In the name of ALLAH, the most merciful and powerful indeed
salam Jumaat dan salam penghulu hari. sekarang nih, macam-macam benda tengah mengalami persoalan dalam minda. aku pun tak faham. perlu ka aku fikir setiap perkara yang jadi depan mata, fikir setiap perkara yang semakin hari buad aku sesak dada. entah, kadang-kadang aku rasa macam dah ada anak sepuluh dan bebini berlaki seratus. fikir dan fikir. ah abaikan, tak perlu aku nak berdemontrasi aman dalam nih. *deep sigh*
semalam bila entah, tengah berchatting dengan super strangers dekat Omegle, tetiba strangers tuh tanya aku satu persoalan. persoalan yang melibatkan akidah dan tauhid daripada seseorang yang mengaku dirinya Atheist. soalan dia simple, 'Kalau semua benda diciptakan tuhan, siapa pula yang mencipta Tuhan?'. aku tergamam. aku mati akal. si dia menyambung, 'Tiada sesiapa yang mampu menjawab persoalan ini, melainkan dia hidup bersama tuhan 2000 tahun yang lalu'. aku mula rasa hairan? bumi yang sudah beribu tahun ini, dikatakan mempunyai tuhan yang menghilang atau mati pada 2000 tahun dahulu? aik aik?
aku lalu mula recall, siapa Tuhan yang dia maksudkan, air liur aku telan dua puluh lima das. aku menjawab, 'Tuhan yang kamu maksudkan itu bukan tuhan. Tuhan yang sebenar adalah entiti yang tidak diketahui rupa dan keberadaanya'. Si dia tiba tiba sahaja panas. lalu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap aku dan agamaku. apakah ini semua? cakap kau Atheis, asal tetiba kau nak baran? aku cuma mampu tersenyum sinis di hadapan Skrin.
hati aku meronta-ronta, inginkan jawapan yang pasti untuk pedoman aku dan juga teman-teman. lalu, aku pantas menaip barisan ayat yang bagi aku cuba sedaya upaya tidak menimbukan sebarang provokasi waima pertelingkahan :
Another guy on Omegle. aku cakap yang aku Muslim. and he told me yang dia an Atheist. aku tanya dia, pasai apa dia jadi Atheist. dia cakap, kalau semua benda tuhan cipta, sapa yang cipta Tuhan. and I was llike clueless. =='
macam-macam saranan jawapan yang aku terima. aku hargai semuanya. tapi yang buad aku macam woah woah incredibly woah bila Aisyah Shakirah kasi hadis daripada Rasulullah :
Dari Abu Huraira, katanya: Berkata Rasulullah sallahu a’laihi wassalam, ‘Manusia akan terus bertanya sehinggalah dikatakan, ‘ Ini diciptakan Allah, maka siapa yang mencipta Allah? Barangsiapa yang mendapati sesuatu dari (soalan) itu, maka katakanlah, ‘Amantu Billah ( Aku beriman kepada Allah)
sangat-sangat buad aku kagum sebab Baginda dah expect yang akan ada yang tanya perihal sifat tuhan. selain Aisyah, alhamdulillah, ada beberapa lagi yang ada beri analogi analogi yang super best
Aimi : katakan kita jawab ‘A’ sebagai pencipta Allah, maka soalan seterusnya yang pasti timbul ialah siapa cipta A? Katakan pula kita jawab “B” yang mencipta ‘A’, maka timbul pula persoalan siapa yang mencipta ‘B”?Akhirnya persoalan ini akan menjadi tidak berkesudahan sampai bila-bila. Persoalan yang tidak berkesudahan ini akhirnya tidak membawa apa-apa manfaat
Syarah : aku pnh bca debat imam hanifah, dia pnh brdebat ng sorg kafir ni, kafir tnya spa jdikan Allah? dia jwp, tgk jari kita, sebelum ibu jari xdak jari len, lepas jari kelingking xdak jari len, sama lah konsep dengan Allah
Iskandar : MEmbuat sesuatu mestilah dengan alat yang betul. Kita tidak membuang habuk dalam mata dengan screwdriver. begitulah dengan otak kita. Otak kita tidak dicipta untuk berfikir siapakah dia yang mencipta Pencipta otak kita. Robot yang dicipta untuk mengecat kereta tidak mampu bangun, berdiri pergi ke dapur untuk membuat air. kalau kita mahu berfikir-fikir juga siapa yang cipta Allah gunalah otak yang lain, otak yang kita cipta sendiri sesuai untuk tugas memikir siapa pencipta Allah.
_____________________
Bukan bermakna kita ada tukul besi kita akan mengetuk semua benda yang ada dalam rumah. Bukan bermakna kita ada alat yang boleh mengetuk, kita akan megetuk semua benda. Samada orang itu gila atau bodoh tahap melampau. Bukan bermakna kita ada alat yang boleh berfikir semua benda kita nak fikir.
thanks kawan-kawan sebab bagi jawapan-jawapan yang bernas. sememangnya, persoalan tuhan tidak perlu disoalkan. yang penting cuma kita perlu yakin dan sentiasa percaya dengan kewujudan zat yang esa.
p/s : aku ada terima pesanan dari sahabat aku. katanya, kalau tak cukup ilmu, jangan berdebat dengan mengenai Akidah. takut kita sesat. Aku faham maksud hang. thanks sebab memberi teguran.
5 comments:
rajin weh hang layan omegele.aq dah lame tak bukak.haha.nak bagitau boleh kat atheis tu,tapi jage2.sebab cakap pasal akidah.takut kita terbatal syahadah pulak:')
aku pun penah terpikir gak menda ni dulu.
tapi bile fikir2 balik.
kalo kite keep thinking about this.
BOLEH JADI GILAAAAAA !!!
Tapi Hanya DIA yg tahu
insyaAllah
ahhahaha. chill chill chill
:D
Post a Comment