Namun saat DIA mengkehendaki kita berjauhan, Kerana DIA menginginkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA yang lemah, Kerana DIA mengetahui tentang masa hadapan kita, Maka saat kita berselisih di jalanan, Kita pun tak akan menyedarinya. Dan itulah kehendak dan aturan Tuhan.

THE PENGIKUT

Saturday, April 7, 2012

be strong. we still love you



In the name of ALLAH, the most merciful and powerful indeed

secara jujurnya, aku rasa aku tak layak pun nak beri kata-kata nih. tapi, sebagai seorang kawan, sahabat dan juga rakan aku rasa macam tak adil kalau aku terus biarkan kawan aku terus berada dalam gelap ketika bersedihan manakala aku terus disinari sinar cahaya kegembiraan.


aku faham perasaan hang. perasaan seperti hilang pertimbangan, hilang graviti yang selama nih selalu jadikan hang kuat dekat dunia. aku pun pernah rasa macam tuh, bila graviti diri kita hilang, diri seperti melayang-layang. yeah, kita semua berhak nak rasa sedih. berhak untuk rasa kecewa. tapi, jangan jadikan rasa kecewa dan sedih tuh memutuskan tali ukhwah yang dah dibina bersama-sama kawan-kawan semua dekat madrasah gembira. 

jangan hang rasa yang kami semua dah tak fikir pasal hang. kami semua sentiasa ambik berat pasal hang. nak hang sentiasa happy. aku cukup-cukup tak setuju bila hang kata sekarang hang tak layak nak kawan dengan kami sebab duduk tak sama rendah, berdiri pun tak sama tinggi. hang salah weh. kawan tuh fungsi dia sentiasa beri dorongan, beri rangsangan. kadang-kadang bila aku dengar orang cakap, 'alah SPM bukan apa-apa pun, hidup panjang lagik', aku pun rasa macam nak bagi penampaq sedaihh pang pang dekat depa. tapikan, apa yang depa cakap bukan nak menjatuhkan. tapi nak bagi perangsang dekat kita untuk terus move on dalam hidup. past is past. takkan adanya mesin masa ala-ala Doraemon yang boleh kembali ke masa lampau.

dear friend, tak ada apa yang perlu disesalkan. apa yang kita tuai dan semai, itulah hasilnya. walaupun segala baja, segala racun rumpai yang telah kita beri untuk dapatkannya merupakan yang terbaik. Tapi bila kemarau antau banjir melanda, we can't say nothing sebab tuh bukan apa yang kita rancang tapi  semua tuh kehendak ilahi. aku yakin, hang boleh untuk terus gapai impian hang. 

KITA HANYA MENTADBIR, TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN TAKDIR

Latly, cuba hang bangkit, anggap apa yang dah berlaku macam mimpi ngeri yang akan hilang bila mata dibuka. alam dan ilmu Allah luas weh. cheers. teruskan senyum. He knows what the best for you.

p/s : Aku percaya pada keajaiban. sebab segalanya mungkin untuk sang pencipta. :D


  

2 comments:

atenmunirah said...

ujian dari kekasih tu.sabar.kuat.tu je ubat dye.Dia bagi ujian sebab Dia sayang kat kawan kao tu:)

KiKiHanakO said...

sabar lah menghadapi ujianNYA.


btw, nice blog..nice song!!! i likeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...