In the name of ALLAH, the most merciful and powerful indeed
Air mata aku jatuh balik malam nih. tolonglah Aidil, jangan cepat terasa. hang kena kuat. Aku tak boleh dah nak rely dekat sapa-sapa. everything is about yourself. dulu, kalau hang susah dan pundi-pundi air mata hang nak merembes secara besar-besaran, kawan-kawan akan sentiasa ada. aku faham, lepas SPM nih, semua orang sentiasa sibuk. yang dah masuk Universiti pulak sibuk dengan tutor, assignment and all those stuff.
kadang-kadang, aku rasa yang air mata aku nih selalu buad aku jadi lemah. entah, aku pun tak pasti. orang selalu nampak aku gembira, tapi hati? aku pun bukan jenis senang nak luah semua benda dekat orang dan aku lebih senang untuk pendam. pendam dalam hati biar terhapus dengan sendiri. tapi, parut yang ingin dipendam, kadang-kdang sengaja dilukakan kembali. kembali berdarah. pedih.
kawan, memang kita takkan selamanya jadi Kawan Baik. lidah lagikan tergigit, suami isteri lagikan bercerai nih kan pulak cuma tali persahabatan. menunggu masa nak putus direntap jarak dan juga masa. entah, manusia boleh datang dan pergi. tapi bagi aku, setiap manusia yang pernah aku jumpak, akan sentiasa meninggalkan jejak dan tapak. walau sakit mana sekalipun hati.
selama nih, aku sentiasa perlukan beberapa Superman. yang sentiasa ada. tapi, aku akan cuba untuk jadi salah seorang daripada mereka. it is cool isn't it? air mata yang mengalir, biarkan ia terus mengalir. air mata ini akan berhenti bila ia mahu berhenti. tapi aku pasti, air mata ini akan muncul kembali tanpa tarikh, cuma masa yang akan menentukan
INGAT! Hanya DOA mampu mengubah yang logik menjadi tak logik. Yang mustahil menjadi tak mustahil.
2 comments:
chill bro :) . hehe . sorg hilang , sepuluh dtg , insyaAllah . setiap pertemuan ade perpisahan .
thanks wei :')
Post a Comment