Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Wednesday, April 4, 2012

Sehelai kain. between obligation and prejudice

In the name of Allah, the most merciful and powerful indeed




erm, tadi time aku berjalan terkedek kedek bagai itik pulang petang dari satu blog ke satu blog yang appears dekat dashboard, aku ada terbaca pasal sehelain kain yang pada masa kini terus-terusan menjadi satu lambang kebanggaan dan juga ketakutan dek kerana fobia dan takut yang tidak ada kena mengena. 


"Ia membebaskan. Ia menindas. Ia sebuah doa. Ia sebuah penjara. Ia melindungi. Ia membinasakan."


Jarang sekali dalam sejarah manusia sehelai kain mempunyai banyak peranan. Terbabit dalam banyak kontroversi. Sering disalah anggap, disalah fahami dan dimanipulasi.Cebisan kecil atau gulungan kain ini adalah tudung Muslimah.Bagi yang bukan Islam, berkemungkinan ia adalah lambang Islam yang paling menonjol, dan yang paling kontroversi. 


Dari Texas ke Paris, ia telah menjadi terkenal dan telah menjadi tumpuan persalah fahaman di tempat kerja, ketika membuat keputusan mahkamah, manakala di Eropah, menjadi perdebatan di Parlimen samada ia harus diharamkan ataupun tidak.Tudung kepala telah mendapat profil yang tinggi akibat dari beberapa faktor termasuk meluasnya kesedaran dan sifat ingin tahu mengenai Islam semenjak 9/11, akibat pencerobohan tentera Amerika Syarikat ke atas negara –negara umat Islam seperti Iraq dan Afghanistan, dan peningkatan komuniti imigran Muslim di Amerika Syarikat dan Eropah.


Ia juga telah diumpamakan sebagai satu magnet yang menambah kepada permasalahan seperti yang dialami oleh seorang penduduk Illinios, Amal Abusumayah yang mendapati bahawa seorang wanita yang tidak senang hati dengan pembunuhan yang terjadi di Fort Hood, Texas telah menarik tudung kepalanya ketika berada di sebuah kedai runcit.


“Barat telah menjadikan tudung satu simbol yang klise tentang penindasan, kezaliman dan ketaksuban umat Muslim, apabila kesemuanya itu tidak berkaitan dengan alasan mengapa wanita-wanita Muslim memakai tudung,” kata Jennifer Heath, pengarang buku “The Veil: Women Writers on Its History, Lore dan Politics.”


Segala tumpuan terhadap tudung kepala telah membuat umat Islam berasa amat kesal kerana keyakinan terhadap agama lebih bererti bagi mereka daripada apa yang dipakai oleh wanita di kepala mereka. Tetapi yang jelas, tudung telah membawa banyak perselisihan faham antara umat Islam. Perdebatan kontemporari mengenainya, walaupun belum menyebar luas, telah menimbulkan persoalan-persoalan fundamental yang berkaitan dengan kemahuan sendiri, status wanita dalam masyarakat, malah, bagaimana mentafsir Al-Quran, kitab suci umat Islam.


dalam al-quran, Allah telah berfirman yang mana mafhumnya, 


Pertama adalah ayat 33:59 yang ditujukan kepada Rasulullah dan keluarganya: “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:” Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu.” [TMQ Al Ahzab(33) : 59]


Manakala, ayat 24:31 pula menyatakan, “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.” [TMQ An Nur(24) : 31]


btw, walaupun terdapat beberapa saranan daripada intelektual dari dalam negara mahupun dari luar negara mengenai perlunya permahaman semula tafsiran al-quran mengenai kewajipan menutup aurat. tapi bagi aku, apa yang Allah dan tentukan adalah yang terbaik. kalau orang Barat boleh berfesyen ala-ala Gaga yang maha pelik lagi bodoh, kenapa wanita Muslim perlu dihalang dari ber'fesyen' mengikut kehendak agama dan yang penting disukai mereka sendiri? 




Malah ia juga satu penyataan fesyen sepertimana Reem Ossama ingin tunjukkan. Dia membuka laci untuk mengambil beberapa keluaran “Hijab Fashion”, sebuah majalah di Kaherah yang dipenuhi dengan gambar-gambar model berpakaian labuh dan sut seluar - kesemuanya dipadankan dengan tudung kepala yang menarik.


“Kami, wanita Muslim, mempunyai fesyen kami tersendiri,” jelas Ossama sambil menyelak-yelak halaman majalah tersebut. “Kamu boleh bertudung dan kelihatan cantik.”


p/s : diedit dan ditokok tambah dari SINI. ahak ahak. 


p/s : tadi pergi main bowling ngan Pojan. walaweii, nampak sorang minahchi sorang nih. pakai baju semua cukup syarat sopan, bertudung, berbaju ala-ala jubah labuh dan nampak sweet persis menantu pilihan dekat mata aku. tapi, pegang pipi, lengan, paha sang jantan. woahh, nak raba-raba pergi tempat lain boleh akak? dengg


p/s : Al-fatihah kepada SHAIMA ALAWADI yang dibunuh kerana berhijab. abaikan mazhabnya. doakan sahaja :')

4 comments:

aira shahira azmi said...

uish,husband die kot?haha..btw,nice entry!

naabilaahh said...

like!!
lagipunn kalau nk kata tudung tu satu beban, suka hati org la nk pakai ke tak...tak payah nk haramkan tros..propaganda yahudi jer..mcm haremm..haktuih! =P

Unknown said...

bukan hasben aku rasa. sebab keluar ramai2. mcm kawan sekolej ja. :D hahhaa

Unknown said...

betul betul. kata hak kebebasan nak buad apa saja. just let them wears the veil. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...