Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Monday, April 2, 2012

It needs an effort to change.


In the name of ALLAH, the best and kind
Dah lama aku tak tacing-tacing dalam blog nih. teringat bila Aimi Sairah cakap, awat blog aku selalu sedih-sedih. ngeng. Tapikan kita takkan pernah lari daripada rasa sedih, kecewa. Namun, kadang-kadang aku rasa aku kuat. kuat dalam menyembunyikan setiap rasa hati yang mungkin kadang-kadang aku sendiri sukar memahami. Entah, kadang-kadang suka dalam duka. kadang-kadang mengalir air mata tanpa aku minta. hahhaa. mungkin bila hati bergolak, jiwa pula tanpa disuruh tenangkan hati. Mungkin itu mungkin. *flip kain pelikat lap air mata* 

Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian. Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian. Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat danperangsang kepadamu,Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu. Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu, Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya. Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya. Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian.


2 comments:

atenmunirah said...

kao update neyh memang betul2 terkena kat aq:')

Unknown said...

ermm :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...