menjadi tak logik. Yang mustahil menjadi tak mustahil.

Sunday, April 15, 2012

Interview TESL | UiTM Pulau Pinang

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

harini alhamdulilah, dah selesai interview TESL. sumpah penat dengan tidur lewat sebab cari bahan konon-kononnya current issues sambil di interview penginterview-penginteview terlatih dekat skypa. hahaha *faris, azeem ngan maey* =='. abaikan.


ekceli, pagi tadik kami bertolak lepas solat subuh, dalam pukul 6.30 kott. aku naik naik kereta ja memang mata aku pejam terus. bukak-bukak mata. eh, dah sampai penang? kahkahkah. laju sungguh kenderaan beta. sampai ja dekat sana, ada la rasa cuak sikit, alah sikit ja. sebab aku tengok ada budak-budak yang nampak konfiden level depa sumpah tergugat pundi kencing. T.T tapikan, yang pi pakai gaya mat rempit pun ada. gila bapak ah mamat tuh.

sampai ja sana, naik tingkat empat. btw, aku naik lif sekali dengan Iwani. comei gila. sumpah lama tak nampak dia. lepas beratur kami masuk macam satu dewan taklimat kecil. dekat sana, baru dapat tengok dengan jelas muka-muka candidates. nak banding aku dengan depa? macam langit dengan awan. sikit ja kurang, alah dua tiga inci. ==' lepas duduk atas kerusi, panel tuh cakap nak buad test. objective and essay. dengan aku tak bawak pen or any pencils, memang aku cuak. nasib baik aku jenis muka tebal, sanggup pinjam budak sebelah. tahniah kau muka. hee

the questions were quit tough sebab aku dah lama tak terdedah dengan vocabs-vocabs baru. so, there were a few terms yang aku memang tak faham. soalan objectives ada 15 which is all about emoticon and emotions. soalan essay pulak dia tanya pasal the dangers of social network. sumpah aku lack of idea. yelah, bagi aku benda benda nih sepanjang jadi pengonline tegar, tak pulak aku kena santau ka apa. muahhaha. yang buad aku terkejut bila ada budak tuh buad karangan guna tiga sheets of paper. bapak awesome. aku taktahu dia tulis padam ka conteng ka apa. damn.

lepas masa tamat, kami dibahagikan kepada 4 panel dan aku under panel kedua. aku ingat bila panek kedua nih, cepat sikit habis, tapikan tapikan, berkat nama huruf W, aku dapat number last. bayangkan bertapa bebainya aku tara tunggu semua tuh nak habis. btw, aku sempat jumpak Nado dan dua orang kawan baru which is On from Saina which is really looks like Anne and Shahirah from MRSM Kubang Pasu. okey, yang nih comei. kahkah. 

kami tiga sembang macam kenal lama gila. keep gosipping about person that we knows and all stuff. btw, tadik ada kakak tuh baik gila, dia cuba reducekan kecuakan aku dengan tanya a few questions yang kebetulan sama macam dalam bilik panel. untung gila wei. kakak tuh ex-Saina dan dalam persediaan nak pergi Ireland for medic. awesome kak awesome. :D

dalam nak tunggu turn aku, ada makcik nih, muka nampak familiar sangat, anak dia pun sama, so, aku tanya la, laa, rupa-rupanya makcik tuh orang Jitra jugak, anak dia budak SBPI Kubang Pasu kawan Afrina. kecik gila dunia. lepas semua balik, baru nama aku dipanggil. dia cuma tanya pasal myself, hobbies, about MBMMBI, the abolishing of PPSMI and a few other stuff. btw, overall, aku puas hati lah dengan interview tuh. woah woah.


QUICK INFO.
*lepas keluar bilik interview, aku bumped into Iqbal Nordin. memang aku tahupun dia nak pergi, cuma aku lupa gitau aku punya session pagik. sori bro*
*turun lift kebawah, tengok Fahmi Haziq dengan mak dia dok sembang dengan parents aku. he drives from Perlis to Penang baq hangggg. Me so ENVY*
*ekceli, aku still berharap pada Law. ya Allah, please make my dreams comes true. Amiin*

Thursday, April 12, 2012

UiTM TESL interview. tips from seniors

In the name of ALLAH, the most merciful and powerful indeed

*mood bercerita* tadik time tengah jalan-jalan dekat newsfeed, aku nampak Adif cakap dia dapat Temuduga Asasi TESL. aku dengan gagahnya, terus check dekat link yang dia kasi. gila terkejut aku. sebab aku pun dapat jugak. it seems like, i was very shocked at that moment. pergh. yelah, dengan aku letak menatang alah tuh pilihan yang ke4 kott. tapikan, entah aku rasa macam nak terai ja interview nih. Mungkin.

 
 

so, aku ada mintak tips dekat senior-senior sekolah lama dan KUPSiS. thanks a lot wei. TERHARU.

MACAM MANA CARA DEPA INTERVIEW? : interview tu ada 2 sessions writing test dengan speaking writing ada 30 soalan objektif1 soalan essay masa 2 jam speaking dalam 10 minit dia akan tnya soalan wajib cita pasai isu semasa yg hg tau dan bg pendapat hg tentang isu tu yg paling penting dia nk tngok fluent english confidence and personality jgn ckp hg minat bnda lain tp dah dpt interview ni hg mai jugak jgn ckp pasai law ckp ja. BUHONG DEPA KAW2 hg minat gila education hg nk jd ckgu sbb hg suka kongsi ilmu ka apa pandai2 hg la tp mmg hg kena buhong depa terok2 dengan konfiden kacak serta bergaya.

PENEMPATAN BILA DAPAT? ELAUN? :  mngkin shah alam paling dekat melaka FYI hahaha paling jauh pahang omg hg kena bg dapat interview ni !hg bakal menikmati wang sebanyak RM1900 lansam untuk HANG PER SEM

PELUANG PEKERJAAN? : oke ni satu lg benda yg org taktau pasai tesl tesl ada course degree nama English Professional Communicationada Literature and Creative Writing boleh jd publisher boleh business translator secretary bank kerja kat apa tu Ambassador kalau degree TESL bleh jd speech therapist special educator banyak rr lagi ak pn ada course yg ak taktau Journalism pn bleh amek tesl ni blajaq dia relaks compare to other courses kalau minat, faham english blajaq pn best lecturer kat melaka tu smua baik gila2 nnti hg masuk tesl hg akan fall in love with the course seriouss

p/s : yang tuh ja yang aku nak share. thanks sangat2 dekat semua seniors sebab dok layan peel aku. hee. insyaAllah, interview ahad nih. 15.4.2012

Diedit semula tanggal 21 April 2013. Aku perbetulkan ejaan. WARNING! Aku copy paste dari senior, so ejaan memang dia pakai lamsam je. 

I am who I am. HATERS, PLEASE AWAY

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

kepala berpusing 360 °.  dengan kelajuan 200km sejam memang buad aku nak termuntah sambil nak menari bertoggek gaya Mas Idayu pegang microfon T.T . *abaikan*

Kadang-kadang aku tak faham dengan haters haters nih, tak pasal pasal nak hentam aku. tak pasal pasal nak carut aku. padahal aku rasa aku tegur depa pun tak pernah. ni kan pulak nak bermanja nak bergedik sopan. 


Dear Haters,
aku mungkin bukan seorang kawan yang baik sebab aku mengaku, aku cepat naik hangin, aku cepat nak pukul rata dan aku cepat sangat nak gelabah kalau ada something happens. aku juga suka kata orang dekat belakang. aku suka buat ketupat. aku suka makan rendang. aku suka makan nasik himpit. ya memang aku suka.

Dear Haters,
aku memang bukan senior yang baik. aku suka maki hangpa. aku suka suruh hangpa buad yang nuh buat yang nih. aku suruh hangpa sidai baju, sidai spenda, lipat baju, dan aku tau hangpa memang tersiksa duduk dengan aku. aku suka pau makanan hangpa, aku suka sebat hangpa, aku suka piat piat sampai merah pipi hangpa. aku tau aku kejam

Dear Haters,
aku tau yang aku bukan anak yang baik. aku suka bebai. aku suka main perli kasaq. aku suka cari masalah dengan semua orang. aku pun suka mintak macam-macam etc etc

Dear Haters, 
memang hat jahat-jahat semua ada dekat aku. aku tau, memang kalah setan yang buruk tuh. semua salah aku. hangpa-hangpa ja yang baguih, yang cantik, yang molek, yang putih, yang gebu. pendek kata hangpakan malaikat. 

aku tahu, aku pun bukannya baik sangat. kadang-kdang bila aku post benda baik, orang cakap lain. bila aku post benda lagha, macam lain pulak respon dia. aku nih jenis suka hang out. otak aku terbuka. aku boleh ja nak sembang, nak duduk dengan perempuan. sebab aku tau ada batas antara kami yang masih lagi aku avoid. entah. kadang-kadang aku rasa semak dengan orng yang ada dekat alam maya. entah, kalau rasa aku nih semak, boleh remove, nak block aku pun aku tak kisah la wehh. Pfft! 

mydeenoverdunya:

When was the last time you cried like this?

*mood bebai sebab benda nih dah simpan dalam hati lama*
*kalau NAK percaya aku buad kerja-kerja mcam dekat atas tuh, silakan*
*HATERS PLEASE AWAY*

Monday, April 9, 2012

#KenanganDiSBP. never fade

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed


time aku scrolling scrolling dekat dashboard, aku ternampak Aten dengan Nisha update blog. and both of them posting about this school and the batch mate . sumpah, air mata aku tetiba tumpah semula. hati aku cepat hiba bila aku terkenang balik keadaan dalam dorm, dalam kelas dan dekat sekolah khususnya. dua tahun di sana seolah-olah all my teenage entire life was with them. walaupun cuma dua tahun, tapi ukhwah yang dah terjalin seriusly buad pundi-pundi air mata aku cepat ja nak rembes semula air mata. entah, aku tak cukup kuat. Mungkin. *capai pil ubat kuat* 

sebelum habis sekolah, betul cakap Aten, hati aku cuma fikir satu perkara ja. AKU NAK CEPAT HABISKAN SPM. habiskan supaya aku dapat lari dari semua orang yang setiap hari selalu buad aku rasa menyampah dan rasa nak sumpak ramai-ramai jadi batu. *mengucap panjang* tapi, bila 5 bulan dah berlalu, baru aku rasa yang they means a lot. aku syukur sebab aku dapat dormmates yang memahami, classmates yang selalu buad aku ceria and so on. 

beberapa hari yang lalu, aku ada terbaca dekat satu blog junior aku. dia bencikan sekolah nih dan jugak orang sekeliling. dear junior, itu apa yang hang rasa sekarang. daun rasa tuh akan bertukar jadik sesuatu yang hang akan rasa kehilangan. seriusly aku tak tipu sebab aku pun macam hang. *lap hingus*

a few weeks ago, terTrending dekat twitter pasal #KenanganDiSBP. and it was awesome. all of us shares the same memories and thoughts. walaupun aku tak rapat dengan semua orang pada mulanya sebab pelbagai sentimen yang tiba-tiba muncul nak pecah belahkan kami, tapi akhirnya, semua tuh berjaya di hilangkan sehingga tinggal satu entiti yang jadi identiti kami, ZENITH. btw, all those memories can't be written in only a post. let it remains in my hearts. 


p/s : petang tadik hangout dengan geng-geng Havoc. kihkih. thanks Fauzan, Syaza and Aireen. hangpa selalu enlighten my day. wei, jangan ada sapa-sapa merajuk. sentap tau dakk. T.T sapa merajuk lepas nih, aku cubit sorang-sorang. muahhahaa

Sunday, April 8, 2012

cerita KARBALA. robek hati sang putera

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

ekceli, dah lama aku nak tahu pasal riwayat KARBALA tanpa ada sisi berat sebelah sama ada Sunni atau Syiah. dan akhirnya, aku jumpak article nih dari sini . Ada banyak lagu-lahu yang beremo-emo dari puak syiah sama ada dalam bahasa Arab atau Melayu di Youtube yang betul betul buad hati aku hiba. moga-moga kita sentiasa berada di jalan yang lurus. T.T

SANGAT BETUL.

Saidina Hussin dilahirkan di Kota Madinah pada 5 Sya’ban, tahun 4 Hijrah. Perbezaan umur di antara Saidina Hussin dan abangnya Sayyidina Hassan adalah setahun sepuluh bulan. Lahirnya Saidina Hussin turut menambahkan kegembiraan Rasulullah SAW. Baginda yang memberi nama “Hussin” itu yang bermaksud, “Si kecil cantik”.Sewaktu menyambut kelahiran cucu lelakinya yang kedua itu, Rasulullah SAW begitu ceria. Sewaktu memangku cucunya itu, tiba-tiba wajah baginda berubah. Orang-orang yang berada di keliling baginda merasa hairan mengapa wajah baginda tiba-tiba berubah sedih. Rupanya Rasulullah SAW sudah tahu bahwa akhir hidup Saidina Hussin amatlah menyedihkan di mana beliau akan dibunuh dengan kejam.Sebagai cucu yang selalu dipanggil sebagai puteranya, Rasulullah SAW sangat sayang sekali dengan Saidina Hussin. 

Pada suatu hari, ketika masih kecil, Saidina Hussin kelihatan bertengkar dengan abangnya Saidina Hassan di hadapan baginda dan ibu mereka, Siti Fatimah. Perkara seperti itu biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Rasulullah SAW segera menegur Hassan. Siti Fatimah merasa kurang senang melihat sikap Rasulullah SAW menegur seorang saja dari kedua cucunya itu. Maka Siti Fatimah berkata:“Wahai ayah, kenapa menegur Hassan saja?”“Kerana Jibril sudah menegur Hussin,” jawab baginda.Tatkala kecilnya Saidina Hussin selalu berada di sisi datukya, sewaktu baginda sedang mengajar para Sahabat. Maka dia mendapat pelbagai ilmu dan contoh teladan dari datuknya itu secara langsung. Sebagaimana abangnya, Saidina Hussin juga seorang yang cerdik. Dia telah dapat menghafal hadith-hadith Rasulullah semenjak kecil.Saidina Hussin memang ditakdirkan Allah untuk menjadi seorang yang agung di kalangan umat Islam.

 Semenjak kecil, beliau menunjukkan contoh-contoh akhlak yang terpuji sebagai mewarisi sifat-sifat ayah dan datuknya. Semenjak kecil juga, beliau telah menunjukkan sifat berani sebagaimana ayahnya juga. Setelah kewafatan Rasulullah, yakni waktu Saidina Umar Al Khattab menjadi Khalifah, ketika beliau sedang memberi khutbah di mimbar, Saidina Hussin yang masih kanak-kanak telah berkata kepada Saidina Umar dengan beraninya,“Turun engkau dari mimbar ayahku (Rasulullah SAW) dan pergilah berkhutbah di atas mimbar ayahmu.”Saidina Umar yang suka merendah diri menjawab dengan lembut kepada cucu kesayangan Rasulullah itu,“Ayahku tidak mempunyai mimbar seperti ayahmu.”Saidina Umar turun dari mimbar dan mengangkat Sayyidina Hussin untuk duduk di sebelahnya sebelum menyambung khutbahnya. Demikian beraninya Sayyidina Hussin waktu kecilnya.Pembunuhan Sayyidina Hussin di KarbalaDalam hal keberanian, Saidina Hussin melebihi Saidina Hassan, abangnya. Demikianlah yang telah diwariskan dari Rasulullah SAW untuknya. Beliau banyak menyertai peperangan bersama umat Islam.

Sewaktu kewafatan Khalifah Saidina Ali, Sayyidina Hassan telah dilantik sebagai khalifah. Demi menjaga perpaduan umat Islam, akhirnya Saidina Hassan menyerahkan jawatan itu kepada Sayyidina Muawiyah. Saidina Hussin tidak setuju dengan tindakan abangnya itu. Namun karena menghormati abangnya, maka Saidina Hussin mengalah.Sebelum Muawiyah meninggal, beliau telah berwasiat agar anaknya Yazid menggantikan tempatnya setelah dia tiada. Waktu itu Yazid memaksa semua para Sahabat membuat pengakuan taat setia kepadanya. Ketika itu Saidina Hussin telah berangkat meninggalkan Kufah, menuju ke Madinah. Sebenarnya ramai yang tidak setuju dengan perlantikan Yazid itu. Penyokong-penyokong Saidina Hussin mengutus surat kepadanya agar dia kembali ke Kufah untuk dilantik sebagai Khalifah. Penduduk Kufah enggan menerima Yazid sebagai khalifah.Sebelum kembali ke Kufah, Saidina Hussin telah mengantar utusannya untuk menyelidiki apakah benar isi kandungan surat itu. Setelah ternyata ia benar maka Saidina Hussin bersiap-siap untuk membawa kaum keluarganya kembali ke Kufah. 

Saidina Hussin yang sangat baik, tidak sedikit pun menaruh prasangka bahwa suatu yang buruk akan menimpa dirinya dan ahlul bait yang lain.Para Sahabat Rasulullah yang masih hidup ketika itu menasehati Saidina Hussin agar jangan kembali ke Kufah karena keadaan ketika itu sangat bahaya. Kerabatnya yang terdekat iaitu Abdullah bin Abbas telah bersungguh-sungguh mencoba menghalangi Saidina Hussin namun Saidina Hussin tetap dengan pendiriannya. Kemudian Abdullah menasehainya pula agar jangan membawa ahli-ahli keluarga karena bimbang jika apa yang menimpa Khalifah Uthman bin Affan juga akan menimpa Saidina Hussin. Sewaktu Khalifah Uthman dibunuh oleh pemberontak, peristiwa itu disaksikan oleh ahli keluarganya sendiri. Abdullah bimbang jika keluarga dan keturunan Rasulullah SAW akan dibunuh semuanya.Saidina Hussin tetap mau membawa keluarganya bersama. Maka akhirnya rombongan Saidina Hussin yang terdiri dari 72 orang pun berangkat ke Kufah. Kebanyakan anggota rombongan adalah wanita dan kanak-kanak termasuk anak Saidina Hussin iaitu Ali Zainal Abidin yang sedang meningkat remaja.Ada pihak memberitahu Yazid bahwa Saidina Hussin hendak merampas kuasa. Maka Yazid telah menghantar tentaranya untuk menghalangi Saidina Hussin dari dibaiat oleh penduduk Kufah. Ada riwayat yang menyatakan bahwa Yazid cuma mengarahkan tenteranya untuk mengintrogasi, bukan untuk membunuh Saidina Hussin dan keluarganya.

 Namun, apa yang berlaku seterusnya sungguh sangat menyayat hati.Rombongan Saidina Hussin yang seramai 72 orang itu terpaksa berhadapan dengan tentara Yazid sebanyak 4000 orang. Terjadilah peristiwa berdarah di Karbala. Pembunuhan kejam terhadap kaum keluarga Rasulullah SAW di Karbala itu berlaku pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah. Pertempuran itu telah menyebabkan hampir seluruh anggota rombongan Saidina Hussin dibunuh.Pertempuran itu berlaku dari waktu subuh hingga ke waktu Asar. Sungguhpun rombongan Saidina Hussin, kecil jumlahnya namun mereka bermati-matian mempertahankan diri. Dalam perang itu, Saidina Hussin menunjukkan keberanian luar biasa. Walaupun dalam keadaan sulit dan bahaya, beliau sempat mengerjakan solat Zuhur dan Asar.Apabila hampir senja, tinggal beberapa orang saja dari kalangan keluarga Saidina Hussin sedangkan pihak musuh telah kehilangan hampir 1000 orang tentaranya. Pertempuran yang berlangsung begitu lama menunjukkan betapa hebatnya Saidina Hussin dan anak-anak buahnya menentang musuh. 

Akhirnya Saidina Hussin menemui ajalnya apabila sebatang anak panah tiba-tiba mengenai tubuhnya, tepat di bahagian jantungnya. Dalam keadaan berlumuran darah dan amat letih setelah sehari suntuk berperang, Saidina Hussin menghembuskan nafasnya yang terakhir di Padang Karbala itu.Kata-kata terakhir yang diucapkannya,“Oh Tuhan, mereka telah membunuh putera Nabi Mu sedangkan di dunia ini tiada lagi putera Nabi selain aku.”Dalam perang itu mereka yang selamat adalah wanita dan kanak-kanak termasuklah adik Saidina Hussin, iaitu Zainab Al Kubra dan anak Saidina Hussin iaitu Ali Zainal Abidin. Ali Zainal Abidin lah yang menjadi penyambung keturunan Rasulullah. Dia juga nyaris dibunuh tetapi Tuhan mengkehendaki agar bersambungnya keturunan Rasulullah, maka dia selamat.Kepala Saidina Hussin telah dipotong dan dihantar kepada Yazid. Menurut sejarah, Yazid menangis apabila melihat kepala cucu Rasulullah itu. Beliau mengarahkan agar kepala itu dihantar ke Madinah berserta keluarga dan anaknya, dengan upacara kehormatan dan kemuliaan.

 Tubuh Husain dikuburkan di Karbala, sedangkan kepalanya ditanam di Madinah, bersebelahan dengan makam ayah dan ibunya.Demikianlah perginya cucu kesayangan Rasulullah SAW itu. Dia menjadi korban keganasan fitnah oleh golongan yang cinta dunia. Menurut suatu keterangan sejarah, tiada seorang pun dari mereka yang terlibat dalam pembunuhan Saidina Hussin dan ahlul bait di Karbala itu selamat. Allah telah menyegerakan hukuman untuk mereka di dunia lagi. Ada yang mati dibunuh, ada yang jadi buta, ada yang mukanya jadi hitam dan macam-macam lagi. Bahkan ada yang kehilangan kuasanya dalam waktu yang singkat. Mereka berniat untuk membunuh keturunan Rasulullah SAW tetapi Allah menyelamatkan Ali Zainal Abidin, anak lelaki tunggal Saidina Hussin sebagai penyambung zuriat baginda. Dari Ali Zainal Abidin, lahir ramai keturunan yang mulia dan suci ini.

Saturday, April 7, 2012

Foundation in Science? really

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed

ekceli, aku rasa gaban gila. buad shiok bulih dapat asasi sains. hahahha. yelah, aku memang mintak benda alah nih tapikan tapikan, boleh ka aku survive?


so, nak dapatkan kepastian mengenai cara belajaq dan cara kehidupan di rantau orang, aku telah menghubungi cik Dayana Dunian (7A+ 3A). ah gedik nak habaq results cik kak si minah cun nih. muahahah. btw, dayana la tengah ambik asasi engineering dekat sana. :D

so, panggilan pun telah dibuat. gila susah nak dengaq sora minah nih. hampeh, dapat2 ja kol, bertubi-tubi soalan yang dikirim dan dari aku sendiri. *ah gedik gila post kali nih*

so, nih antara a few things that we should knows about Kolej Mara Kuala Nerang

  • makanan telah diprovidekan, makan dekat Dewan Makan macam dekat asrama.
  • elaun bulanan dapat RM100. dia kata, makanan sedap
  • pensyarah semua baik-baik
  • dekat sana, ada dua jenis asasi, iaitu asasi untuk medic dan asasi untuk engineering
  • kalau yang dapat trough permohonan Matrikulasi haritu, yang tuh cuma program untuk accounting sahaja.
  • tandas akademik cantik dan bersih
  • outing boleh pi Aloq Setaq. hahahaha
  • lastly, kira persekitaran pasuma kondusif la. hoho
so, aku pun tak berapa ingat apa yang aku sembang lama-lama dengan dia. muahhahaha. so, kalau nak tahu apa2, cari ja Dayana. hee




be strong. we still love you



In the name of ALLAH, the most merciful and powerful indeed

secara jujurnya, aku rasa aku tak layak pun nak beri kata-kata nih. tapi, sebagai seorang kawan, sahabat dan juga rakan aku rasa macam tak adil kalau aku terus biarkan kawan aku terus berada dalam gelap ketika bersedihan manakala aku terus disinari sinar cahaya kegembiraan.


aku faham perasaan hang. perasaan seperti hilang pertimbangan, hilang graviti yang selama nih selalu jadikan hang kuat dekat dunia. aku pun pernah rasa macam tuh, bila graviti diri kita hilang, diri seperti melayang-layang. yeah, kita semua berhak nak rasa sedih. berhak untuk rasa kecewa. tapi, jangan jadikan rasa kecewa dan sedih tuh memutuskan tali ukhwah yang dah dibina bersama-sama kawan-kawan semua dekat madrasah gembira. 

jangan hang rasa yang kami semua dah tak fikir pasal hang. kami semua sentiasa ambik berat pasal hang. nak hang sentiasa happy. aku cukup-cukup tak setuju bila hang kata sekarang hang tak layak nak kawan dengan kami sebab duduk tak sama rendah, berdiri pun tak sama tinggi. hang salah weh. kawan tuh fungsi dia sentiasa beri dorongan, beri rangsangan. kadang-kadang bila aku dengar orang cakap, 'alah SPM bukan apa-apa pun, hidup panjang lagik', aku pun rasa macam nak bagi penampaq sedaihh pang pang dekat depa. tapikan, apa yang depa cakap bukan nak menjatuhkan. tapi nak bagi perangsang dekat kita untuk terus move on dalam hidup. past is past. takkan adanya mesin masa ala-ala Doraemon yang boleh kembali ke masa lampau.

dear friend, tak ada apa yang perlu disesalkan. apa yang kita tuai dan semai, itulah hasilnya. walaupun segala baja, segala racun rumpai yang telah kita beri untuk dapatkannya merupakan yang terbaik. Tapi bila kemarau antau banjir melanda, we can't say nothing sebab tuh bukan apa yang kita rancang tapi  semua tuh kehendak ilahi. aku yakin, hang boleh untuk terus gapai impian hang. 

KITA HANYA MENTADBIR, TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN TAKDIR

Latly, cuba hang bangkit, anggap apa yang dah berlaku macam mimpi ngeri yang akan hilang bila mata dibuka. alam dan ilmu Allah luas weh. cheers. teruskan senyum. He knows what the best for you.

p/s : Aku percaya pada keajaiban. sebab segalanya mungkin untuk sang pencipta. :D


  

Wednesday, April 4, 2012

Sehelai kain. between obligation and prejudice

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed




erm, tadi time aku berjalan terkedek kedek bagai itik pulang petang dari satu blog ke satu blog yang appears dekat dashboard, aku ada terbaca pasal sehelain kain yang pada masa kini terus-terusan menjadi satu lambang kebanggaan dan juga ketakutan dek kerana fobia dan takut yang tidak ada kena mengena. 


"Ia membebaskan. Ia menindas. Ia sebuah doa. Ia sebuah penjara. Ia melindungi. Ia membinasakan."


Jarang sekali dalam sejarah manusia sehelai kain mempunyai banyak peranan. Terbabit dalam banyak kontroversi. Sering disalah anggap, disalah fahami dan dimanipulasi.Cebisan kecil atau gulungan kain ini adalah tudung Muslimah.Bagi yang bukan Islam, berkemungkinan ia adalah lambang Islam yang paling menonjol, dan yang paling kontroversi. 


Dari Texas ke Paris, ia telah menjadi terkenal dan telah menjadi tumpuan persalah fahaman di tempat kerja, ketika membuat keputusan mahkamah, manakala di Eropah, menjadi perdebatan di Parlimen samada ia harus diharamkan ataupun tidak.Tudung kepala telah mendapat profil yang tinggi akibat dari beberapa faktor termasuk meluasnya kesedaran dan sifat ingin tahu mengenai Islam semenjak 9/11, akibat pencerobohan tentera Amerika Syarikat ke atas negara –negara umat Islam seperti Iraq dan Afghanistan, dan peningkatan komuniti imigran Muslim di Amerika Syarikat dan Eropah.


Ia juga telah diumpamakan sebagai satu magnet yang menambah kepada permasalahan seperti yang dialami oleh seorang penduduk Illinios, Amal Abusumayah yang mendapati bahawa seorang wanita yang tidak senang hati dengan pembunuhan yang terjadi di Fort Hood, Texas telah menarik tudung kepalanya ketika berada di sebuah kedai runcit.


“Barat telah menjadikan tudung satu simbol yang klise tentang penindasan, kezaliman dan ketaksuban umat Muslim, apabila kesemuanya itu tidak berkaitan dengan alasan mengapa wanita-wanita Muslim memakai tudung,” kata Jennifer Heath, pengarang buku “The Veil: Women Writers on Its History, Lore dan Politics.”


Segala tumpuan terhadap tudung kepala telah membuat umat Islam berasa amat kesal kerana keyakinan terhadap agama lebih bererti bagi mereka daripada apa yang dipakai oleh wanita di kepala mereka. Tetapi yang jelas, tudung telah membawa banyak perselisihan faham antara umat Islam. Perdebatan kontemporari mengenainya, walaupun belum menyebar luas, telah menimbulkan persoalan-persoalan fundamental yang berkaitan dengan kemahuan sendiri, status wanita dalam masyarakat, malah, bagaimana mentafsir Al-Quran, kitab suci umat Islam.


dalam al-quran, Allah telah berfirman yang mana mafhumnya, 


Pertama adalah ayat 33:59 yang ditujukan kepada Rasulullah dan keluarganya: “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:” Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu.” [TMQ Al Ahzab(33) : 59]


Manakala, ayat 24:31 pula menyatakan, “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.” [TMQ An Nur(24) : 31]


btw, walaupun terdapat beberapa saranan daripada intelektual dari dalam negara mahupun dari luar negara mengenai perlunya permahaman semula tafsiran al-quran mengenai kewajipan menutup aurat. tapi bagi aku, apa yang Allah dan tentukan adalah yang terbaik. kalau orang Barat boleh berfesyen ala-ala Gaga yang maha pelik lagi bodoh, kenapa wanita Muslim perlu dihalang dari ber'fesyen' mengikut kehendak agama dan yang penting disukai mereka sendiri? 




Malah ia juga satu penyataan fesyen sepertimana Reem Ossama ingin tunjukkan. Dia membuka laci untuk mengambil beberapa keluaran “Hijab Fashion”, sebuah majalah di Kaherah yang dipenuhi dengan gambar-gambar model berpakaian labuh dan sut seluar - kesemuanya dipadankan dengan tudung kepala yang menarik.


“Kami, wanita Muslim, mempunyai fesyen kami tersendiri,” jelas Ossama sambil menyelak-yelak halaman majalah tersebut. “Kamu boleh bertudung dan kelihatan cantik.”


p/s : diedit dan ditokok tambah dari SINI. ahak ahak. 


p/s : tadi pergi main bowling ngan Pojan. walaweii, nampak sorang minahchi sorang nih. pakai baju semua cukup syarat sopan, bertudung, berbaju ala-ala jubah labuh dan nampak sweet persis menantu pilihan dekat mata aku. tapi, pegang pipi, lengan, paha sang jantan. woahh, nak raba-raba pergi tempat lain boleh akak? dengg


p/s : Al-fatihah kepada SHAIMA ALAWADI yang dibunuh kerana berhijab. abaikan mazhabnya. doakan sahaja :')

Monday, April 2, 2012

It needs an effort to change.


In the name of ALLAH, the best and kind
Dah lama aku tak tacing-tacing dalam blog nih. teringat bila Aimi Sairah cakap, awat blog aku selalu sedih-sedih. ngeng. Tapikan kita takkan pernah lari daripada rasa sedih, kecewa. Namun, kadang-kadang aku rasa aku kuat. kuat dalam menyembunyikan setiap rasa hati yang mungkin kadang-kadang aku sendiri sukar memahami. Entah, kadang-kadang suka dalam duka. kadang-kadang mengalir air mata tanpa aku minta. hahhaa. mungkin bila hati bergolak, jiwa pula tanpa disuruh tenangkan hati. Mungkin itu mungkin. *flip kain pelikat lap air mata* 

Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian. Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian. Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat danperangsang kepadamu,Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu. Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu, Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya. Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya. Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian.


Don't Let Me Fall . Thanks again

In the name of Allah, the most precious and beautiful 


Aku tak pernah rasa jemu nak ucap thanks again and again dekat semua makhluk-makhluk yang pernah dan sentiasa ada dengan aku. Walaupun sekarang aku rasa ada jurang antara kita. tapi aku faham. semua sibuk sekarang. sibuk sampai masa antara kita semakin sempit. entah, aku tak pernah menyesal kenal seorang pun dari hangpa semua. Mungkin aku pernah memberontak. inginkan semua ukhwah hancur berkecai. tapi, itu cuma permainan mulut yang sentiasa cemburukan hati. again, takkan pernah ada istilah kawan. sekali berkawan, kawan selamanya. 

ada perkara yang ingin kita buang jauh-jauh.
kita lemparkan ke hujung dunia,
kita hapuskan dari minda dan ingatan.
bukan kerana kita membenci.


tetapi kerana menyedari,

mengingatinya,
hanya membuat kita terikat kepada sebuah kesedihan.
menyimpannya,
hanya membuat kita terkaku pada sebuah angan-angan.


bukan membenci.

bukan berputus asa.
cuma sedar,
ada sesetengah perkara,
memang bukan hak kita.






p/s : Terus terusan memikirkan masa lalu hanya akan membunuh masa depan. Bukankah semua orang berhak diberi kesempatan?” -Melukis Pelangi - Oki Setiana Dewi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...