In the name of Allah, the most precious and beautiful
Aku tak pernah rasa jemu nak ucap thanks again and again dekat semua makhluk-makhluk yang pernah dan sentiasa ada dengan aku. Walaupun sekarang aku rasa ada jurang antara kita. tapi aku faham. semua sibuk sekarang. sibuk sampai masa antara kita semakin sempit. entah, aku tak pernah menyesal kenal seorang pun dari hangpa semua. Mungkin aku pernah memberontak. inginkan semua ukhwah hancur berkecai. tapi, itu cuma permainan mulut yang sentiasa cemburukan hati. again, takkan pernah ada istilah kawan. sekali berkawan, kawan selamanya.
ada perkara yang ingin kita buang jauh-jauh.
kita lemparkan ke hujung dunia,
kita hapuskan dari minda dan ingatan.
bukan kerana kita membenci.
tetapi kerana menyedari,
mengingatinya,
hanya membuat kita terikat kepada sebuah kesedihan.
menyimpannya,
hanya membuat kita terkaku pada sebuah angan-angan.
bukan membenci.
bukan berputus asa.
cuma sedar,
ada sesetengah perkara,
memang bukan hak kita.
p/s : Terus terusan memikirkan masa lalu hanya akan membunuh masa depan. Bukankah semua orang berhak diberi kesempatan?” -Melukis Pelangi - Oki Setiana Dewi
No comments:
Post a Comment